3 langkah mudah untuk dapatkan telefon pilihan anda di Digi Store Online::
Tiada kontrak. Tiada beban.
biGBonus 4G Phone Bundle adalah untuk semua pengguna Digi Prabayar yang baru dan sedia ada! Bukan pengguna Digi? Bertukarlah ke Digi untuk menikmati tawaran hebat ini!
Langkah 1: Pilih telefon
Pilih rangkaian telefon pintar di bawah. Walau apa pun pilihan anda, pasti cun dengan bajet anda!
Langkah 2: Pilih Internet Bundle
Kedua-dua pilihan termasuk 60GB/bulan Internet Pantas. Boleh strim dan layari Internet sepuasnya!
Terdapat dua pelan Internet Bundle: RM144 dan RM288. Jika anda membeli Bundle RM144, anda akan mendapat sejumlah Internet PERCUMA 180GB (60GB/bulan x 3 bulan), sah untuk 3 bulan. Jika anda memilih Bundle RM288, anda akan mendapat sejumlah Internet PERCUMA 360GB (60GB/bulan x 6 bulan), sah untuk 6 bulan.
Kini anda dapat mengaktifkan talian telefon Digi Prabayar untuk 3 atau 6 bulan ke depan tanpa isi semula. Ia sememangnya menenangkan!
Step 3: Buat pembayaran
Diskaun anda akan dikira secara automatik di dalam jumlah pembayaran keseluruhan.
Selepas anda memilih telefon dan Internet Bundle anda, yang perlu anda buat hanyalah mengunjungi Digi Store Online untuk membuat pembayaran anda (melalui pemindahan tunai dalam talian atau kad kredit) untuk telefon pintar serba baru, lengkap dengan Internet Pantas Digi!
Ucapkan selamat tinggal kepada kontrak jangka masa panjang dan katakan hello kepada kebebasan!