|
Join the conversation
Showing results for 
Search instead for 
Do you mean 
Join the conversation
Showing results for 
Search instead for 
Do you mean 

Ketahui Pakej Rangsangan PEMULIH yang terbaik untuk anda!

by Community Manager ‎02-07-2021 04:52 PM - edited ‎03-09-2021 07:55 PM

Berita baik untuk semua! Bayaran fasa ketiga bagi Pakej Rangsangan PEMULIH sudah pun bermula. Untuk membantu anda memanfaatkan semua bantuan yang dibawah Pakej Rangsangan PEMULIH, kami telah menyediakan penjelasan ringkas dan senarai bantuan untuk anda tentukan bantuan mana yang paling sesuai dengan anda 💛

pemulih

1/ Apakah Pakej Rangsangan PEMULIH?

 

Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) adalah pakej rangsangan yang diperkenalkan oleh kerajaan bagi meringankan beban rakyat Malaysia yang masih lagi dalam fasa pertama Pelan Pemulihan Negara (PPN). Nilai keseluruhan Pakej PEMULIH adalah sebanyak RM150 bilion!

Pakej rangsangan ini bertujuan untuk memberikan bantuan menyeluruh kepada rakyat dan ianya fokus kepada tiga perkara iaitu:

  • Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat
  • Menyokong Perniagaan
  • Meningkatkan kadar Vaksinasi 

Berikut adalah beberapa inisiatif di bawah PEMULIH yang kami harap dapat mengurangkan beban anda:

 

pemulih.jpg

A. Geran Khas Prihatin 4.0

Adakah anda pemilik perniagaan kecil, sederhana atau mikro? Inisiatif ini adalah untuk anda. Bagi menjamin perniagaan anda kekal dan berterusan, kerajaan telah mengumumkan inisiatif Geran Khas Prihatin 4.0. Inisiatif ini adalah untuk memberikan bantuan kewangan kepada semua peniaga kecil dan sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan di samping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.

 

Pelaksanaan Geran Khas Prihatin atau GKP diharapkan dapat  menyokong kelangsungan perniagaan atau business ‘survival’ dalam kalangan peniaga kecil, terutamanya mereka yang masih tidak dibenarkan beroperasi.

 

Berikut adalah senarai bantuan Geran Khas Prihatin: 

 

GKP 1.0 – bantuan tunai sebanyak RM3,000.

GKP 2.0 – bantuan tunai sebanyak RM3,000.

GKP 3.0 – bantuan tunai sebanyak RM1,000.

GKP 4.0 – bantuan tunai sebanyak RM1,000.



Ringkasnya, jumlah bayaran adalah sebagaimana berikut:

 

September: RM500 – Pemohon baru GKP 4.0 yang diluluskan dan penerima sebelum ini.

November:  RM500 – Pemohon baru GKP 4.0 yang diluluskan dan penerima sebelum ini.

 

Ingin memohon? Anda boleh membuat permohonan dan semak kelayakan anda melalui laman web rasmi di sini

 

1gb.jpg

B. PERCUMA 1GB Data Internet sehingga akhir tahun

Anda merupakan pemilik perniagaan kecil? Anda masih belajar ataupun bekerja dari rumah? Bantuan 1GB Data Internet Percuma ini pastinya dapat membantu anda untuk belajar, bekerja dan menjalankan perniagaan anda dengan lancar, terutamanya jika perniagaan anda dilakukan secara online! 

Bercakap tentang 1GB Data Internet Percuma, sudahkah anda menebus rebat Jaringan Prihatin? Terdapat dua tawaran, iaitu rebat Jaringan Prihatin 180 dan 300. Jika belum, inilah masanya untuk anda memanfaatkan tawaran hebat ini. 

Untuk membantu anda terus berhubung dengan perkara yang penting, Digi menawarkan subsidi kepada pelanggan serta bukan pelanggan Digi yang layak memohon Program Jaringan Prihatin. Nikmati rebat SIM sehingga RM180 pada pelan Prabayar dan Pascabayar semasa anda mendaftar dari sekarang hingga 31 Disember 2021!

