Hi semua!
Seperti yang anda tahu, selama ini, Yellow Heart telah banyak mengadakan pelbagai inisiatif untuk memperkasakan rakyat Malaysia, terutama dari segi akses internet untuk golongan yang memerlukan. Tahun ini, bersama #MyBaikHati kami mengambil langkah lebih jauh untuk mengumpul peranti/alat digital (seperti telefon, komputer riba) terpakai untuk pelajar yang memerlukannya. Peranti yang dikumpulkan akan di nilai sama ada perlu diperbaiki atau di kitar semula dengan betul sebagai e-waste.
Dengan cara ini, anda boleh memberi peluang kedua kepada peranti anda, serta membantu warga yang lebih memerlukannya.
Mengapa anda digalakkan menjadi sebahagian daripada Inisiatif ini?
Membantu pelajar Malaysia yang tidak berkemampuan dengan memilik peranti untuk pembelajaran atas talian.
Membuat perbezaan dengan membersihkan peranti anda yang masih boleh digunakan.
Peranti yang masih elok digunakan semula sebagai kitar semula.
Bagaimana anda boleh Menderma/Membuat Sumbangan?
Anda boleh mulakan dengan mengemas peranti terpakai berserta pengecas jika ada (Telefon Pintar, Tablet, Komputer Riba). Anda boleh menyemak kelayakan peranti di sini.
Sedia untuk menyumbang? Anda boleh mendermanya dengan cara yang berikut;
Pilihan Pertama: Servis Pengutipan (Pick-Up) Jika anda memilih untuk servis pengutipan, anda boleh daftar di sini dan pihak kami akan menghubungi anda untuk langkah seterusnya.
Pilihan kedua: Penghantaran Sendiri (Drop-Off)
Jika anda memilih servis ini, daftar di sini untuk menghantar peranti di Digi Store Klang atau Cheras.
Anda boleh semak di sini untuk pastikan peranti selamat:
Peranti |
Requirements |
Telefon Pintar / Tablets |
Peranti hendaklah serasi untuk penggunaan 4G/LTE. Cara periksa:
|
Komputer Riba |
|
*Peranti yang TIDAK diterima ialah komputer meja (desktops), telefon bimbit (Bukan Telefon Pintar), Telefon Pintar 3G dan alat elektronik atau aksesori (Contoh: MP3, konsol permainan, tetikus, papan kekunci, dll). Sila lihat soalan lazim untuk maklumat lanjut.
Terima kasih kerana berminat untuk menghulurkan bantuan kepada kempen #MyBaikHati bersama Yellow Heart ini. Kami amat menghargai sumbangan anda yang mampu memberi peluang kepada pelajar-pelajar agak mereka kekal berhubung dengan setiap kepentingan.
Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang inisiatif Digi yang lain.