|
Join the conversation
Showing results for 
Search instead for 
Do you mean 
Join the conversation
Showing results for 
Search instead for 
Do you mean 

 

Ketahui Lebih Lanjut Tentang Pelan Postpaid Baru Digi!


Hello, untuk lebih banyak penjimatan!

Pelan Digi Postpaid terbaru kami membolehkan anda untuk berjimat dan mendapat nilai terbaik! Ingin mengetahui lebih lanjut tentang Pelan Digi Postpaid baru ini? Jangan risau! Kami telah senaraikan soalan lazim untuk anda di bawah:

FAQ

 

Q1. Berapakah peruntukan kuota internet bulanan untuk pelan Digi Postpaid yang baru ini?

 

Pelan Digi Postpaid

Kuota Internet

Digi Postpaid 40

10GB

Digi Postpaid 60

25GB

Digi Postpaid 90

50GB

Digi Postpaid 120

65GB

Digi Postpaid 150

85GB

 

Q2. Apakah keunikan pelan Digi Postpaid baru ini?

Dengan Digi Postpaid baru ini, anda akan menikmati penambahbaikan tawaran seperti: 

 

  • Internet berkelajuan tinggi, akses untuk semua aplikasi tanpa sekatan penggunaan atau masa.
  • Diskaun 50% untuk Family Lines
  • Telefon pintar terkini bermula dari pelan Digi Postpaid 60
  • Penjimatan dengan Tawaran Add-On, apabila anda melanggani Pelan Postpaid baru dengan kontrak 12 bulan

Penjimatan 50% Family Lines

Family-Promo2.png

 

Penjimatan untuk pelan Digi Fibre 

Digi Fibre (postpaid faq).jpg

*Nikmati rebat Digi Fibre tertera di atas selama 24 bulan, untuk pengguna Digi Fibre yang mempunyai satu akaun Postpaid yang sama, eksklusif untuk pelan Digi Postpaid baru

 

Penjimatan Tawaran Add-On 

Add-On Promo.png

*Nikmati rebat Add-On apabila anda melanggani Pelan Postpaid baru dengan kontrak 12 bulan, satu add-on untuk setiap talian Digi Postpaid. 

** 50GB Broadband Mudah Alih Percuma adalah Promosi Pelancaran

 

Q3. Dimanakah saya boleh mendaftar untuk pelan Digi Postpaid yang baru?

Anda boleh melawat mana-mana Digi Store, Digi Store Express, peniaga Digi Postpaid dan juga Digi Store Online untuk mendaftar pelan Digi Postpaid baru.

Q4. Saya adalah pelanggan Digi Postpaid / Prepaid yang sedia ada. Bolehkah saya menukar pelan saya kepada pelan Digi Postpaid yang baru?

Ya, selagi anda belum berada di bawah kontrak aktif dengan Digi. Anda hanya perlu meminta barisan hadapan Digi yang mesra untuk membantu anda menukar pelan anda.

Q5. Adakah kuota internet bulanan berikut boleh dikongsi?

Ya, peruntukan kuota internet bulanan dapat dikongsi dari talian utama kepada semua talian tambahan Postpaid Family, Broadband Mudah Alih dan SIM Gadget dalam kumpulan keluarga yang sama.

Q6. Adakah terdapat bayaran untuk mengaktifkan ciri perkongsian internet?

Ciri perkongsian internet biasanya boleh didapatkan dengan bayaran RM10 sebulan, tetapi pelanggan pelan Digi Postpaid baru akan dapat menikmati ciri ini secara PERCUMA sehingga diberitahu kelak.

Q7. Bagaimanakah untuk saya menjadi layak untuk mendapat panggilan tanpa had pada pelan Digi Postpaid yang baru? 

Buatlah panggilan kepada sesiapa sahaja! Anda akan menikmati panggilan suara tanpa had kepada pengguna di semua rangkaian, termasuk talian tetap (tidak termasuk panggilan video, nombor khas dan nombor 1-300 panggilan bebas tol). Panggilan tanpa had adalah hanya untuk penggunaan domestik (di Malaysia) sahaja.

Q8: Apa yang ditawarkan oleh ‘Roam Like Home’?

‘Roam Like Home’ adalah tawaran gabungan dengan kombinasi minit panggilan tetap dan kuota Internet untuk digunakan semasa anda berada di luar Malaysia.

Tawaran ini boleh didapati untuk semua pelan utama dan tambahan Digi Postpaid kecuali Digi Postpaid 40 dan Digi Postpaid Family 40. Untuk lebih info mengenai ‘Roam Like Home’, sila klik di sini.

Q9. Bolehkah saya membuat panggilan antarabangsa (IDD) dan ‘Roam’ dengan pelan Postpaid saya? Bagaimanakah bayaran akan dikenakan?

Ya, anda boleh! Anda akan dikenakan bayaran berdasarkan penggunaan anda, atau anda boleh membeli pas IDD (panggilan antarabanga) atau Roaming untuk lebih penjimatan. Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini:

IDD

Roaming

Q10. Berapa banyak talian tambahan Postpaid yang boleh saya daftar?

Setiap akaun Digi Postpaid yang baru boleh mendaftar sehingga enam (6) talian tambahan (Family Lines) yang dapat menjadi gabungan dari pelan tambahan Postpaid di bawah dan tertakluk pada kelayakan pelan utama:

POSTPAIDTABLE2.PNG

Q11. Saya adalah pelanggan Postpaid Family yang sedia ada. Talian Postpaid Family saya kini menikmati faedah yang sama dengan talian utama Postpaid saya. Apa yang akan berlaku pada talian Postpaid Family saya jika saya beralih ke pelan Postpaid Digi yang baru?