Untuk informasi yang lebih lanjut tentang tawaran rebat Jaringan Prihatin 180, klik di sini

Jikalau anda berminat dengan Pelan Jaringan Prihatin Subsidi Peranti RM300 - Prabayar, klik di sini.

 

icitra.png

C. Bantuan Prihatin Rakyat 

Kepada penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), anda bakal mendapat bantuan kewangan tambahan melalui Program Pemberdayaan Strategik Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA Plus) yang akan dibuat pembayarannya bulan September ini. Namun, bantuan akan diberikan mengikuti kategori anda.

Sebanyak RM 4.9 bilion bantuan kewangan yang akan diberikan di bawah BPR. Berikut adalah senarai bantuan bagi fasa ketiga untuk BPR. 

BPR 3.jpg

 

D. Bantuan Khas Covid 19 (BKC) 

Selain daripada BPR, kerajaan juga telah mengumumkan Bantuan Khas Covid 19 (BKC) untuk rakyat Malaysia yang dibawah kategori miskin tegar, B40 dan juga M40!  

Bantuan Khas Covid 19 (BKC) akan memberi manfaat kepada kira-kira 10 juta penerima yang layak dalam kategori miskin tegar, kumpulan berpendapatan 40% bawah (B40) dan kumpulan berpendapatan 40% pertengahan (M40), serta individu tunggal.

Bantuan ini akan disalurkan mulai 6 dan dijangka selesai 10 September ini. Inilah senarai Bantuan Khas Covid 19 yang diumumkan: 

Bayaran Bantuan Khas Covid (BKC)

Bagi pembayaran fasa kedua dan ketiga, ianya akan diumumkan kerajaan di masa hadapan nanti. Perhatikan dan gunakan bantuan ini dengan baik, ya! 💛

 

icitra.png

E. Pengeluaran KWSP dibawah Program i-Citra

Inisiatif i-Citra adalah antara inisiatif baru yang diperkenalkan oleh kerajaan. Program ini membolehkan ahli KWSP mengeluarkan wang simpanan sehingga RM 5,000 secara pembayaran tetap RM 1,000 sebulan selama lima bulan.

Anda berminat untuk memohon? Jika anda berminat, anda boleh memohon di laman web rasmi i-Citra, dimana permohonan akan dibuka mulai 15 Julai sehingga 31 September 2021. Bagaimanapun, ianya tertakluk kepada beberapa syarat iaitu: 

  • Anda mestilah berumur 55 tahun ke atas untuk membuat permohonan.
  • Sekurang-kurangnya mempunyai simpanan sebanyak RM150 di dalam simpanan KWSP anda. 
  • Anda perlu mempunyai sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1 anda selepas pengeluaran i-Citra. 

Jika anda memenuhi kriteria di atas, anda kayak untuk memohon! Di sini adalah cara cara untuk memohon i-Citra :

  1. Layari laman web rasmi i-Citra
  2. Klik “Permohonan Baru i-Citra”
  3. Lengkapkan maklumat yang diminta
  4. Muat turun dokumen sokongan i-Citra jika diminta
  5. Semak segala maklumat yang telah diisi sebelum buat pengesahan
  6. Klik ‘Hantar’. 

F.Bantuan Kehilangan Pekerja

Jika anda merupakan salah satu daripada orang yang kehilangan sumber pendapatan, terdapat bantuan untuk anda. Kerajaan telah mengumumkan bahawa  bantuan kewangan sebanyak RM500 juta akan diberikan kepada 1 juta orang di bawah inisiatif ini. 

Bantuan kewangan sebanyak RM500 akan diberikan pada bulan Ogos bagi mereka yang kehilangan pekerjaan mengikut data yang diberikan oleh KWSP atau PERKESO untuk tahun 2021. 

Anda bukan penyumbang PERKESO? Jangan risau, terdapat Elaun Pencari Kerja yang juga akan diperluaskan kepada penyumbang bukan PERKESO. Jika anda merupakan graduan baru, lepasan sekolah dan pekerja sektor tidak formal, anda layak untuk memperolehnya. Apa yang anda perlu lakukan adalah daftar di MYFutureJobs dan anda akan mendapat sekurang-kurangnya elaun RM300 (3 hingga 6 bulan).

