|
Join the conversation
Showing results for 
Search instead for 
Do you mean 
Join the conversation
Showing results for 
Search instead for 
Do you mean 

Sebab-Sebab Pengurusan E-Sisa Perlu Diambil Berat

by Community Manager ‎23-07-2021 09:47 PM - edited ‎24-07-2021 12:29 AM

Bolehkah anda bayangkan kehidupan seharian tanpa kegunaan telefon pintar atau smartphone? Pastinya ia akan menjadi sesuatu yang sangat sukar, kerana penggunaan smartphone sudah diterapkan di dalam aktiviti harian kita, malah ia menjadi salah satu keperluan untuk bermain, belajar, bersenam dan macam-macam lagi

 

Setiap tahun, terdapat berjuta-juta peralatan elektronik yang dihasilkan dan ini mengakibatkan kadar pembuangan peranti untuk meningkat. Dari penggunaan bahan kimia yang berbahaya dan kaedah kitar semula yang yang tidak betul, pembuangan peranti secara berlebihan boleh memberi kesan besar kepada kesihatan dan persekitaran kita. Oleh itu, pengurusan e-waste yang berkesan adalah penting.

 

olaf.webp

Jom kita tengok bagaimana pengurusan e-sisa yang baik dapat memelihara keseimbangan dalam kalangan masyarakat

reuse.gif

1. Melindungi sumber yang berharga dan terhad

Sesebuah peranti mengandungi beberapa logam dan bahan yang merangkumi komponennya, dan mungkin dicipta menggunakan sumber yang susah untuk didapati. Selepas ia dibuang, logam atau bahan berharga boleh diperoleh kembali dan diguna semula. Pengambilan logam dari e-sisa berharga 13 kali lebih rendah daripada melombongnya. Itulah sebabnya proses kitaran semula dapat membantu untuk mengurangkan perlombongan sumber alam yang berlebihan, dan tidak menggalakkan kebergantungan pada sumber alam yang baru. 

 

healthy.gif

 

 

2. Mencegah Kesan Negatif Pada Kesihatan Kita

Oleh sebab peranti mengandungi logam yang berlainan, jenis logam yang toksik seperti arsenik, plumbum, dan merkuri boleh mengakibatkan kerosakkan sistem saraf pusat, sistem darah, dan sistem saraf periferi, serta membantutkan pembesaran otak kanak-kanak jika terdedah dan tidak dilupuskan dengan kaedah yang betul. Cara pelupusan yang bahaya termasuk pembakaran e-sisa yang mengakibatkan keluaran gas yang mengandungi logam berat. Sekiranya terhidu gas ini, ia boleh menjejaskan sistem imunisasi badan dan organ dalaman.

 

stop.gif

3. Mengurangkan sisa pelupusan sampah
Pernahkah anda terfikir kenapa kita tidak boleh minum air yang tidak ditapis daripada air paip? Salah satu sebabnya adalah kesan pembuangan e-sisa berlebihan yang menyumbang kepada pencemaran air tanah dan permukaan. Puncanya datang daripada logam berat yang melarut resap ke dalam tanah, dan menyebabkan pencemaran pada bekalan air jika tidak dibendung.

 

awesome.gif

 

4. Meningkatkan Kadar Kemampuan Untuk Memiliki Peranti Yang Diperlukan

Kebanyakkan pembeli menukar peralatan elektronik bukan kerana peranti tersebut tidak dapat diguna lagi, tetapi lebih kepada ingin menaiktaraf atau mengikut trend teknologi yang terkini. Ia dianggarkan bahawa 350,000 telefon bimbit dibuang setiap hari pada tahun 2010. Cuba anda bayangkan betapa banyaknya e-sisa yang terhasil sekarang. Telefon pintar, komputer riba, dan peranti yang lain, jika didermakan kepada pihak pengurusan e-sisa seperti inisiatif #MyBaikHati, bukan sahaja dapat membantu membaikpulih alam sekitar, malah dapat membantu anak muda yang memerlukan peranti tersebut untuk menjalani kursus pendidikan mereka. Inilah satu lagi cara untuk peliharakan sumber alam sekitar dan potensi anak muda kita yang bakal mewarisi masa depan negara ini.


Melalui inisiatif #YellowHeart #MYBaikHati, Digi menggalakkan anda untuk menderma peranti elektronik lama yg tidak digunakan lagi. Setiap peranti yang diderma adalah satu langkah ke arah kebaikan, dan membantu warga yang lebih memerlukan. Jika anda mempunyai peranti yg tidak lagi diguna pakai, jom sertai kami dalam mengurangkan e-sisa di Malaysia di sini

 

 

 

Meet our Support team and SuperUsers