|
Join the conversation
Showing results for 
Search instead for 
Do you mean 
Join the conversation
Showing results for 
Search instead for 
Do you mean 

Tips Pengurusan Diri Di Rumah!

by Community Manager on ‎30-04-2020 04:32 PM

Self-care ataupun pengurusan diri sangat penting untuk menjaga kesihatan fizikal, mental dan emosi kita. Pengurusan diri yang baik dapat membantu diri kita menjadi lebih positif serta meningkatkan keyakinan diri. Pengurusan diri bukanlah bermakna kita mementingkan diri sendiri tetapi, namun ia adalah untuk memastikan kesejahteraan diri terjamin.

 

1. Meditasi

Meditation-New.gif

Meditasi adalah salah satu cara yang efektif untuk kita menenangkan fikiran. Apabila kita rasa gelisah, meditasi dapat bantu kita melepaskan stres. Walaupun hanya 5 minit setiap hari, jika anda meluangkan masa untuk bermeditasi, tentu anda akan merasa lebih tenang dan boleh berfikir secara kritikal dalam apa jua keadaan. Antara teknik meditasi mudah yang anda boleh lakukan ialah dengan memberi tumpuan kepada pernafasan. Tarik nafas perlahan-lahan dan hembus dengan tenang.

 

2. Membaca buku

Reading.gif

Membaca merupakan satu tabiat yang baik dan mampu membina kelestarian minda kita.  Dengan membaca, kita melatih otak untuk menumpukan perhatian terhadap sesuatu perkara dalam jangka masa yang panjang. Tak kira buku ilmiah, karya ringan ataupun portal digital, tahukah anda, bila kita membaca sekurang-kurangnya 20 minit sehari, kita akan belajar 1.8 juta patah perkataan dalam masa setahun. 

 

3. Bersenam

Exercise.gif

Senaman merupakan aktiviti dua-dalam-satu kerana ia dapat membantu kesihatan fizikal dan juga mental kita. Aktiviti senaman dapat merehatkan minda, melegakan tekanan serta membantu kita menjadi lebih produktif.  Terdapat berbagai jenis video senaman menarik yang dimuatnaik oleh pelatih, ahli sukan negara dan ramai lagi yang anda boleh contohi sementara anda kekal selamat di rumah.


4. Seimbangkan kerja dan kehidupan

work-play.gif

Walaupun kita bekerja di rumah, kita harus seimbangkan kerja dan kehidupan. Meluangkan masa bersama ahli keluarga haruslah diutamakan. Untuk mengelakkan tekanan, kita perlu bijak menyusun jadual mengikut keutamaan. Tip: Sediakan satu ruang atau meja khusus untuk bekerja, dan tentukan jadual harian anda sementara anda work from home

 

5. Tetapkan rutin tidur

sleep.gif

Mempunyai rutin tidur dapat membantu kita untuk mendapatkan rehat yang secukupnya. Tip: Untuk mendapatkan tidur yang lebih berkualiti, anda dinasihatkan untuk menjauhkan semua jenis device 2 jam sebelum tidur. 

 

6. Belajar kemahiran baru

skills.gif

Jika selama ini jadual kita sangat padat, sekarang anda boleh mengunakan masa lapang ini untuk belajar kemahiran baharu. Banyak laman web yang menawarkan ‘online class’ secara percuma.


7. Sentiasa berhubung

chatting.gif

Apabila kita hanya duduk di rumah, kita mungkin akan berasa sunyi kerana kurang interaksi dengan dunia luar. Jadi jangan lupa untuk berhubung dengan ahli keluarga dan rakan-rakan. Kita boleh gunakan internet dan media sosial untuk berkongsi cerita dan kegembiraan dengan orang tersayang.

 

Anda hanya perlu #DudukRumah dan Digi akan menghubungkan kepada setiap kepentingan.

Meet our Support team and SuperUsers