Sekiranya anda cacat dan kehilangan pekerjaan dan tidak menerima Elaun Pekerja Cacat, anda akan menerima RM500 untuk jangka masa 3 bulan.

 

E. Moratorium Selama 6 Bulan Secara Automatik

Kerajaan telah mengumumkan moratorium pinjaman menyeluruh pada tahun lepas sehingga September 2020, namun ianya tertakluk kepada syarat bank. Kali ini, Semua peminjam individu dan pengusaha mikro akan mendapat moratorium secara automatik, dan semua rakyat termasuk mereka yang tergolong dalam kategori T20 😍

Anda bahkan tidak perlu melakukan pengurangan pendapatan atau pelbagai jenis dokumentasi. Anda hanya perlu membuat permohonan mulai 7 Julai dan ia akan diluluskan secara automatik.

P/S: SME juga dibenarkan untuk memohon, tetapi ianya tertakluk kepada semakan dan kelulusan bank ya!

Senarai-senarai moratorium  pinjaman yang lain: 

  • Moratorium 3 bulan untuk peminjam PTPTN.
  • Menangguhkan pembayaran Pinjaman Pelajaran Persekutuan (JPA) dan pembayaran tuntutan pampasan bagi penerima Biasiswa Persekutuan sehingga 6 bulan.
  • Menangguhkan pembayaran Pinjaman Pelajaran MARA selama 3 bulan atau menjadualkan pembayaran balik pinjaman dengan ansuran bulanan serendah RM100 selama 12 bulan.
  • Menangguhkan pembayaran pinjaman Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) selama 3 bulan.
  • Pengusaha MARA juga mendapat penangguhan pembayaran pembiayaan perniagaan MARA mereka untuk jangka masa 3 bulan atau penjadualan semula dengan memperpanjang tempoh pembiayaan hingga 36 bulan.
  • Pemegang polisi insurans dan takaful yang terlibat juga boleh memohon untuk menangguhkan pembayaran premium insurans dan sumbangan takaful (ikut serta) yang akan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021.

G.Bantuan Kewangan Bagi Industri Tertentu 

Jika anda berada di dalam industri sukan, pelancongan, pengusaha taska dan kantin, terdapat bantuan juga untuk anda! Antara bantuan yang diumumkan adalah: 

  • Pengendali kemudahan sukan akan mendapat bantuan RM3,000. 
  • Bantuan khas sebanyak RM3,000 akan diberikan untuk 12,400 pengusaha taska (Hanya yang berdaftar di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat dan Kementerian Pendidikan).
  • Bantuan secara ‘one-off’ sebanyak RM3,000 untuk lebih daripada 5,300 agensi pelancongan berdaftar ketika Malaysia bergerak ke Fasa 3 NRP.
  • Bantuan kewangan pengusaha kantin sekolah dalam bentuk RM1,000 (hanya yang berdaftar!).

tnb'.png

H. Diskaun bil elektrik selama 3 bulan bermula Julai 2021!

Pastinya kita semua mempunyai bil untuk diselesaikan sama ada bil air, bil internet dan juga bil elektrik, kan? Kini, anda bakal mendapat diskaun bagi bil elektrik selama 3 bulan! 😮

Inisiatif PEMULIH mengumumkan potongan 5% - 40% daripada bil bulanan anda yang akan berlangsung selama 3 bulan mulai Julai 2021. Potongan harga adalah seperti berikut:

  • Diskaun 40% untuk penggunaan di bawah 200kWh
  • Diskaun 15% untuk penggunaan 201-300kWh

Perniagaan yang terjejas oleh PKP juga akan mendapat tambahan 3 bulan potongan bil elektrik sebanyak 10% sehingga Disember. Sektor yang layak adalah hotel, taman tema, pusat konvensyen, pusat membeli-belah dan agensi pelancongan.

Untuk maklumat lebih lanjut tentang inisiatif TNB di bawah pemulih, anda boleh klik di sini

Kami berharap dengan ringkasan Pakej Rangsangan PEMULIH ini, ianya dapat dimanfaatkan untuk anda dan membantu meringankan beban anda sekeluarga. Kekal di rumah, dan kekal selamat. Kita bakal mengharunginya bersama. 💛



 

 

 

Meet our Support team and SuperUsers