|
Join the conversation
Showing results for 
Search instead for 
Do you mean 
Join the conversation
Showing results for 
Search instead for 
Do you mean 

Mahu ke Langkah Seterusnya? Ketahui Cara-Cara Memohon UPU Secara Online!

by Community Manager on ‎30-06-2021 10:48 AM

Tamat sudah suatu sesi pembelajaran anda, kini masa untuk mengatur langkah seterusnya! Tak kira anda mahu memulakan sesuatu yang baru, menceburi bidang kegemaran anda atau mengambil sedikit lagi masa untuk mencari minat anda, semuanya di tangan anda. 

Jika anda sudah bersedia untuk meneruskan lagi pembelajaran, jangan terlepas untuk memohon memasuki universiti pilihan anda! Di sini kami menyediakan tips untuk membuat permohonan UPU secara online, bagi memudahkan lagi perjalanan anda ke menara gading.

upu.jpg

1. Apakah UPU?

Unit Pengambilan Universiti (UPU) adalah platform pusat yang mengawasi proses permohonan universiti awam Malaysia, politeknik, kolej komuniti, dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA). Daripada menghantar beberapa aplikasi ke sekolah yang berlainan, sistem UPU membolehkan anda memohon banyak kursus dan universiti pada masa yang sama.

Sistem UPU menerima permohonan lepasan SPM, mereka yang lulus STPM, Matrikulasi, Asasi atau Diploma dari universiti awam. Berita baik untuk semua! Kerajaan mengumumkan bahawa permohonan UPU dilanjutkan sehingga 2 Julai 2021, Jumaat pada jam 5.00 petang.

2. Cara untuk Memohon Kemasukan Universiti di UPU

bsn.jpg

 

A. Beli PIN dari Bank Simpanan Nasional (BSN)

Lazimnya, perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah membeli PIN dari Bank Simpanan Nasional (BSN). Namun begitu, kerajaan telah mengumumkan bahawa pembelian PIN UPU TIDAK diperlukan untuk sesi tahun 2021/2022 ini. Tiada caj akan dikenakan dan anda boleh membuat permohonan terus di laman web UPU

 

Walaubagaimanapun, untuk tahun-tahun yang akan datang, sekiranya anda diperlukan untuk membeli PIN, anda boleh membeli dari mana-mana ATM BSN. Kos untuk PIN hanyalah RM15.60 dan sekiranya anda tidak mempunyai akaun BSN, anda boleh pergi ke cawangan BSN terdekat atau beli secara dalam talian melalui perbankan internet MYBSN.

B. Persiapan Sebelum Permohonan

be prepared gif.gif

 

Sebelum memohon, anda perlu bersedia supaya proses permohonan anda betul dan berjalan lancar, kan? Kami ada beberapa tips untuk anda, ambil nota dan tulis ya! 

1. Gunakan laptop atau komputer untuk memohon.

Apabila memohon UPU, anda digalakkan untuk menggunakan laptop atau komputer untuk memastikan permohonan anda dihantar ke sistem. Kami tidak menggalakan anda menggunakan telefon bimbit untuk memohon, kerana terdapat beberapa kes dimana permohonan calon gagal diproses.

 

2. Gunakan browser yang sesuai dengan sistem UPU.

Pastikan anda menggunakan browser yang sesuai dengan sistem UPU dan telah dikemaskini. Antara browser yang sesuai dengan sistem UPU adalah Google Chrome, Mozilla Firefox dan juga Internet Explorer. 

 

3. Pastikan anda mempunyai sambungan internet yang stabil.

Sebelum anda memohon, pastikan anda mempunyai sambungan internet yang stabil supaya permohonan anda dihantar dengan selamat.  

 

Bercakap tentang internet stabil, kami ada tawaran khas untuk anda! Dapatkan Pakej Data Khas 2021, Internet Berkelajuan Tinggi 15GB dengan tempoh sah selama 30 hari untuk pelajar dengan harga hanya RM20 sahaja! 

