|
Join the conversation
Showing results for 
Search instead for 
Do you mean 
Join the conversation
Showing results for 
Search instead for 
Do you mean 

FAQ Digi Prabayar NEXT

by Community Manager on ‎23-06-2020 12:15 PM - edited on ‎23-06-2020 12:27 PM by Community Manager

Digi Prabayar NEXT yang baru, satu-satunya SIM pack yang mempunyai 30 hari Internet Pantas dengan harga bermula daripada hanya RM15. Ingin mengetahui lebih lanjut tentang SIM pack NEXT ini? Ini semua fakta penting yang anda perlu tahu untuk ke NEXT tahap.

 

SOALAN LAZIM PRODUK

 

S1: Apakah keunikan Digi Prabayar NEXT ini?
J1: Digi NEXT ini adalah satu-satunya SIM pack yang mempunyai kredit sedia ada dan Internet Pantas untuk 30 hari. Oleh kerana itu, pelanggan tidak perlu lagi membeli, membuat tambahan kredit dan membeli internet bulanan.

 

S2: Berapakah kadar panggilan/SMS untuk Digi Prabayar NEXT ini?
J2: Digi NEXT ini memberi anda:
Panggilan: 10 sen/min ke semua rangkaian
SMS: 10/min ke semua rangkaian
Panggilan video: 30/min ke semua rangkaian

 

S3: Siapakah yang layak membeli Digi Prabayar NEXT ini?
J3: Mana-mana pelanggan Prabayar baru atau sedia ada layak membelinya

 

S4: Berapakah kos untuk membeli Digi Prabayar NEXT?
J4: Ianya berharga RM15 dan dilengkapi Internet Pantas 3GB dan sosial tanpa had (Facebook, Instagram & Twitter)

 

S5: Berapa lama tempoh kesahihan Digi Prabayar NEXT?
J5: Tempoh sah SIM adalah 30 hari.

 

S6: Berapa banyak kredit sedia ada di dalam Digi Prabayar NEXT?
J6: Tiada kredit sedia ada di dalam SIM pack ini

 

S7: Saya pelanggan Digi Prabayar sedia ada, bolehkah saya tukar kepada Digi Prabayar NEXT?
J7: Ya, semua pelanggan Digi Prabayar boleh tukar ke Digi Prabayar NEXT. Untuk menukar pelan anda, tekan *128#. Harap maklum, untuk sebarang penukaran pelan, langganan internet yang sebelumnya dan data percuma anda akan di set kan semula.

 

S8: Apakah 2 jenis pelan aktif bulanan yang tersedia di dalam Digi Prabayar NEXT?
J8: Ada 2 jenis pelan iaitu Cili Padi tanpa had dan biGBonus tanpa had. Dua pelan ini mempunyai internet 30 hari yang membolehkan anda kekal aktif.

 

S9: Bagaimana saya ingin melanggan Pelan Bulanan Aktif ini?
J9: Anda boleh melanggan melalui aplikasi MyDigi (MyDigi - Add On - Internet Bulanan). Disini

 

S10: Adakah Internet Bulanan boleh diperbaharui secara automatik?
J10: Tidak, apabila telah tamat tempoh 30 hari Internet Bulanan ini anda perlu membeli semula pelan pilihan anda.

 

S11: Apakah pelan internet bulanan yang sedia ada?
J11: Sila rujuk jadual di bawah:

Next_1.PNG

 

S12: Apakah yang dimaksudkan dengan Kekal Aktif dan Pelan Aktif Bulanan?
J12: Kekal Aktif adalah kesahan talian utama berpanjangan sama dengan tempoh kesahan langganan pelan anda. Ini bermaksud, kini pembelian internet akan memanjang-kan kesahan tempoh talian dan internet anda.
Contoh: Jika tempoh sah akaun anda tamat pada esok, tetapi pelan aktif internet anda akan tamat sah pada hari ini. Maka, tempoh sah akaun anda akan dilanjutkan kepada 30 hari lagi, bukan pada esok.
Semua Pelan Aktif Internet dan Pelan On Demand dilengkapi dengan Kekal Aktif.

 

S13: Bolehkah saya membeli Pelan Aktif Internet yang lain sekiranya saya masih mempunyai pelan sekarang?
J13: Ya, namun baki internet kuota dari pelan internet semasa anda akan hilang. Sebagai alternatif, anda boleh menambah kuota internet dengan membeli Booster Pelan Internet dengan harga serendah RM3.

 

S14: Apakah Pelan Booster Bulanan?
J14: Pelan Booster adalah satu kaedah baru untuk membeli Internet. Pelan ini membolehkan anda menambah kuota internet untuk pelan Internet Aktif Bulanan dan akan berakhir sama tempoh sah-nya.
Contoh: Tarikh tamat tempoh pelan Aktif Bulanan anda adalah 30 Jun. Anda membeli pelan Booster pada hari ini, tarikh tamat tempoh sah pelan booster anda juga pada 30 Jun.
Pelan Booster ini boleh dibeli melalui aplikasi MyDigi.

 

S15: Bolehkan isian semula menambah tempoh sah?
J15: Ya, Isian semula dapat menambah tempoh sah internet anda.

 

S16: Bolehkah Pelan Aktif Internet menambah tempoh sah?
J16: Ya, Pelan Aktif Internet yang dilengkapi dengan Kekal Aktif dapat memanjang-kan tempoh sah talian dan internet anda.

 

S17: Bolehkah On Demand Internet menambah tempoh sah?
J17: Ya, On Demand Internet yang dilengkapi dengan Kekal Aktif dapat memanjang-kan tempoh sah talian dan internet anda.

