|
Join the conversation
Showing results for 
Search instead for 
Do you mean 
Join the conversation
Showing results for 
Search instead for 
Do you mean 

FAQ Digi Prabayar NEXT

by Community Manager on ‎23-06-2020 12:15 PM - edited on ‎03-03-2021 08:42 PM by Community Manager

Digi Prabayar NEXT yang baru, satu-satunya SIM pack yang mempunyai 30 hari Internet Pantas dengan harga bermula daripada hanya RM15. Ingin mengetahui lebih lanjut tentang SIM pack NEXT ini? Ini semua fakta penting yang anda perlu tahu untuk ke NEXT tahap.

 

 

SOALAN LAZIM PRODUK

 

S1: Apakah maksud “Kekal Aktif”?

J1: Dengan Kekal Aktif, pelanggan dapat menguruskan akaun prabayar untuk talian dan internet secara sekaligus. Pelanggan-pelanggan hanya perlu memastikan akaun mempunyai baki kredit yang cukup untuk memperbaharui langganan pelan internet untuk mengekalkan talian yang aktif.

 

S2: Adakah kuota internet Digi Prabayar ditukarkan?

J2: Kuota internet untuk pelan Digi Prabayar NEXT sudah dikemaskini. Pelan yang terdahulu adalah satu tawaran masa terhad sebagai promosi pengenalan ketika pelan ini dilancarkan pada bulan Jun 2020.

 

S3: Apakah yang akan terjadi kepada pelanggan yang memilih untuk melanggan kedua-dua pelan ini sebelum pelan tersebut dikemaskini?

J3: Pelanggan Digi Prabayar NEXT 30 dan 35 yang aktif akan menerima data 20GB dan 40GB terkini dan panggilan tanpa had ke semua rangkaian yang dinikmati secara berterusan, jika NEXT 30 dan 35 diperbaharui sebagai pelan internet mereka. Tawaran ini dapat dijumpai melalui “Box Of Surprise” di MyDigi atau UMB.

 

S4: Bolehkah pelanggan NEXT30 dan NEXT35 membuat penukaran pelan?

J4: Pelanggan NEXT30 dapat mengekalkan pelan yang sama ataupun membuat penukaran ke NEXT35. Untuk pelanggan NEXT35, mereka hanya dibenarkan untuk mengekalkan pelan yang sama.

 

S5: Berapa lama akan tawaran tersebut dikekalkan dalam “Box Of Surprise”? 

J5: Tawaran ini akan dibagikan tempoh masa 30 hari dari 2 March 2021 dalam “Box Of Surprise”.

 

S6: Adakah terdapat had kelajuan untuk aplikasi YouTube Tanpa Had dan Sosial Tanpa Had?

J6: Ya, YouTube Tanpa Had dan Sosial Tanpa Had adalah tertakluk kepada dasar penggunaan wajar daripada Digi.

 

 

S7: Nombor apakah yang boleh dihubungi dengan gabungan Panggilan Tanpa Had ke semua rangkaian?

J7: Panggilan tanpa had kepada nombor Digi dan ke rangkaian yang lain termasuk talian tetap (tidak merangkumi panggilan video, panggilan ke nombor khas, nombor 1-300, dan nombor 121) dalam Malaysia.

 

S8: Siapakah layak untuk membeli Digi Prabayar NEXT?

J8: Pelanggan prabayar Digi atau pelanggan yang baru berlayak untuk membeli Digi Prabayar NEXT.

 

S9: Berapakah kosnya untuk membeli pek Digi Prabayar NEXT?

J9: Kos pek Digi Prabayar NEXT adalah antara RM15 dan RM45, dengan 40GB data dan termasuk tawaran bonus seperti Sosial Tanpa Had dan Panggilan Tanpa Had.

 

S10: Apakah tempoh sah pek Digi Prabayar NEXT yang baru?

J10: Pek Digi Prepaid NEXT adalah sah untuk tempoh 30 hari

 

S11: Saya adalah pelanggan Digi Prabayar, bolehkah saya bertukar pelan ke Digi Prabayar NEXT?

J11: Ya, semua pelanggan Digi Prabayar boleh bertukar ke pelan Digi Prepaid NEXT. Untuk membuat pertukaran tersebut, sila membuat panggilan dengan nombor *128*88#. Sila mengambil perhatian bahawa untuk penukaran pelan, langganan internet yang terdahulu dan data percuma akan ditetapkan semula.

 

Nak bertukar ke pelan prabayar? Dapatkan informasi lebih lanjut di sini sebelum membuat pertukaran daripada pelan semasa anda.

 

   Untitled.png

 

S12: Bagaimanakah saya dapat melanggan ke pelan Prabayar NEXT?

J12: Anda boleh melanggan melalui MyDigi dan mengetahui tentang langkah-langkah untuk membeli produk tambahan di sini. Sebagai alternatif, anda boleh melayari laman web Digi di sini.

 

S13: Adakah pelan Prabayar NEXT dapat diperbaharui secara automatik?

J13: Pelan Prabayar NEXT tidak boleh diperbaharui. Jadi, di hujung tempoh 30 hari, pelanggan tersebut perlu membuat pembelian semula untuk pelan Prabayar NEXT yang digemari.

 

S14: Apakah jenis pelan Prabayar NEXT yang disediakan?

