|
Join the conversation
Showing results for 
Search instead for 
Do you mean 
Join the conversation
Showing results for 
Search instead for 
Do you mean 
Reply

Bagai mana nak tebus kredit bantuan prihatin rm15 tu?

Member
Posts: 11
Registered: ‎16-05-2021
Sabdin
Highlighted

Re: Bagai mana nak tebus kredit bantuan prihatin rm15 tu?

Support
Posts: 2,960
Registered: ‎01-12-2016

Anda boleh beli mana-mana asalkan langganan pakej internet bulanan yang bernilai RM30 dan ke atas ya. Pastikan baki kredit mencukupi sebelum membuat langganan.

 

Contoh: pakej internet yang bernilai RM30, RM15.00 akan ditolak dari kredit internet yang ditebus dan RM15.00 lagi akan ditolak dari baki kredit.

 

2GB percuma akan diberikan setiap hari (selama 30 hari) setelah anda membeli tawaran yang layak dengan menggunakan kredit internet RM15 yang diberikan. Anda perlu menuntut 2GB setiap hari melalui Aplikasi MyDigi atau dail *888*1#.

 

Sekiranya anda gagal menggunakan kredit internet RM15, itu tidak akan diambil kira dalam jumlah penebusan anda. Anda akan menerima pilihan kredit internet RM15 setiap bulan dari tarikh pendaftaran anda sehingga 31 Julai 2022 selagi anda belum memenuhi 12 tuntutan.
 

Maklumat lanjut tentang Jaringan Prihatin, boleh layari - https://www.digi.com.my/support/help-center/promotions/jaringan-prihatin-bm/umum