|
Join the conversation
Showing results for 
Search instead for 
Do you mean 
Join the conversation
Showing results for 
Search instead for 
Do you mean 

Sudah Mendaftar untuk Vaksin AstraZeneca? Inilah Yang Perlu Anda Ketahui

by Community Manager on ‎07-05-2021 09:15 PM - last edited on ‎28-05-2021 11:39 AM by Community Manager

Pendaftaran Vaksin AstraZeneca Covid-19 yang secara sukarela kini di Selangor dan Kuala Lumpur dan bakal dilanjutkan kepada semua rakyat Malaysia telah menjadi perbincangan hangat minggu ini! Adakah anda merancang untuk mendapatkan vaksin tesebut? Kami mempunyai beberapa maklumat untuk membantu anda memahami proses pendaftaran sehingga ke tarikh temu janji anda supaya anda dapat pengalaman vaksin yang baik dan sempurna.

 

[Kemas kini pada 12 Mei 2021]

Diumumkan bahawa 2,800 janji temu pada 15 dan 16 Mei di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC) KL telah dijadualkan semula kepada 17 hingga 23 Mei sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan kesesakan. Mereka yang dijadualkan semula akan menerima SMS atau notifikasi di MySejahtera. Sekiranya anda tidak menerima sebarang notifikasi, tarikh janji temu anda masih kekal pada tarikh yang sama.

 

Untuk makluman anda, pendaftaran Vaksin AstraZeneca hanya terbuka untuk orang dewasa berumur 18 tahun ke atas dan yang telah mendaftar untuk Program Imunisasi Covid-19 Nasional, yang boleh anda daftarkan melalui Aplikasi MySejahtera. Klik di sini untuk mengetahui caranya.

 

Kerajaan akan mengumumkan fasa kedua pendaftaran Vaksin AstraZeneca dalam 2 minggu lagi! Pastikan anda peka dan mendaftar awal untuk mendapatkan janji temu di sini.

Berikut adalah cara-cara pendaftaran bagi fasa temu janji seterusnya.

 

Langkah 1:

Pergi ke laman web rasmi untuk mendaftar. Masukkan nama anda, no IC, umur, nombor telefon dan pilih tarikh dan tempat untuk menerima vaksin anda.

pendaftaran.png

Langkah 2:
Anda akan diberitahu melalui MySejahtera mengenai waktu yang telah disahkan untuk janji temu vaksin anda, dan anda perlu terima / tolak dalam tempoh 48 jam.

Langkah 3:
3 orang dalam sekumpulan akan dinilai oleh doktor untuk penilaian pra-vaksin untuk menentukan sama ada anda sesuai atau tidak untuk vaksin. Rujuk infografik di bawah untuk melihat kumpulan yang terlibat dan bagaimana untuk dinilai.

vak5.png

Langkah 4:
Sekiranya anda sesuai, anda layak mendapat vaksin. Jika tidak, status anda akan kembali ke barisan vaksinasi yang tersedia ada.

Langkah 5:
Sekiranya anda layak, anda akan menerima borang persetujuan yang tidak perlu anda cetak kerana ia akan disediakan. Anda hanya perlu bawa Kad Pengenalan/Pasport anda semasa tiba di pusat pentadbiran vaksin anda.

Sekiranya anda memilih lokasi di luar daerah anda, jangan risau! Anda masih dibenarkan untuk pergi ke pusat pentadbiran vaksin yang diperuntukkan. Anda hanya perlu tunjukkan Aplikasi MySejahtera anda untuk menunjukkan butir-butir janji temu anda sekiranya terdapat sekatan jalan raya.

 

Persediaan untuk Menerima Vaksin

Anda sudah mendaftar dan sedang menunggu tarikh temujanji? Berikut adalah 4 langkah utama yang harus anda ketahui semasa menghadirkan diri di pusat pentadbiran vaksin yang diperuntukkan.

 

Peringatan untuk anda,  pastikan bateri telefon anda penuh atau pastikan anda mempunyai powerbank bersama anda kerana anda akan menggunakan aplikasi MySejahtera untuk mengimbas beberapa kali semasa janji temu. Bawa sebatang pen dengan anda juga untuk mendaftar di kaunter!

