|
Join the conversation
Showing results for 
Search instead for 
Do you mean 
Join the conversation
Showing results for 
Search instead for 
Do you mean 
Reply
Highlighted

Digi guris hati saya 😭

Member
Posts: 1
Registered: ‎04-10-2019
Hi digi. Saya sangat tidak berpuas hati la dengan cara digi layan pelanggan yg sudah lama menggunakan digi. Saya merupakan pelanggan digi prepaid live. Saya sangat suka pelan nie sebab ada 10GB video freedom setiap bulan. Saya juga sudah lama melanggan plan kaki social 30 (3GB + 300mins + free unlimited social). Sekarang pelan ni sudah tidak ditawarkan lagi. Tapi saya masih lagi kekal melanggan pelan ni sebab saya paling suka pelan ni berbanding pelan-pelan lain. 10GB video freedom dan juga free unlimited social merupakan high speed internet(tanpa speed cap). Sebab itu saya paling suka digi berbandig telco lain sebab digi lebih mesra dengan keperluan terkini pengguna. Sebelum ni saya pengguna tegar Maxis melebihi 10 tahun. Tapi apa yang digi lakukan bermula 18 september 2019 sangat mengguris hati kecil saya. Hati saya hancur berkecai seperti gelas kaca yang dihempas ke lantai. Apa yang digi buat ialah digi bagi kepada saya tambahan 4GB all usage internet(tapi quota ni tak boleh rollover). Tapi disebalik sifat pemurah digi itu, sebenarnya digi telah meletakkan speed cap iaitu 2mbps pada free unlimited social dan juga 1mbps pada 10GB video freedom. Untuk pengetahuan digi, 2mbps untuk free unlimited social tu sangatlah slow. Nak loading gambar ambil masa berkurun lama ku rahsiakan. Kalau nak tengok video apatah lagi. Loading saja dekat setengah jam. Kalau 5mbps masih boleh diterima lagi. Saya ada bertanya agent digi. "Macam mana saya nak surf facebook dengan high speed?" Agent tu cakap saya kena habiskan quota free unlimited social tu dulu baru saya boleh surf facebook dengan high speed menggunakan base quota. Masalahnya nama pun unlimited so memang tak kan habis la quota tu. Jawapan agent tu sangat tidak matang sampai menitiskan air mata saya sebagai seorang bapa. Seolah-olah sengaja mempermainkan pelanggan. Lepas tu speed cap yang 1mbps untuk video freedom tu pulak sangat slow untuk loading video dekat youtube. Even nak load 360p pun makan masa lama gila. Habis semangkuk hayun mee bandung baru habis loading video. Saya sangat-sangat tidak setuju digi meletakkan speed cap dekat quota 10GB video freedom. Kan dah ada quota 10GB sebulan(2.5GB seminggu) so x perlu la letak speed cap. Bagi jela high speed supaya customer boleh menikmati 10GB tu dengan jayanya. Kalau customer tu habiskan quota 10GB sebelum sebulan, customer masih ada base quota untuk tengok video kat youtube. Digi tak rugi apa-apa pun. Yang penting tak ada speed cap. Nak bagi quota free dekat customer biarlah ikhlas. Nak habiskan quota 2.5GB tu hampir seminggu lebih. So belum sempat habis quota dapat pulak quota baru 2.5GB. So selamanya la saya tak dapat tengok video kat youtube tanpa buffering. Info tambahan, rumah saya di bandar Kuala Terengganu. Line digi kat sini sangat kuat. Kalau saya buat speed test biasanya 90mbps ke atas. So isu saya ni tak ada kaitan dengan masalah coverage. Kalau digi nak buat perubahan pun buat la perubahan pada pelan yang baru saja. Tak payah lah ganggu pelan lama yang customer masih guna. So itu saja rungutan saya. Saya harap digi mempertimbangkan rungutan saya ini kalau digi ni sebuah telco yang sayangkan pelanggan. Kalau tiada apa-apa perubahan yang lebih baik dari digi maka saya akan bertukar semula ke telco lama saya iaitu public phone.