 

S18: Bolehkah Booster Pelan Bulanan menambah tempoh sah?
J18: Tidak, Booster Pelan mengikut tarikh luput Pelan Aktif Bulanan anda.

 

FAQ APLIKASI MYDIGI

 

S1: Di mana saya boleh membeli, mengurus dan membuat isian semula Digi Prabayar NEXT saya?
J1: Platform untuk membeli, mengurus dan membuat isian semula Digi Prabayar NEXT anda melalui aplikasi MyDigi yang anda boleh muat turun melalui Google Play atau Play Store.

 

S2: Saya telah mendaftar MyDigi melalui digi.com.my, adakah saya layak mendapat hadiah 1GB percuma?
J2: Tidak, hadiah 1GB percuma hanya tersedia melalui aplikasi MyDigi dan tidak tersedia melalui laman web atau UMB.

 

S3: Apakah proses untuk menebus hadiah 1GB percuma?
J3: Anda perlu muat turun dan mendaftar melalui aplikasi MyDigi. Selepas mendaftar, masukkan kod promo “1GB” untuk menebus hadiah percuma 1GB anda.

 

S4: Bagaimana cara untuk memastikan hadiah 1GB percuma sudah ada di dalam kuota internet saya?
J4: Untuk mengetahuinya, sila ke aplikasi MyDigi > Internet (Swip ke kiri sekali pada tab Usage) dan klik pada “Lihat Detail” untuk maklumat lanjut.

 

S5: Bolehkah saya mendapat rebat kredit semasa membuat isian semula?
J5: Ya, apabila anda membuat isian semula minimum RM30 melalui aplikasi MyDigi, anda mendapat rebat kredit sebanyak 10%

 

PROMO REPUBLIK RGG

 

S1: Apa itu Republik RGG?
J1: Republik RGG adalah satu platform untuk membuat isian semula untuk permainan atas talian yang paling mudah dan selamat yang dikuasakan oleh Digi.
Anda boleh membeli kredit permainan kegemaran anda dengan cara mudah dan mendapat ganjaran eksklusif dengan setiap pembelian. Kad debit atau kredit tidak diperlukan lagi. Ini terbuka kepada semua orang yang mempunyai telefon bimbit Malaysia yang sah.

Ketahui lebih lanjut disini 

 

S2: Apakah promo ini?
J2: Dapat 5GG point secara percuma apabila anda membeli sebanyak RM30/bulan dengan Digi Prabayar NEXT

 

S3: Apa itu GG dan apakah fungsinya?
J3: GG adalah mata wang yang digunakan di Republik GG. Anda boleh menggunakan GG point untuk membeli permainan atau item dalam permainan dari senarai permainan Republik GG.
1GG = RM1.

 

S4: Siapa yang layak untuk promo ini?
J4: Promo ini terbuka untuk semua ahli Republik GG dengan Digi Prabayar NEXT.

 

S5: Berapa kali saya boleh menikmati Prabayar NEXT 5GG percuma?

J5: Anda boleh menikmati GG percuma sebulan sekali.

 

S6: Bilakah tamatnya kod 5GG percuma?
J6: Kod anda akan tamat dalam masa 7 hari setelah hari penebusan.

 

BONUS ISIAN SEMULA

 

S1: Untuk Digi Prabayar NEXT, apakah bonus yang anda boleh menikmati sekiranya membuat isian semula?
J1: Pelanggan Digi Prabayar NEXT akan mendapat 100 jam panggilan Digi ke Digi percuma setiap minggu dengan isian semula minimum RM10. Selain itu, anda juga akan mendapat panggilan IDD sehingga 60 minit/minggu secara percuma.

 

S2: Sekiranya saya membuat isian semula lebih daripada RM10, bolehkah saya mendapat panggilan Digi ke Digi percuma lebih dari 100 minit?
J2: Tidak, maksimum yang akan dapat hanyalah 100 minit/minggu sahaja.

 

S3: Bagaimana hendak menebus panggilan percuma 100 minit Digi ke Digi ini?
J3: Tidak perlu untuk membuat penebusan untuk mendapatkannya.

 

S4: Berapakah minit percuma dan apakah negara yang mempunyai Reload Bonus (IDD) ini?
J4: Sila rujuk jadual di bawah:

Next_2.PNG

 

S5: Sekiranya saya membuat isian semula lebih daripada RM10, bolehkah saya mendapat lebih dari 60 minit panggilan IDD percuma?
J5: Tidak, maksimum yang hanya akan dapat adalah 60 minit panggilan IDD/minggu sahaja.

 

S6: Bagaimana saya boleh menebus bonus isian semula (IDD) ini?
J6: Anda boleh menebus dengan dial *888*1# atau melalui aplikasi MyDigi.

 

 

Tidak dapat jumpa apa yang anda cari? Dapatkan lebih banyak maklumat disini

Comments
by Member
on ‎09-07-2020 10:34 AM

Digi Prabayar NEXT ni dijual RM15.00 sekeping untuk satu simkad tetapi, langganan internetnya sama seperti simkad Digi LIVE.

by Support
on ‎09-07-2020 05:54 PM

Tak semua pilihan sama dengan pelan DIgi Prepaid Live Abd_Hamid, sebab setiap pakej/pelan yang kami tawarkan memang ada kelebihan tersendiri, jadi pengguna boleh buat pilihan berdasarkan keperluan masing-masing. Jika anda dah langgan pelan Digi Prepaid Next, boleh semak senarai penuh tawaran dari aplikasi MyDigi ya, TQ :-)