|
Join the conversation
Showing results for 
Search instead for 
Do you mean 
Join the conversation
Showing results for 
Search instead for 
Do you mean 

Pelan Baru untuk Pelajar Di Seluruh Negara - High-Speed Internet Selama 30 Hari!

by Community Manager on ‎16-02-2021 06:58 PM - edited on ‎03-06-2021 02:26 PM by Community Manager

Click here for ENG.PNG

Hi para pelajar!

 

Sudah bersedia untuk peperiksaan di universiti/ kolej anda?

 

Mulai 1 Mei 2021, Digi menawarkan 'Pakej Data Khas 2021' kepada pelajar di seluruh negara dengan harga hanya RM20! Ini adalah rancangan internet eksklusif untuk pelajar Malaysia yang menawarkan Internet Berkelajuan Tinggi 15GB dengan tempoh sah selama 30 hari.

 

*Semua warganegara Malaysia yang berumur 16 hingga 22 tahun (lahir pada tahun 1998 - 2004 berdasarkan NRIC) adalah layak untuk pelan Internet khas ini.

 

 Cara Pembelian

Jika anda adalah pelanggan Digi, anda boleh membeli pakej ini dari platform yang disenarai dibawah. Sudah bersedia? Caranya begini:

 

*Nota: Jika anda bukan pelanggan Digi, anda masih boleh membeli pakej ini. Scroll ke bawah ke halaman FAQ untuk pelajari dengan lebih lanjut!

 

Menerusi ‘Add-ons’ di aplikasi MyDigi

STEP 1 AND 2.png

Langkah 1: Cari pakej tersebut di tab “Internet” pada halaman Add-Ons di aplikasi MyDigi. Tap pada pakej tersebut untuk teruskan dengan pembelian anda.

Langkah 2: Tap pada perkataan “Confirm” untuk selesaikan pembelian anda.

STEP 3 AND 4.png

Apabila anda sudah membeli pakej tersebut, anda dapat melihat ringkasan pembelian anda dan boleh memantau penggunaan kuota di laman utama aplikasi MyDigi anda!

 

  • Menerusi Kod UMB

Untuk membuat pembelian pas Internet ini (bagi pelanggan Prepaid), sila masukkan kod seperti berikut:

prepaid 1.png

prepaid 2.png

prepaid 3.png

Bagi pelanggan pelan yang lain:

others 1.png

others 2.png

others 3.png

 

FAQ 

Q1. Apakah Pakej Data Khas 2021?

A1: Ia adalah inisiatif bagi seluruh industri daripada MCMC untuk menawarkan data Internet mudah alih bagi pelajar. Ia adalah pas internet yang tidak perlu diperbaharui, terdiri daripada 15GB dengan tempoh had selama 30 hari hanya untuk RM20. 

 

Q2. Siapakah yang layak membeli Pakej Data Khas  2021 ini?

A2. Pelanggan Digi baru dan sedia ada yang merupakan warganegara Malaysia berumur 16 hingga 22 tahun (1998 hingga 2004). Sistem berikut akan mengikut tarikh lahir pelanggan pada NRIC.

 

Q3. Bagaimanakah caranya untuk pelanggan yang tidak menggunakan Digi membeli Pakej Data Khas 2021?

A3. Pelanggan yang tidak menggunakan Digi disyorkan untuk membeli pelan Digi Prepaid NEXT untuk menjadi layak bagi membeli Pakej Khas Data  2021 di mana-mana kedai Digi Store Express atau vendor Digi yang sah sahaja.

 

Q4. Adakah tawaran ini boleh didapati melalui Digi Stores dan Kiosk Digi?

A4.Ya. Untuk memeriksa waktu operasi terkini untuk Kedai Digi, klik di sini.

Untuk memeriksa Kios Digi yang ada, klik di sini.

 

Q5. Bagaimanakah pelanggan Digi hendak melanggan Pakej Data Khas  2021 ini?

A5. Berikut adalah 2 cara untuk melanggani produk tersebut. Bagi pelanggan dengan aplikasi MyDigi, anda boleh pergi ke halaman MyDigi Add-Ons dimana anda boleh mencari pakej tersebut. Kami mengesyorkan pelanggan kami untuk memuat turun aplikasi MyDigi untuk pengalaman pembelian terbaik. Untuk pelanggan yang tidak mengguna MyDigi, anda boleh mengakses tawaran ini melalui kod UMB *128#.

 

Q6. Berapa lamakah tempoh sah Pakej Data Khas 2021?

A6. Tempoh sah pakej ini adalah 30 hari setelah pembelian.

 

Q7. Sekiranya saya telah menggunakan semua kuota data 15GB sebelum akhir tempoh sah, adakah saya masih boleh membeli Pakej Data Khas?

A7. Ya, tetapi kami mencadangkan agar pelanggan membeli 10GB kuota tambah nilai dengan harga RM10 menerusi halaman booster di MyDigi atau kod UMB *128#.

 

Q8. Berapa lamakah tempoh tawaran untuk Pakej Data Khas 2021?

A8. Dari 1 Mei 2021 sehingga pemberitahuan lebih lanjut (tarikh akhir tawaran ini akan diumumkan oleh SKMM di kemudian hari).

 

Q9. Bolehkah saya membeli beberapa Pakej Data Khas 2021?

A9. Ya, tetapi baki kuota dan tempoh sah akan ditetapkan semula mengikut pembelian terbaru.

 

Q10. Adakah tawaran ini tersedia untuk semua pengguna Digi Prepaid yang melanggani pelbagai kadar pelan?

A10. Semua pelanggan Digi Prepaid Pelanggan Suara Mudah Alih boleh membeli pelan Internet ini, kecuali pengguna Digi Prepaid yang melanggani ABADI, Digi Monthly Plan 28, dan Digi Monthly Plan 50.