Apakah MyDigi Bazaar?
MyDigi Bazaar adalah sebuah ruang di aplikasi MyDigi kami yang menghubungkan peniaga kecil-kecilan dan juga pembeli, dengan memberikan peluang kepada bisnes tersebut untuk memasarkan produk mereka kepada pelanggan Digi tanpa yuran pendaftaran.
Mengapakah anda patut mencuba MyDigi Bazaar?
Apakah syarat yang perlu dipenuhi untuk disenaraikan di MyDigi Bazaar?
Sekiranya anda memiliki perniagaan kecil tanpa kedai fizikal atau platform e-dagang dan beroperasi terutamanya melalui WhatsApp untuk menerima pesanan pelanggan, perniagaan anda sesuai untuk disenaraikan di MyDigi Bazaar.
Apakah jenis perniagaan yang boleh disenaraikan?
Kami mengalu-alukan kesemua pemilik perniagaan yang memenuhi syarat kelayakan di atas, selagi perniagaan anda mempromosikan produk atau perkhidmatan yang sah dari segi undang-undang. Pengecualian adalah seperti yang berikut:
Bagaimanakah saya hendak sertai MyDigi Bazaar?
Anda hanya perlu mendaftar dengan mengisi borang ini dan wakil dari pasukan kami akan menghubungi anda dalam tempoh 10 hari waktu berkerja.
Perlukah saya menjadi pelanggan Digi untuk menyenaraikan perniagaan saya di MyDigi Bazaar?
Tidak, anda tidak perlu untuk menjadi pelanggan rangkaian terbesar di Malaysia untuk menjadi sebahagian daripada MyDigi Bazaar.
Adakah tempoh komitmen yang tertentu untuk penyenaraian saya?
Kami meminta agar tawaran anda disenaraikan sekurang-kurangnya selama sebulan, walaupun kami mengesyorkan tempoh 3 bulan untuk meningkatkan kesedaran mengenai produk atau perkhidmatan anda.
Adakah terdapat bayaran yang dikenakan?
Tidak ada bayaran pendaftaran, komisen dan tiada caj yang terlibat. Namun, kami meminta agar perniagaan memberikan tawaran eksklusif untuk pelanggan Digi.
Apa jenis tawaran eksklusif yang boleh saya promosikan?
Sebaik-baiknya, tawaran yang tidak dipromosikan di saluran penjualan lain. Anda boleh mempertimbangkan format berikut:
Saya telah menghantar borang. Apa yang akan berlaku seterusnya?
Tahniah! Pasukan kami akan memeriksa borang anda dan mereka akan menghubungi anda melalui e-mel
dalam tempoh 10 hari waktu bekerja untuk memberi nasihat mengenai langkah seterusnya.
Sekiranya permohonan saya berjaya, berapa lamakah masa yang akan diambil untuk menyenaraikan produk atau perkhidmatan saya?
Setelah berjaya memohon, anda akan menerima arahan lebih lanjut mengenai maklumat yang diperlukan untuk melengkapkan tawaran anda di MyDigi Bazaar. Setelah kami menerima set lengkap maklumat yang diperlukan, tawaran anda akan disiapkan dalam tempoh 10 hari waktu bekerja atau pada 1 haribulan bulan yang berikutnya.
Bagaimanakah pelanggan akan disalurkan ke perniagaan saya dari MyDigi Bazaar?
Pengguna MyDigi yang memuat turun baucar untuk tawaran anda akan diarahkan ke WhatsApp anda untuk menyelesaikan pesanan mereka melalui templat yang telah kami siapkan.
Transaksi penjualan akhir termasuk pembayaran dan pengaturan penghantaran akan dilakukan antara pelanggan dan anda sendiri.
Permohonan saya telah ditolak. Apakah sebab ini terjadi?
Ia mungkin disebabkan:
1. Maklumat yang tidak mencukupi.
Anda perlu memberi kami sekurang-kurangnya sedikit maklumat mengenai apa yang anda jual atau tawarkan kepada pelanggan kami di MyDigi Bazaar. Tanpa maklumat yang mencukupi, kami tidak akan meneruskan proses permohonan berikut lebih lanjut sehingga maklumat yang lengkap diterima oleh pihak kami.
2. Perniagaan yang didaftarkan tidak sesuai.
Seperti yang dinyatakan di atas, walaupun kami mengalu-alukan semua jenis perniagaan, kami harus selektif dan berikut adalah jenis perniagaan yang tidak sesuai:
Jadilah sebahagian MyDigi Bazaar sekarang! Klik disini untuk mendaftar.