 

Langkah 1:

vak1.jpg

Langkah 2:

vak2.jpg

Langkah 3:

vak3.jpg

Langkah 4:

vak4.jpg


Maklum balas daripada warganegara yang telah mengambil dos pertama menunjukkan bahawa proses temu janji hanya memerlukan 15 minit dan akan terdapat kakitangan yang mesra membantu anda menjalani proses ini. Setelah anda divaksinasi, MySejahtera anda akan menunjukkan dos pertama anda telah selesai! Temujanji anda yang seterusnya adalah selepas 12 minggu dos pertama anda seperti yang disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Kesan Sampingan Yang Harus Anda Perhatikan

Seperti vaksin lain, ada kesan sampingan ringan yang mungkin anda alami. Namun, jika anda mengalami salah satu perkara di bawah, anda harus segera dapatkan rawatan perubatan:

1. Sakit kepala berterusan yang teruk dan tidak bertambah baik dengan ubat penahan sakit dan disertai dengan loya dan muntah
2. Gejala neurologi seperti penglihatan kabur, kesukaran bercakap, mengantuk dan sawan
3. Sesak nafas atau sakit dada
4, Pembengkakan kaki
5. Sakit perut yang berterusan
6. Tompok darah kecil di bawah kulit

Kami sangat menggalakkan semua orang untuk mendaftar vaksin Covid-19. Mari lakukan bahagian kita untuk melindungi diri kita dan orang yang kita sayangi untuk ke arah negara yang lebih selamat dengan mendaftar dos pertama anda! Nantikan pengumuman fasa pendaftaran vaksin AstraZeneca seterusnya.

 

 Registered for the AstraZeneca Vaccine? Here’s What You Need To Know

 

The self-opt AstraZeneca Covid-19 vaccine registration, available in Selangor and Kuala Lumpur and soon to be extended to all Malaysians has been the talk of the week! Are you planning to volunteer to get a shot? We have some information to help you understand the process from the time you register till your appointment date for an efficient and overall good experience.

 

[Update on 12 May 2021]

It was announced that 2,800 appointments that fall on 15 and 16 May in the World Trade Centre (WTC) KL have been rescheduled to 17 to 23 May as precaution to avoid overcrowding. Those affected would have already received an SMS or a MySejahtera notification. If you didn’t receive a notification, your appointment remains.

 

Do note, the AstraZeneca Vaccine registration is only open to adults aged 18 and above and have already registered for the National Covid-19 Immunisation Program, which you can sign up for via the MySejahtera App. Click here to find out how.

The government will be announcing the second phase of AstraZeneca Vaccine registration in 2 weeks! Remember to do so early to secure yourself an appointment here.

 

Here are the step-by-steps to self-register for the next phase of appointments

Step 1:
Head to the official website to register. Key in your name, age, IC no, mobile number and select the date and place to receive your vaccine.

pendaftaran.png

Step 2:
You will be notified via MySejahtera of your confirmed time of your vaccine appointment, which you will need to accept/reject within 48hrs

Step 3:
3 groups of people will be assessed by a doctor for pre-vaccine assessments to determine if you’re suitable for the vaccine. Refer to the infographic below to see the groups involved and how to get assessed.

vak6.png

Step 4:
If you’re suitable, you’ll be eligible for the vaccine. Otherwise, your status will return to the mainstream vaccination queue.

Step 5:
If you’re eligible, you’ll receive a consent form which you do not need to print out as it will be provided. All you need to bring is your NRIC/Passport upon arrival at your vaccine administration centre.

If you’ve selected a location outside of your district, fret not! You’ll still be allowed to travel to your allocated vaccine administration centre. Just present your MySejahtera App to show your appointment details if you come across any stops along the way.

 

Prepping to Receive Your Vaccine
Already registered and awaiting your appointment date? Here are the 4 main steps you should know when presenting yourself at your appointed vaccine administration centre.

 

A gentle reminder to ensure that your phone is fully charged, or bring a powerbank with you as you'll need MySejahtera to scan a few times during your appointment. Bring along a pen with you as well to register at the counter!

 

Step 1:

vak01.jpg

Step 2:

vak02.jpg

Step 3:

vak03.jpg

Step 4:

vak04.jpg

Feedback from citizens who have already taken their first dose show that the appointment process takes just 15mins and friendly staff will be there to help take you through the process. Once you’ve taken your vaccine, your MySejahtera should reflect that your 1st dose has been completed! You next appointment will be from 12 weeks after your first dose as recommended by the World Health Organisation (WHO).

 

Side Effects You Should Look Out For
Like other vaccines, there are mild side effects that you may experience. However, if you’re experiencing any of the below, seek medical attention immediately:

 

1. A severe persistent headache that does not improve with simple painkillers and accompanied by nausea and vomiting
2. Neurological symptoms such as blurred vision, difficulty with speech, drowsiness, seizures
3. Shortness of breath or chest pain
4, Swelling of the legs
5. Persistent abdominal pain
6. Tiny blood spots under the skin

 

We highly encourage everyone to register for the Covid-19 vaccine. Let’s do our parts to help protect ourselves and our loved ones and achieve a safer nation by registering for your first dose! Stay tuned for the announcement on the next phase of the AstraZeneca vaccine registration.

 

Meet our Support team and SuperUsers