|
Join the conversation
Showing results for 
Search instead for 
Do you mean 
Join the conversation
Showing results for 
Search instead for 
Do you mean 
Reply

Tamatkan Perkhidmatan

Member
Posts: 2
Registered: ‎18-07-2019

Hi. saya sebelum ini menggunakan perkhidmatan digi prepaid.  Pada awal tahun ini saya ada menerima masej berkenaan penukaran plan kepada pospaid. Sekarang ini saya masih menggunakan line pospaid ini.  Walaubagaimana pun saya hendak menamatkan perkhidmatan ini kerana sebab-sebab tertentu. 

 

Saya telah menghubungi digi center untuk menamatkan  line saya ini. Saya dimaklumkan bahawa penamatan perkhidmatan perlu dilakukan di digi service center.  Untuk makluman pihak tuan saya berada di langkawi, dan saya dimaklumkan bahawa tiada digi service center di sini. Paling dekat di Alor Setar.

 

Jadi saya berharap pihak tuan dapat menamatkan perkhidmatan saya ini secara online.

 

sekian terima kasih.

Highlighted

Re: Tamatkan Perkhidmatan

Support
Posts: 486
Registered: ‎21-12-2017

Hi rio77osman,

 

Sekiranya lokasinya agak jauh, permohonan juga boleh dihantar ke alamat email help@digi.com.my. Sila sertakan dokumen-dokumen berikut sekali ya:
1. Salinan surat rasmi bagi menamatkan talian (perlu ditandatangani oleh pemilik berdaftar).
2. Salinan Kad Pengenalan pemilik berdaftar (depan & belakang).

Mohon jelaskan baki tunggakan bil (jika ada) dan kami akan menamatkan talian anda selepas menerima dokumen-dokumen yang diperlukan. Untuk makluman, selepas akaun ditamatkan nanti akan ada 1 bil terakhir dihantar bagi caj penggunaan sehingga tarikh akaun ditamatkan sahaja.

 

 

Terima Kasih.

Re: Tamatkan Perkhidmatan

Member
Posts: 2
Registered: ‎18-07-2019

Terima kasih atas bantuan anda.

Re: Tamatkan Perkhidmatan

Support
Posts: 486
Registered: ‎21-12-2017

Sama-sama Smiley Happy