|
Join the conversation
Showing results for 
Search instead for 
Do you mean 
Join the conversation
Showing results for 
Search instead for 
Do you mean 
Reply

Line internet yang teruk.

Member
Posts: 1
Registered: ‎05-04-2019
Internet yang sangat teruk dikawasan bangi avenue. Harap dapat tingkatkan secepat yang mungkin. Tak berbaloi dengan bayaran RM120 sebulan. Wifi rumah digi, wife pun digi. Sungguh tak berbaloi!

Re: Line internet yang teruk.

Member
Posts: 1
Registered: ‎18-07-2019
Sebelum ini, DIGI bagai hero yg berjaya menyelamatkan penduduk di kawasan Balik Pulau. Namun selepas Raya, berbagai laporan telah dibuat tetapi masalah sambungan internet Serta line putus2 tlh menjadikan DIGI telco paling teruk di kawasan Balik Pulau, Penang. Amatlah dukacita apabila bayaran mahal tp perkhidmatan langsung x memuaskan!!

Re: Line internet yang teruk.

Support
Posts: 5,756
Registered: ‎10-04-2015

Hi, selamat pagi. Kalau masih ada isu sama, hantarkan aduan rasmi melalui aplikasi MyDigi. 

 

Untuk versi lama, klik pada Menu >> Support >> Email >> Select Category, pilih Network Coverage. 
Untuk versi baru, klik pada Menu >> Support >> Network Coverage.

 

Isikan semua butiran dan pihak teknikal kami akan menghubungi anda semula kalau lebih maklumat diperlukan. Status aduan akan dikemaskini dalam menu Case Status (versi lama) atau My Case Status (versi baru) dalam masa 2~5 hari. Mohon maaf dengan kesulitan yang dialami. Terima kasih.

Hope it helps. Please click on "This is Helpful" to give it a thumbs up OR click on "Accept as Solution" from Options menu above to help others find their answers faster! Have a nice day!

Re: Line internet yang teruk.

Member
Posts: 2
Registered: ‎23-04-2020
Line Internet digi di area kami mmg x dapat nak sambung. Tak tau lah masalah apa. Line untuk mesej call ok tp line untuk internet tiada langsung. Segala assignment saya tak dapat disiapkan. Please .. buat sesuatu. Tak berbaloi rasanya beli kuota tapi x dapat nak guna hanya kerana masalah ni.
Lokasi: Kampung Kopit Bau Sarawak

Re: Line internet yang teruk.

Support
Posts: 5,756
Registered: ‎10-04-2015

Hi Lttlexc. Pembaikan akan dilakukan dari semasa ke semasa untuk mengurangkan impak kepada pengguna disebabkan penggunaan serentak yang meningkat dalam satu-satu masa terutama ketika tempoh PKP ni. 

 

Tapi kalau isu dah lama berlaku, hantarkan aduan rasmi melalui aplikasi MyDigi; Menu>>Support>>Network Coverage. Aduan akan terus dihantar ke bahagian teknikal dan status aduan akan dikemaskini di bahagian My Case Status selepas beberapa hari.

 

Mohon maaf dengan kesulitan yang dialami. Terima kasih.

Hope it helps. Please click on "This is Helpful" to give it a thumbs up OR click on "Accept as Solution" from Options menu above to help others find their answers faster! Have a nice day!

Re: Pembatalan langganan Digi Infinite 150 + service yang teruk

Member
Posts: 1
Registered: ‎09-07-2021

Saya menetap di Kluang, Johor. Saya pergi ke Digi Store  Kluang untuk membatalkan subscription Digi Infinite 150. Staff tu cakap saya kena pergi JB untuk pembatalan service. Persoalannya, saya beli di kedai tersebut, tp kalau nak batalkan, saya kena pegi JB?  Sekarang PKP, mana boleh rentas daerah. Absolutely ridiculous. Bila saya call Digi customer service , haram takda sorang jawab. Dah masuk 3 hari saya keep calling dan masa menunggu pun agak lama. kalau saya tak tamatkan service ni, bil akan terus berjalan dan nama saya akan di black list, tu kata dari staff digi store kluang. Jadi sekarang ni macam mana saya nak batalkan? kenapa call susah nak jawab? 

Re: Pembatalan langganan Digi Infinite 150 + service yang teruk

Support
Posts: 5,756
Registered: ‎10-04-2015

Hi Airie1996. Pembatalan akaun adalah melalui cawangan Digi Store saja. Dealer tak boleh membatalkannya.

 

Untuk tempoh PKP ni, anda boleh hantarkan permintaan pembatalan akaun ke e-mel kami, help@digi.com.my (Isnin - Jumaat, kecuali Cuti Umum) dengan maklumat di bawah :

 

Nama:
Kad Pengenalan:
Nombor telefon dan nombor akaun. :
Jumlah bayaran terakhir:
Sebab pembatalan:

 

Nyatakan juga lokasi semasa anda dan mengapa tak dapat kunjungi Digi Store di dalam emel tu. Selesaikan semua jumlah bil yang telah keluar (kalau ada) terlebih dahulu.

 

Terima kasih.

Hope it helps. Please click on "This is Helpful" to give it a thumbs up OR click on "Accept as Solution" from Options menu above to help others find their answers faster! Have a nice day!