|
Join the conversation
Showing results for 
Search instead for 
Do you mean 
Join the conversation
Showing results for 
Search instead for 
Do you mean 
Reply

Intermittent Network Connection - Taman Alam Perdana

Member
Posts: 4
Registered: ‎22-03-2018

Dear DIGI!

 
 
Disini saya ingin membuat aduan mengenai masalah rangkaian yang telah saya hadapi sejak daripada 3 March 2018 (Sabtu) sehingga kini.

Saya menetap di Taman Alam Perdana pada pertengahan tahun lepas. Network coverage disini untuk DiGi berada tahap sederhana. Dapat coverage 2 - 3 bar 4G. Tiada masalah panggilan, sms dan juga interenet. Sehingga pada 3 March 2018, mula terjadi intermittent network issue.


Kronologi

- 3 March 2018 (Sabtu)

Pada waktu 10 malam selepas hujan lebat, saya dapati line coverage pada handphone saya, isteri dan juga broadband mengalami masalah rangkaian. Sangat tidak stable. Daripada 4G, akan pergi ke 3G kemudian No Coverage. Perkara tersebut berlaku berulang-ulang kali sehingga sekarang. Kami hanya dapat menikmati coverage hanya selama 5 minit, kemudian akan down.
 
- 5 March 2018 (Isnin)
Disebabkan network tidak stable, kerap "No Services". Saya mula menelefon pihak DiGi pada pukul 9.27am pagi. Pihak DiGi mengatakan akan menyerahkan kes saya ini kepada Team Network mereka.
 
- 6 March 2018 (Selasa)
Saya menerima panggilan daripada Pihak DiGi (Team Network) pada pukul 2.23 petang, mereka menelefon untuk bertanyakan status rangkaian adakah masih ok atau tidak. Dan saya mengatakan masalah tersebut masih berlaku. Mereka mengatakan akan cuba menyelesaikan masalah ini dalam masa 5 - 7 hari waktu berkerja. 

- 7 March 2018 (Rabu)
Network Coverage masih sama, 
telefon kerap terputus apatah lagi akses ke internet. Saya risaukan keadaan keluarga bila waktu kerja. Jadi pada pukul 6.48 petang saya menelefon Pihak DiGi untuk bertanyakan status report. Dan jawapanya masih sama, dalam tindakan lagi. Saya meminta mereka untuk mempercepatkan kerana network coverage semakin teruk. Mereka berjanji akan beritahu Pihak Network untuk selesaikan secepat mungkin

- 12 March 2018 (Isnin) - Seminggu selepas report dibuat
Saya menelefon sekali lagi Pihak Digi mengenai status report. Dan jawapan seperti biasa, MASIH DALAM TINDAKAN. Saya meminta mereka tarikh bila mereka boleh selesaikan, tetapi mereka tiada jawapan. Saya mohon pihak pengurus mereka untuk hubungi saya. 

2 Jam kemudian
 pihak pengurus hubungi, dan berjanji akan follow up dan push Team Network untuk selesaikan isu tersebut selewat-lewatnya pada 19 March 2018. Dia juga berkata tidak perlu telefon pihak DiGi dalam tempoh tersebut kerana dia akan cuba selesaikan secepat mungkin. Jadi saya menunggu 
 
- 14 March 2018 (Rabu)
Disebabkan risau keselamatan pada keluarga saya. Saya membawa mereka balik ke rumah ibubapa saya supaya mudah untuk saya hubungi sekiranya terjadi apa-apa. Memandangkan network coverage masih belum dapat diselesaikan
 
-16 March 2018 (Jumaat)
Pada pukul 8 malam, saya menerima panggilan daripada pihak DiGi. Mereka memberitahu tiada apa-apa masalah dengan "Telco Tower" disekitar kawasan tersebut. Mereka bertanyakan adakah saya masih lagi menghadapi masalah yang sama. Dan saya berkata YA. Saya juga meminta mereka datang ke rumah saya untuk mendapatkan bukti network coverage mereka. Mereka berkata akan MENYIASAT LAGI perkara ini. Membuatkan saya mula hilang rasa sabar!
 