J14: Sila rujuk di bawah

 

 

Next15

  • 3GB internet berkelajuan tinggi
  • Sosial tanpa had
  • Tempoh sah 30 hari(Kekal Aktif)

Next30

  • 15GB internet berkelajuan tinggi 
  • Tempoh sah 30 hari(Kekal Aktif)

Next35 (nilai terbaik)

  • 30GB internet berkelajuan tinggi
  • Panggilan tanpa had
  • Tempoh sah 30 hari(Kekal Aktif)

Next45

  • 40GB internet berkelajuan tinggi
  • Panggilan tanpa had
  • Tempoh sah 30 hari(Kekal Aktif)

 

 

S15: Bolehkan isian semula menambah tempoh sah?

J15: Ya, isian semula dapat menambah tempoh sah internet anda.

 

S16: Bolehkah Pelan Aktif Internet menambah tempoh sah?

J16: Ya, Pelan Aktif Internet yang dilengkapi dengan Kekal Aktif dapat memanjang-kan tempoh sah talian dan internet anda.

 

S17: Bolehkah On Demand Internet menambah tempoh sah?

J17: Ya, On Demand Internet yang dilengkapi dengan Kekal Aktif dapat memanjang-kan tempoh sah talian dan internet anda.

 

S18: Bolehkah Booster Pelan Bulanan menambah tempoh sah?

J18: Tidak, Booster Pelan mengikut tarikh luput Pelan Aktif Bulanan anda.

 

 

 

FAQ APLIKASI MYDIGI

 

S1: Di mana saya boleh membeli, mengurus dan membuat isian semula Digi Prabayar NEXT saya?

J1: Platform untuk membeli, mengurus dan membuat isian semula Digi Prabayar NEXT anda melalui aplikasi MyDigi yang anda boleh muat turun melalui Google Play atau Play Store.

 

S2: Saya telah mendaftar MyDigi melalui digi.com.my, adakah saya layak mendapat hadiah 1GB percuma?

J2: Tidak, hadiah 1GB percuma hanya tersedia melalui aplikasi MyDigi dan tidak tersedia melalui laman web atau UMB.

 

S3: Apakah proses untuk menebus hadiah 1GB percuma?

J3: Anda perlu muat turun dan mendaftar melalui aplikasi MyDigi. Selepas mendaftar, masukkan kod promo “1GB” untuk menebus hadiah percuma 1GB anda.

 

S4: Bagaimana cara untuk memastikan hadiah 1GB percuma sudah ada di dalam kuota internet saya?

J4: Untuk mengetahuinya, sila ke aplikasi MyDigi > Internet (Swip ke kiri sekali pada tab Usage) dan klik pada “Lihat Detail” untuk maklumat lanjut.

 

S5: Bolehkah saya mendapat rebat kredit semasa membuat isian semula?

J5: Ya, apabila anda membuat isian semula minimum RM30 melalui aplikasi MyDigi, anda mendapat rebat kredit sebanyak 10%

 

 

 

BONUS ISIAN SEMULA

 

S1: Untuk Digi Prabayar NEXT, apakah bonus yang anda boleh menikmati sekiranya membuat isian semula?
J1: Pelanggan Digi Prabayar NEXT akan mendapat 100 jam panggilan Digi ke Digi percuma setiap minggu dengan isian semula minimum RM10. Selain itu, anda juga akan mendapat panggilan IDD sehingga 60 minit/minggu secara percuma.

 

S2: Sekiranya saya membuat isian semula lebih daripada RM10, bolehkah saya mendapat panggilan Digi ke Digi percuma lebih dari 100 minit?
J2: Tidak, maksimum yang akan dapat hanyalah 100 minit/minggu sahaja.

 

S3: Bagaimana hendak menebus panggilan percuma 100 minit Digi ke Digi ini?
J3: Tidak perlu untuk membuat penebusan untuk mendapatkannya.

 

S4: Berapakah minit percuma dan apakah negara yang mempunyai Reload Bonus (IDD) ini?
J4: Sila rujuk jadual di bawah:

Next_2.PNG

 

S5: Sekiranya saya membuat isian semula lebih daripada RM10, bolehkah saya mendapat lebih dari 60 minit panggilan IDD percuma?
J5: Tidak, maksimum yang hanya akan dapat adalah 60 minit panggilan IDD/minggu sahaja.

 

S6: Bagaimana saya boleh menebus bonus isian semula (IDD) ini?
J6: Anda boleh menebus dengan dial *888*1# atau melalui aplikasi MyDigi.

 

 

Tidak dapat jumpa apa yang anda cari? Dapatkan lebih banyak maklumat disini

Comments
by Member
on ‎09-07-2020 10:34 AM

Digi Prabayar NEXT ni dijual RM15.00 sekeping untuk satu simkad tetapi, langganan internetnya sama seperti simkad Digi LIVE.

by Support
on ‎09-07-2020 05:54 PM

Tak semua pilihan sama dengan pelan DIgi Prepaid Live Abd_Hamid, sebab setiap pakej/pelan yang kami tawarkan memang ada kelebihan tersendiri, jadi pengguna boleh buat pilihan berdasarkan keperluan masing-masing. Jika anda dah langgan pelan Digi Prepaid Next, boleh semak senarai penuh tawaran dari aplikasi MyDigi ya, TQ :-)