|
Join the conversation
Showing results for 
Search instead for 
Do you mean 
Join the conversation
Showing results for 
Search instead for 
Do you mean 

Sertailah MyDigi Bazaar dan Kembangkan Perniagaan Anda!

by Community Manager ‎16-02-2021 07:57 PM - edited ‎17-02-2021 09:07 AM

Click here for ENG.PNG

Join MyDigi Bazaar.png

Apakah MyDigi Bazaar?

MyDigi Bazaar adalah sebuah ruang di aplikasi MyDigi kami yang menghubungkan peniaga kecil-kecilan dan juga pembeli, dengan memberikan peluang kepada bisnes tersebut untuk memasarkan produk mereka kepada pelanggan Digi tanpa yuran pendaftaran.

 

 Mengapakah anda patut mencuba MyDigi Bazaar?

  • Dapat mempromosikan produk kepada 11.3 juta pelanggan di rangkaian terbesar di Malaysia
  • Peluang untuk membina kesedaran jenama dan meningkatkan jumlah jualan.
  • Tiada yuran pendaftaran, caj atau komisen yang perlu dibayar. 

Apakah syarat yang perlu dipenuhi untuk disenaraikan di MyDigi Bazaar?

Sekiranya anda memiliki perniagaan kecil tanpa kedai fizikal atau platform e-dagang dan beroperasi terutamanya melalui WhatsApp untuk menerima pesanan pelanggan, perniagaan anda sesuai untuk disenaraikan di MyDigi Bazaar.

 

Apakah jenis perniagaan yang boleh disenaraikan?

Kami mengalu-alukan kesemua pemilik perniagaan yang memenuhi syarat kelayakan di atas, selagi perniagaan anda mempromosikan produk atau perkhidmatan yang sah dari segi undang-undang. Pengecualian adalah seperti yang berikut:

  • Servis pinjaman wang
  • Barangan berjenama palsu
  • Ejen yang beroperasi bagi pihak jenama
  • Multi Level Marketing (MLM) services 
  • Insurans
  • Segala perniagaan yang boleh dipersoalkan oleh Digi

Bagaimanakah saya hendak sertai MyDigi Bazaar?

Anda hanya perlu mendaftar dengan mengisi borang ini dan wakil dari pasukan kami akan menghubungi anda dalam tempoh 10 hari waktu berkerja.

 

Perlukah saya menjadi pelanggan Digi untuk menyenaraikan perniagaan saya di MyDigi Bazaar?

Tidak, anda tidak perlu untuk menjadi pelanggan rangkaian terbesar di Malaysia untuk menjadi sebahagian daripada MyDigi Bazaar.

 

Adakah tempoh komitmen yang tertentu untuk penyenaraian saya?

Kami meminta agar tawaran anda disenaraikan sekurang-kurangnya selama sebulan, walaupun kami mengesyorkan tempoh 3 bulan untuk meningkatkan kesedaran mengenai produk atau perkhidmatan anda.

 

Adakah terdapat bayaran yang dikenakan?

Tidak ada bayaran pendaftaran, komisen dan tiada caj yang terlibat. Namun, kami meminta agar perniagaan memberikan tawaran eksklusif untuk pelanggan Digi. 

 

Apa jenis tawaran eksklusif yang boleh saya promosikan?

Sebaik-baiknya, tawaran yang tidak dipromosikan di saluran penjualan lain. Anda boleh mempertimbangkan format berikut:

  • Diskaun, contoh ‘Dapatkan diskaun 10%’
  • Pengurangan harga, contoh ‘RM5 untuk barangan yang biasanya berharga RM8
  • Freebies, contoh ‘Penghantaran percuma’ ‘Beli satu percuma satu’ atau ‘Hadiah percuma’
  • Bundle, contoh. ‘Beli 3 untuk RM10

Saya telah menghantar borang. Apa yang akan berlaku seterusnya?

Tahniah! Pasukan kami akan memeriksa borang anda dan mereka akan menghubungi anda melalui e-mel

dalam tempoh 10 hari waktu bekerja untuk memberi nasihat mengenai langkah seterusnya.

 

Sekiranya permohonan saya berjaya, berapa lamakah masa yang akan diambil untuk menyenaraikan produk atau perkhidmatan saya?

Setelah berjaya memohon, anda akan menerima arahan lebih lanjut mengenai maklumat yang diperlukan untuk melengkapkan tawaran anda di MyDigi Bazaar. Setelah kami menerima set lengkap maklumat yang diperlukan, tawaran anda akan disiapkan dalam tempoh 10 hari waktu bekerja atau pada 1 haribulan bulan yang berikutnya.

 

Bagaimanakah pelanggan akan disalurkan ke perniagaan saya dari MyDigi Bazaar?

Pengguna MyDigi yang memuat turun baucar untuk tawaran anda akan diarahkan ke WhatsApp anda untuk menyelesaikan pesanan mereka melalui templat yang telah kami siapkan.

Transaksi penjualan akhir termasuk pembayaran dan pengaturan penghantaran akan dilakukan antara pelanggan dan anda sendiri.

 

Permohonan saya telah ditolak. Apakah sebab ini terjadi?

Ia mungkin disebabkan:

1. Maklumat yang tidak mencukupi.

Anda perlu memberi kami sekurang-kurangnya sedikit maklumat mengenai apa yang anda jual atau tawarkan kepada pelanggan kami di MyDigi Bazaar. Tanpa maklumat yang mencukupi, kami tidak akan meneruskan proses permohonan berikut lebih lanjut sehingga maklumat yang lengkap diterima oleh pihak kami.

 

2. Perniagaan yang didaftarkan tidak sesuai.

Seperti yang dinyatakan di atas, walaupun kami mengalu-alukan semua jenis perniagaan, kami harus selektif dan berikut adalah jenis perniagaan yang tidak sesuai:

  • Servis pinjaman wang
  • Barangan berjenama palsu
  • Ejen yang beroperasi bagi pihak jenama
  • Multi Level Marketing (MLM) services 
  • Insurans
  • Segala perniagaan yang boleh dipersoalkan oleh Digi

Jadilah sebahagian MyDigi Bazaar sekarang! Klik disini untuk mendaftar.

Comments
by Member
‎08-03-2021 02:45 AM - edited ‎16-03-2021 04:49 AM

0625978001614521503FreeShipping1215x422Slider-1950x477.jpg

by Member
on ‎14-03-2021 02:24 PM

How

by Support
on ‎14-03-2021 02:40 PM

Hi LineSAGA, terima kasih kerana berminat dengan pelan Business kami, Sekiranya anda berminat dengan pelan telefon, anda boleh menghubungi talian bantuan Digi Business di 016-2998888 antara 8 pagi hingga 7 malam setiap hari untuk mendapatkan maklumat lanjut.

by Member
on ‎22-03-2021 12:25 PM

Pembodohan

by Member
on ‎27-03-2021 04:02 PM

original.png

by Member
on ‎28-03-2021 07:02 AM

How to clam

 

by Support
on ‎28-03-2021 11:06 AM

Head on this link- http://digi.my/bazaarfaq, for more info about our MyDigi Bazaar. TQ.

Meet our Support team and SuperUsers