- 18 March 2018 (Ahad)
Saya kembali ke rumah saya, saya dapati network coverage masih sama lagi. Sekejap 4G, 3G kemudian "No Services". Berulang-ulang kali berlaku
 
- 20 March 2018 (Rabu) - Dua minggu 2 hari selepas report dibuat
Saya telah menelefon pihak DiGi sekali lagi untuk bertanyakan status report saya. Saya menunggu hampir 10 minit didalam talian untuk mereka menyemak status saya.  Dan jawapan mereka, masih sama!
 
Maklumat saya
 Lokasi Masalah : Taman Alam Perdana, 42300 Bandar Puncak Alam, Selangor Darul Ehsan

Disini saya sertakan screenshot untuk rujukan pihak DiGi
 


Tidak dapat menghubungi Pihak DiGi ketika ingin membuat laporan pada 5 March 2018


12 March 2018



19 March 2018, sekejap sahaja 4G kemudian drop semula



Drop semula ke 3G 2 bars


21 March 2018, "No Services"



21 March 2018, "No Services"  juga


Terpaksa menunggu mereka hampir 10 minit utk mendapatkan status rekod saya



Hasil semakan "Speed Test" dengan mengunakan apps "OpenSignal" . Ping terlampau lama, Error download, kurang 1MB untuk upload!
 
 

Tolong segerakan  selesaikan masalah saya!!

Re: Intermittent Network Connection - Taman Alam Perdana

Member
Posts: 4
Registered: ‎22-03-2018

 After a few hour still not update from DiGi?

 

 

very very very good services

Re: Intermittent Network Connection - Taman Alam Perdana

Member
Posts: 3
Registered: ‎07-12-2015

up. tolong ambil perhatian

Re: Intermittent Network Connection - Taman Alam Perdana

Community Manager
Posts: 8,787
Registered: ‎20-04-2015
Sila hantarkan maklum balas mengenai isu rangkaian anda menggunakan aplikasi MyDigi. Maklumbalas anda akan membantu perkembangan rangkaian di masa hadapan http://community.digi.com.my/t5/Apps-Services/Report-Digi-network-problems-via-the-MyDigi-app/ta-p/2...

Hope my answer has helped! If it has, please click on "This is Helpful" to give it a thumbs up. If this is the solution you seek, click on "Accept as Solution" to help others find their answers faster!

Re: Intermittent Network Connection - Taman Alam Perdana

Member
Posts: 4
Registered: ‎22-03-2018

Dear Encik Sotong,

 

Do you read my message there? I already make it a report to the DiGi. The problem is what is the progress? This morning your coverage still problem!

 

 

 

 

Re: Intermittent Network Connection - Taman Alam Perdana

Member
Posts: 4
Registered: ‎22-03-2018

27 March 2018

- Cuba hubungi Customer Services DiGi untuk bertanyakan status. Jawapan masih sama, dalam TINDAKAN lagi!!!!. Meminta pihak pengurusan mereka untuk menghubungi saya. Dan operator mengatakan dalam tempoh 24 jam akan menghubungi saya balik

 

28 March 2018

- Dah lebih 24 jam, pihak pengurusan DiGi tidak menghubungi saya. Saya menelofon kembali sekitar 1.15pm. Dan seorang operator bernama Nadia menjawab panggilan saya. Apabila siasat laporan saya, tiada SEBARANG NOTA dimana saya meminta pihak pengurusan untuk menghubungi saya. TIADA!!

 

Saya telah meminta Puan Nadia supaya segerakan pengurus mereka untuk menghubungi saya SEGERA! Beliau akan memaklumkan dalam tempoh 2 jam pihak pengurus akan menghubungi saya.

 

Terima kasih DiGi atas perkhidmatan CEMERLANG ANDA!!!

 

Line Problem!!!

 

Untuk makluman semua, hampir sebulan perkara tersebut masih lagi BERLAKU!!!