|
Join the conversation
Showing results for 
Search instead for 
Do you mean 
Join the conversation
Showing results for 
Search instead for 
Do you mean 

Ketahui Simpulan Bahasa Mudah

by Community Manager ‎24-07-2020 04:09 PM - edited ‎24-07-2020 04:12 PM

Tahukah anda, simpulan bahasa adalah bentuk peribahasa yang mudah? Kebiasaannya, ia terdiri daripada dua patah perkataan yang membawa maksud yang lebih tepat.

Kali ini, kami membawa simpulan bahasa yang unik, namun mudah dan boleh digunakan dalam kehidupan seharian anda! Jom baca dan ketahuinya sekarang:

1. Bulat Hati

Maksud: Bersungguh-sungguh ketika membuat sesuatu. 

Contoh Ayat: Kejayaannya harus dikagumi kerana dia sentiasa bulat hati dalam setiap pekerjaannya. 

2. Ajak-ajak ayam

Maksud: Tidak bersungguh-sungguh semasa mempelawa seseorang

Contoh Ayat: Eh, jom keluar Ahad ni. Tapi nanti kau ajak-ajak ayam je lah si Akma tu sebab kereta dah penuh.

3. Cuci Mata

Maksud: Gembira memperhatikan sesuatu yang indah

Contoh Ayat:  Sejak PKP ni, dah lama betul tak cuci mata. Bilalah agaknya boleh pergi bercuti ya?

4. Ikat Perut

Maksud: Menahan lapar kerana ingin berjimat

Contoh Ayat: Alamak, bulan ni untuk lunch memang kena ikat perut lah sebab bulan depan nak kena guna duit untuk service kereta. 

5. Langkah Kanan

Maksud: Bernasib baik

Contoh Ayat: Wah, langkah kanan betul kita harini! Boss nak belanja makan lah. 

6. Perah Otak

Maksud: Terlalu kuat berfikir atau belajar

Contoh Ayat: Fuhh.. Hampir 2 jam dalam meeting tadi, memang kena perah otak kaw-kaw untuk campaign terbaru kita nanti. 

7. Ringan Tulang

Maksud: Orang yang rajin dan suka menolong

Contoh Ayat: Bagus betul Ahmad ni, memang ringan tulang. Sebelum disuruh, dia sendiri dah offer diri untuk tolong kita.

8. Puteri Lilin

Maksud: Gadis yang tidak tahan cuaca panas

Contoh Ayat: Alamak, kena berjalan ke? Maaflah, saya ni puteri lilin

9. Pecah Tembelang

Maksud: Terbuka rahsia

Contoh Ayat: Hati-hati bila berkongsi dengan si Aminah tu. Bukan apa, takut pecah tembelang je.

10. Naik Pelamin

Maksud: Berkahwin

Contoh Ayat: Haa, akhir tahun ni mesti musim orang naik pelamin. Maklumlah, kan cuti sekolah. 

Haa ingat tak simpulan bahasa di atast? Kalau ada lagi, tambahkannya di ruang komen! Jom ke laman Instagram kami untuk dapatkan 3 lagi simpulan bahasa yang luc

Comments
by Member
on ‎26-07-2020 08:38 PM

@VerySoon wrote:

Ada udang disebalik  batu

Meet our Support team and SuperUsers