|
Join the conversation
Showing results for 
Search instead for 
Do you mean 
Join the conversation
Showing results for 
Search instead for 
Do you mean 

Kenali Negara Dengan Tempoh Berpuasa Terpanjang

by Community Manager ‎23-04-2020 10:35 AM - edited ‎23-04-2020 10:35 AM

Artboard 1.png

Ramadan, bulan yang paling dinantikan oleh umat Islam di seluruh dunia bakal tiba. Di Malaysia, umat Islam akan berpuasa lebih kurang 13 hingga 14 jam. Bagaimana pula waktu berpuasa di negara-negara lain? Kedudukan geografi dan perbezaan musim merupakan faktor mengapa waktu berpuasa berbeza dari satu lokasi ke satu lokasi yang lain. 

 

Ketahui 5 Fakta Menarik Mengenai Bulan Mulia Ini:

 

1. Tempoh Waktu Berpuasa Terpanjang

Pada tahun 2019, Greenland mencatatkan waktu berpuasa yang paling lama di dunia iaitu 21 jam 42 minit. Penduduk Islam di negara itu mempunyai 2 jam 42 minit untuk berbuka dan kembali berpuasa. 

 

2. Berpuasa di Kutub Utara dan Selatan

Bagaimana pula bagi mereka yang berada di kutub utara atau kutub selatan di mana siang atau malamnya boleh sampai berminggu-minggu atau berbulan-bulan? Situasi ini sama seperti penduduk di Greenland, mereka mempunyai pilihan untuk berpuasa mengikut waktu berpuasa di Mekah ataupun mengikut negara terdekat yang mempunyai tempoh siang dan malam yang sama. 

 

3. Melihat Anak Bulan

Ramadan bermula dengan kelihatan anak bulan tetapi negara seperti Amerika Syarikat menggunakan perkiraan astronomi bagi menentukan tarikh 1 Ramadan. 

 

4. Tradisi Unik Ramadan di Luar Negara

Jordan dan Turki mempunyai tradisi tersendiri untuk mengejutkan penduduk mereka bangun sahur. Jiran-jiran akan berjalan dari rumah ke rumah dan memanggil nama wakil keluarga yang mereka kenali sambil memainkan alat muzik. Umat Islam di Lubnan pula akan melepaskan tembakan meriam untuk menandakan masa untuk berbuka. 

 

5. Khasiat Berpuasa

Terdapat beberapa kajian sains yang menyatakan berpuasa mempunyai kelebihan positif dari segi fisiologi dan psikologi. Antaranya, berpuasa dapat mengawal paras gula dalam darah dan meningkatkan metabolisma badan.

 

Walaupun Ramadan pada tahun ini sedikit berbeza, kita masih boleh menunaikan ibadah di rumah. #DudukRumah dan ambillah keberkatan bulan mulia ini untuk melipat-gandakan pahala.

Comments
by Member
on ‎12-05-2020 01:02 AM

terima kasih

Meet our Support team and SuperUsers