Untuk informasi lebih tentang Pakej Data Khas 2021 untuk pelajar, dapatkannya di sini

 

C. Daftar di laman web rasmi UPU 

Pastikan anda berada di laman web rasmi UPU yang betul ketika mendaftar, ya! Sebelum memohon, anda perlu mendaftarkan akaun anda di laman web rasmi. Pastikan anda menggunakan emel akaun yang aktif supaya anda tidak terlepas informasi-informasi yang penting. 

Tambahan, terdapat beberapa kategori untuk UPU iaitu bagi lepasan SPM 2021, SPM 2020, STPM, Diploma dan lebih lagi. Pastikan anda di bawah kategori yang betul ketika mendaftar. 

D. Semak Syarat Kursus

Setelah mendaftar, anda boleh memeriksa syarat kursus di laman web UPU. Pastikan anda baca semua syarat kemasukan, informasi tentang kursus dan universiti pilihan anda dengan teliti supaya anda dapat membuat keputusan dengan bijak dan menjimatkan masa semasa permohonan sebenar. 

Jika anda merupakan lepasan SPM, anda boleh semak syarat kursus anda di sini. Bagi lepasan STPM dan setaraf, anda boleh semak di sini. Dalam memikirkan kursus apa yang anda mahu mohonkan, pastikan anda memenuhi syarat kursus itu ya! 

E. Isi Borang Permohonan

Dalam setiap proses permohonan, tidak kira jua untuk apa. Perkara yang paling penting adalah mengisi borang permohonan itu. Ketika anda mengisi borang permohonan, pastikan anda periksa setiap informasi yang telah anda isi.

Pastikan ianya sama, betul dan lengkap. Sebarang permohonan yang tidak lengkap akan ditolak oleh pihak UPU. Jadi, pastikan anda semak semula ya! Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan.

F. Pemilihan Kursus

Ini merupakan langkah yang paling penting, dimana anda harus memilih kursus yang anda mahukan.

Untuk lepasan SPM, anda boleh memilih hingga 12 kursus ke universiti awam, politeknik, kolej komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA). Setelah 6 hari mendapat keputusan, anda diminta untuk mengemas kini pemilihan kursus UPU berdasarkan kelayakan anda untuk mendaftar dalam kursus yang dipilih.

Bagi mereka yang menggunakan keputusan STPM (atau setaraf), bergantung pada kategori anda, anda juga mempunyai sehingga 12 pilihan dan anda perlu memilih sekurang-kurangnya 5 pilihan yang berbeza.

Anda risau apabila memikirkan tentang pemilihan kursus? Jangan risau, kami mempunyai tips supaya anda dapat memilih kursus dengan bijak:

a. Susun pilihan anda dengan kursus yang anda paling mahukan di bahagian atas.

Sistem UPU merupakan sistem komputer, dan ianya akan menentukan pilihan anda satu persatu, bermula dengan pilihan pertama anda. Sekiranya anda tidak layak untuk pilihan pertama anda ataupun kerana persaingan yang hebat bersama calon lain, sistem akan menurun mengikuti senarai kursus yang anda pilih.

b. Pilih kursus berdasarkan minat dan kelayakan anda.

Selain daripada kelayakan, faktor paling penting yang anda harus ingat adalah untuk memilih kursus berdasarkan minat anda juga. Tentukan perkara yang paling sesuai untuk anda dan ikuti semangat dan kebolehan anda.

submit.gif

G. Hantar Permohonan Anda

Fuhh! Setelah semua senarai di atas, jangan lupa klik butang “Sah & Hantar” bagi memastikan permohonan anda dihantar kepada sistem. Sebagai langkah berjaga-jaga, cetak permohonan anda sebagai tanda bukti bahawa anda sudah memohon.

spongebob done.gif

 

3. Selesai

Kini, apa yang anda perlu lakukan hanyalah menunggu untuk keputusan UPU untuk dikeluarkan. Jika tidak berjaya, jangan risau. Anda boleh mengemukakan rayuan selepas keputusan UPU dikeluarkan. Semoga berjaya!

 

 

 

Comments
by Member
on ‎13-07-2021 01:38 AM

Of reset

Meet our Support team and SuperUsers