Talian Postpaid Family anda juga akan dialihkan kepada pelan tambahan Postpaid Family baru di mana mereka akan mendapat potongan 50% dari yuran pelan bulanan.

Q12. Saya adalah pelanggan Postpaid yang lama tanpa kontrak, bolehkah saya mendaftar untuk Family Lines baru dengan pelan Postpaid baru ini?

Ya, namun anda diminta untuk menukar talian utama anda kepada pelan Postpaid baru.

Q13. Saya adalah pelanggan PhoneFreedom 365 atau pelanggan yang di bawah kontrak pelan Postpaid lama, bolehkah saya mendaftar untuk Family Lines dengan pelan Postpaid baru?

Ya, anda boleh mendaftar untuk Family Lines dalam Pelan Postpaid yang baru, jika anda dalam pelan PhoneFreedom 365 sekarang atau di dalam kontrak yang lain di bawah pelan Postpaid lama, tanpa perlu melakukan COP (Change of Plans) atau Penukaran Pelan ke pelan Postpaid baru untuk talian utama.

Q14. Adakah saya dapat menikmati rebat sebagai pelanggan Postpaid yang juga pelanggan Digi Fibre?

Jika anda pengguna pelan Digi Postpaid baru yang juga mendaftar untuk Digi Fibre pada akaun yang sama layak mendapatkan rebat bulanan pada talian Digi Postpaid anda sehingga 24 bulan.Ketahui Digi Fibre lebih lajut di sini.

 

Q15. Pada masa ini saya sedang menikmati rebat bagi pelan Digi Postpaid yang lebih lama dan langganan Digi Fibre secara serentak. Adakah kelayakan rebat saya akan dikemaskini?

Potongan harga semasa anda akan terus berlaku, kecuali jika anda memilih untuk menukar pelan Postpaid anda kepada pelan Postpaid Digi baru yang layak untuk potongan harga terkini.

Q16. Bilakah rebat bulanan Digi Fibre tersebut akan diberikan kepada talian Postpaid saya?

Rebat talian Postpaid anda akan diberikan dalam masa 30 hari setelah pemasangan Digi Fibre anda berjaya.

Q17. Apakah Tawaran Add-On?

Tawaran Add-On membolehkan anda menikmati penjimatan apabila anda menandatangani kontrak 12 atau 24 bulan dengan Digi Postpaid. 

 Q18. Produk atau perkhidmatan apa yang ditawarkan sebagai Tawaran Add-On?

Anda boleh memilih satu daripada pelbagai tambahan, mengikut pelan Digi Postpaid anda:

  1. Peranti pada pelan PhoneFreedom 365
  2. Peranti dengan kontrak biasa
  3. Tambah Nilai Internet
  4. Perkhidmatan Digital
  5. Broadband Mudah Alih
  6. Roam Like Home

Untuk maklumat lanjut, anda boleh click di sini.

Q19. Siapakah yang boleh mendaftar untuk Tawaran Add-On?

Tawaran Add-On hanya tersedia bagi pelanggan pelan Digi Postpaid baru dan talian tambahan mereka yang melanggani kontrak selama 12 bulan sahaja.

Q20. Berapa lama tempoh kontrak sekiranya saya mendaftar Tawaran Add-On ini?

Tawaran Add-On kebanyakannya disediakan untuk pelanggan kontrak selama 12 bulan, kecuali kontrak PhoneFreedom 365 selama 24 bulan.

Q21. Dimanakah boleh saya mendaftar untuk Tawaran Add-On?

Anda boleh melawat mana-mana Digi Store, Digi Store Express, peniaga Digi Postpaid atau Digi Store Online untuk melanggani Tawaran Add-On.

Q22. Bolehkah saya mendaftar untuk lebih dari satu Tawaran Add-On pada masa yang sama?

Tidak, setiap talian Digi Postpaid hanya layak didaftar untuk satu (1) Tawaran Add-On pada waktu tertentu.

Q23. Bolehkah Family Lines saya mendaftar untuk Tawaran Add-On?

Ya, Family Lines anda boleh mendaftar untuk Tawaran Add-On, dengan maksimum empat (4) pemegang NRIC atau Pasport.

Q24. Saya kini melanggan Pelan Postpaid Digi yang lebih lama. Bolehkah saya mendaftar untuk Tawaran Add-On?

Oleh kerana Tawaran Add-On hanya tersedia untuk pelanggan pelan Digi Postpaid yang baru, anda boleh memilih untuk menukar pelan anda terlebih dahulu ke pelan Postpaid Digi yang baru di mana-mana kedai Postpaid kami di seluruh negara.

Comments
by Member
on ‎15-03-2021 04:59 PM

Hi, i just switch to  postpaid 60 plan(1 principle line + 3 subline), but i did not saw any add on 10GB data option in  MyDigi apps.

Besides that, i received a sms  telling me that i've activated a monthly 30GB data  with 12 months contract...

Can you please advice  is there something wrong with my subscription?Screenshot_20210315-165255_1.jpgScreenshot_20210315-165332_1.jpg


by Support
on ‎15-03-2021 07:49 PM

Hi MongCheeFei. Did you agree to one of our customer service offer recently? If yes, that could be the result of the agreement.

 

If you need further clarification with your account, please PM (inbox) us ya.

 

Thank you.

by Member
on ‎18-03-2021 04:20 PM

hi, already PM you..