|
Join the conversation
Showing results for 
Search instead for 
Do you mean 
Join the conversation
Showing results for 
Search instead for 
Do you mean 

Fakta dan Waktu Puasa di Seluruh Dunia

by Community Manager ‎12-04-2021 02:42 PM - edited ‎13-04-2021 01:43 PM

Fasting Hours Around the World.png

Paling Panjang.png

Ramadan 2021 hampir tiba, dan berjuta-juta umat Islam di seluruh dunia akan menjalani ibadah puasa selama sebulan dari matahari terbit hingga matahari terbenam. Dan dengan zon waktu yang berbeza, sebilangan umat Islam harus berpuasa lebih lama daripada yang lain, bergantung pada negara mereka yang mereka tinggal. Tapi sebelum itu, mari kita mulakan dengan perkara-perkara asas. Ramadan bukanlah sekadar tidak makan ataupun minum. Ia merupakan masa bagi umat Islam untuk betul-betul mengamalkan ajaran agama, melalui pengorbanan, peringatan dan kerohanian, menjadikan salah satu daripada lima rukun iman Islam. 

 

Jadi, bagaimana negara-negara lain tahu bilakah waktu untuk memulakan puasa dan waktu untuk berbuka puasa? Berikut adalah beberapa fakta menarik mengenai Ramadan di bahagian lain di dunia yang perlu diketahui: 

 

  1. Berbuka Puasa Bersama Orang Lain

Di kebanyakan tempat di dunia, umat Islam sering berbuka puasa dengan orang-orang yang kurang bernasib baik, ia lebih dikenali dengan ‘feed it forward’ yang membawa maksud memberi makan ke orang seterusnya.

 

Ingin menyumbang sesuatu kebaikan dan memberikan perbezaan dalam kehidupan orang lain? Inisiatif Digi “Yellow Heart” membolehkan anda menyumbangkan alat-alat terpakai kepada mereka yang sangat memerlukannya. Klik di sini untuk menjadi sebahagian daripada inisiatif ini.

 

  1. Tempoh Waktu Berpuasa Terpanjang

Pada tahun 2019, Greenland mencatatkan waktu berpuasa yang paling lama di dunia iaitu 21 jam 42 minit. Penduduk Islam di negara itu mempunyai 2 jam 42 minit untuk berbuka dan kembali berpuasa. 

 

  1. Berpuasa di Kutub Utara dan Selatan

Bagaimana pula bagi mereka yang berada di kutub utara atau kutub selatan di mana siang atau malamnya boleh sampai berminggu-minggu atau berbulan-bulan? Situasi ini sama seperti penduduk di Greenland, mereka mempunyai pilihan untuk berpuasa mengikut waktu berpuasa di Mekah ataupun mengikut negara terdekat yang mempunyai tempoh siang dan malam yang sama. 

 

  1. Melihat Anak Bulan

Ramadan bermula dengan kelihatan anak bulan tetapi negara seperti Amerika Syarikat menggunakan perkiraan astronomi bagi menentukan tarikh 1 Ramadan. 

 

  1. Tradisi Unik Ramadan di Luar Negara

Jordan dan Turki mempunyai tradisi tersendiri untuk mengejutkan penduduk mereka bangun sahur. Jiran-jiran akan berjalan dari rumah ke rumah dan memanggil nama wakil keluarga yang mereka kenali sambil memainkan alat muzik. Umat Islam di Lubnan pula akan melepaskan tembakan meriam untuk menandakan masa untuk berbuka. 

 

  1. Khasiat Berpuasa

Terdapat beberapa kajian sains yang menyatakan berpuasa mempunyai kelebihan positif dari segi fisiologi dan psikologi. Antaranya, berpuasa dapat mengawal paras gula dalam darah dan meningkatkan metabolisma badan.

 

Tips untuk Melalui Puasa yang Berdurasi Lama

 

Makan dengan Mencukupi, Tidak Terlalu Banyak

 

Setelah berpuasa untuk masa yang panjang, adalah wajar jika kita mempunyai keinginan untuk menikmati makanan dalam jumlah yang besar. Tetapi, cara yang terbaik untuk mendapatkan tenaga yang cukup untuk bertahan sepanjang hari adalah dengan mengambil makanan yang bertenaga tinggi dan dalam jumlah yang tidak banyak. Oleh itu, jangan makan secara berlebihan ketika berbuka. Makan secara bersederhana dan berhenti apabila anda sudah kenyang mengurangkan sedikit tekanan pada badan anda dan memberikan anda lebih banyak tenaga daripada makan dalam jumlah yang banyak dalam satu masa.

 

Berpuasa ketika Melakukan Pekerjaan Fizikal

Mereka yang bekerja dalam pekerjaan yang memerlukan aktiviti fizikal yang berat pastinya perlu berhati-hati pada bulan Ramadan ini. Tubuh manusia harus seimbang antara kalori yang dimakan dengan tenaga yang dikeluarkan untuk mengekalkan kecekapan sepanjang hari. Untuk memastikan badan anda mempunyai nutrien yang diperlukan, anda harus makan secara seimbang seperti protein tanpa lemak, biji-bijian gandu, dan beberapa lemak penting dan elakkan makanan tinggi sodium untuk mengelakkan peningkatan dalam dehidrasi pada siang hari.

 

Dapatkan. Tidur. Yang. Cukup.

Akhir sekali, jadual tidur anda! Terdapat banyak faktor untuk membuatkan jadual tidur anda untuk berubah pada bulan Ramadan kerana anda akan bangun awal untuk sahur. 

Jumlah tidur yang anda dapat menentukan tahap tenaga anda untuk keesokan harinya. Dan jika masa dan jadual kerja anda membolehkan anda untuk ada masa kelapangan sedikit, tidur siang yang singkat sangat baik untuk membantu anda untuk menghilangkan rasa keletihan itu.

 

Dapatkan 100GB untuk hanya RM7, strim tanpa had kelajuan dari 3am-7am sepanjang bulan Ramadan! Klik di sini untuk melanggannya sekarang!

Dari kami semua di Digi, kami ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pelanggan Muslim Ramadan dan selamat ❤️

Meet our Support team and SuperUsers