|
Join the conversation
Showing results for 
Search instead for 
Do you mean 
Join the conversation
Showing results for 
Search instead for 
Do you mean 

Tips Untuk Meriahkan Lagi Raya Tahun Ini

by Community Manager on ‎22-05-2020 12:44 PM

Walaupun sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini sedikit berbeza, jangan biar ia lunturkan semangat kita. Raya kan hanya sekali setahun, tidak kira di mana, mari kita kekalkan kemeriahan Hari Raya.  

3 tips untuk kekalkan kemeriahan dan keceriaan Hari Raya.

 

1. Bertukar juadah menggunakan servis penghantaran

1 Resize.png

Sudah menjadi kebiasaan kita disuruh mak untuk menghantar kuih raya dan juadah makanan kepada jiran. Dan jiran pula akan ‘membalas’ juadah kita dengan juadah lain. 

Dulu tradisi bertukar juadah ini terhad kepada jiran tertangga. Kini, banyak perkhidmatan penghantaran yang kita boleh gunakan untuk bertukar juadah kepada mereka yang berjauhan. Kita bukan sahaja dapat merasa air tangan orang tersayang malah hubungan silaturrahim juga dapat dieratkan.

 

2. Rumah terbuka secara virtual

2 resize.png

Jauh di mata, dekat di hati. Walaupun berjauhan, kita masih boleh berhubung dengan ahli keluarga, rakan dan saudara-mara tersayang pada Hari Raya. Biarpun tahun ini tiada rumah terbuka, kita masih boleh mengadakan ‘virtual’ rumah terbuka beramai-ramai melalui video call. Pasti seronok bila kita dapat tunjuk menu ‘special’ Hari Raya kita kepada saudara mara. 


3. Beri duit raya secara online

3 resize.png

Tak lengkaplah Hari Raya tanpa duit raya. Walaupun kita tidak dapat menziarahi sanak-saudara, kita masih boleh memberikan senyuman kepada mereka dengan memberi duit raya secara ‘online’. Bagi kanak-kanak, tak ada sampul raya pun tak apa, asalkan poket tebal!

 

Meskipun tidak bersama secara fizikal, tidak bermakna sambutan Hari Raya kita tidak meriah. Kegembiraan dan keceriaan sambutan Hari Raya masih boleh dikekalkan. Selamat Hari Raya Aidilfitri daripada Digi kepada seluruh rakyat Malaysia!

Comments
by Member
on ‎01-06-2020 08:08 PM

Hebat

by Support
on ‎01-06-2020 08:11 PM

Dah cuba tak, Adam17? Jika dah sharelah dengan kami disini Smiley Happy 

by Member
on ‎04-06-2020 09:27 AM

tak kira  dimana kita  berada  digi sentiasa  connect untuk kita  berhubung  dan online  sama   keluarga   saudara kwn2   ......walaupun  jauh   tapi  rasa  sayang   berhubung  sentiasa berada......tq  digi   we  love u

Meet our Support team and SuperUsers