|
Join the conversation
Showing results for 
Search instead for 
Do you mean 
Join the conversation
Showing results for 
Search instead for 
Do you mean 

Segalanya Anda Perlu Tahu Tentang Geran Penjana Untuk PKS (Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana) atau SME

by Community Manager on ‎26-02-2021 04:00 PM - edited on ‎26-02-2021 06:14 PM by Community Manager

Click here for ENG.PNG

 

Bersempena dengan Bajet 2020, Kementerian Kewangan (MOF) mengumumkan inisiatif pemberian geran untuk menyokong PKS/SME tempatan menggunakan sistem digital bagi perniagaan mereka di bawah Geran Digitalisasi Perniagaan PKS/SME.

Kepada semua usahawan yang bercita-cita tinggi, ini adalah untuk ANDA. Majukan perniagaan anda ke tahap seterusnya dengan sorotan yang mungkin berguna untuk mendigitalkan perniagaan anda.

Segala Tentang Inisiatif Digitalisasi PKS/SME

Inisiatif ini memberi anda geran berjumlah hingga 50% atau maksimum RM5,000 dari jumlah keseluruhan invois anda. Anda akan dapat menikmati tawaran hebat mengenai penyelesaian perniagaan digital dari senarai panel yang disokong oleh MDEC. Pelbagai bidang digitalisasi merangkumi:

 

  • Sistem Electronic Point of Sales (e-POS) 
  • Sistem Penggajian Sumber Manusia (HR) / Pengurusan Hubungan Pelanggan (CRM)
  • Pemasaran / Digital Marketing
  • Perolehan
  • Perancangan Sumber Perusahaan (ERP) / Perakaunan & Cukai

Kelayakan

Untuk mengetahui sama ada anda layak untuk Geran Penjana, lihat di bawah untuk memeriksa sama ada anda memenuhi syarat kelayakan:

  1. Syarikat anda sekurang-kurangnya 60% dimiliki oleh rakyat Malaysia.
  2. Syarikat anda didaftarkan di bawah undang-undang Malaysia yang relevan.
  3. Syarikat anda telah beroperasi sekurang-kurangnya selama satu (1) tahun.
  4. Untuk syarikat yang beroperasi selama 1 tahun, anda mesti mempunyai perolehan jualan tahunan minimum sebanyak RM100,000.
  5. Bagi syarikat yang beroperasi selama 2 tahun atau lebih, anda dikehendaki mempunyai perolehan jualan tahunan minimum sebanyak RM50,000.

Dokumen yang diperlukan

Setelah anda memenuhi semua kriteria, ambil langkah seterusnya dengan menyediakan dokumen berikut untuk pendaftaran Geran Penjana anda:

 

  1. Borang Permohonan Inisiatif Digitalisasi PKS/SME yang telah lengkap. Klik di sini untuk memuat turun borang permohonan.
  2. Sediakan salinan Kad Pengenalan anda atau Pasport ahli Pengarah / Rakan Kongsi / Pemilik, mana yang berkenaan.
  3. Mempunyai salinan lesen pendaftaran perniagaan (CCM, Borang A / B, Borang 24 & 49 dan M&A atau borang yang serupa di bawah Akta Syarikat 2016).
  4. Penyata kewangan yang telah diaudit bagi tahun kewangan lepas dan akaun pengurusan terkini atau bukti perolehan penjualan (jika ada).
  5. Penyata bank syarikat anda selama dua (2) bulan lepas.
  6. Profil syarikat anda (jika ada).
  7. Invois / bil dan perjanjian perkhidmatan dari vendor sah yang disenaraikan oleh MDEC.

Cara memohon

  1. Kirimkan Borang Permohonan Inisiatif Digitalisasi PKS/SME yang telah dilengkapkan bersama dengan dokumen sokongan kepada Digi. Klik di sini untuk menghantar permohonan anda.
  2. Setelah permohonan anda diluluskan, tertakluk kepada jumlah keseluruhan invois, Digi akan membuat rebat secara langsung dari jumlah invois berdasarkan potongan harga pakej perkhidmatan digitalisasi yang telah dimohon atau sehingga RM5,000.00.

Sekiranya anda sudah menguasai segalanya mengenai inisiatif Penjana, mulakan perjalanan anda untuk mendigitalkan perniagaan anda dan daftar di sini.

Tidak pasti alat pemasaran apa yang anda perlukan untuk membantu digitalisasi perniagaan anda? Klik di sini untuk melihat kesemua keperluan yang anda perlukan untuk perniagaan yang pasti akan berkembang!

Digi menawarkan Pakej Perniagaan baru untuk membantu anda digitalisasi perniagaan anda tanpa kos yang terlampau! Carilah pakej mana yang paling sesuai dengan perniagaan anda! Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut.