#DigiCares: Tambah Nilai Digi Prepaid dan Dapatkan Internet Percuma!
Kami di Digi ingin memastikan anda kekal berhubung dengan perkara-perkara yang penting buat anda. Bermula 14 Januari 2021, khas untuk pelanggan Digi Prepaid; apabila anda menambah nilai sebanyak RM10 dan ke atas, anda dapat Internet percuma!
Digi juga menawarkan Internet produktiviti 1GB Percuma untuk pendidikan, produktiviti dan perkhidmatan berkaitan maklumat yang terpilih masih tersedia untuk anda setiap hari.
Untuk menebus Internet Produktiviti 1GB Percuma, anda hanya perlu tekan kod UMB di bawah:
Prepaid (Panggilan dan Broadband): Dial UMB *338*1*1#
Postpaid (Panggilan dan Broadband): Dial UMB *238*1*1#
*Nota: Pelanggan hanya dibenarkan menebus tawaran ini SEKALI setiap hari. Ia TIDAK akan diperbaharui secara automatik
Untuk pelanggan Digi Prepaid yang layak, apabila anda menambah nilai menerusi aplikasi MyDigi, anda boleh mendapatkan hingga 10% Kredit Tambahan! Anda boleh mendapatkannya dengan melanggani aplikasi MyDigi atau dial kod UMB *888*1# dan nikmatilah Internet percuma anda!
Walaupun Digi Store dibuka, menambah nilai kini lebih senang dan boleh dilakukan dimana sahaja! Tunggu apa lagi? Klik butang dibawah jika anda ingin mendapat tahu dimana anda boleh menambah nilai!
FAQ
Servis Prepaid
S1. Apakah cara untuk mengurus pelan prepaid saya?
J1. Pelan Prepaid:
Anda boleh mengurusnya melalui kod UMB:
Untuk kesahan tempoh talian dan baki akaun: *126#
Untuk baki internet: *200*1#
Pembelian internet: *128*3#
Tebusan ganjaran Internet Percuma (14 Jan): *888#
Pelan Broadband:
Anda boleh mengurusnya melalui kod UMB:
Untuk kesahan tempoh talian dan baki akaun: *126#
Untuk baki internet: *200*1#
Pembelian internet: *128#
S2. Bagaimana cara untuk memastikan baki Internet?
J2. Anda boleh memastikan baki internet anda melalui Aplikasi MyDigi atau mendial kod UMB*128*3*6#
S3: Siapakah yang layak untuk menikmati tawaran Internet Percuma apabila Menambah Nilai?
J3: Pelanggan Digi Prepaid adalah layak untuk menikmati tawaran ini kecuali pelanggan DG Smart Plan, Prepaid Internet dan juga pelanggan Tone Wow.
S4: Bilakah promosi ini akan tamat?
J4: Promosi ini akan berlangsung daripada 14 Januari 2021.
S5: Kuota Internet bulanan saya belum lagi habis, dan saya sudah menembus Internet percuma saya. Kuota yang mana akan digunakan dulu?
J5: Kuota Internet percuma anda akan digunakan dahulu. Kemudian, baki kuota Internet bulanan anda akan digunakan.
S6: Adakah saya akan menerima minit perbualan percuma dari tawaran ini?
J6: Tidak, hanya Internet percuma ditawarkan untuk tawaran ini.
S7. Saya adalah pelanggan Postpaid/ Broadband, bolehkah saya membeli tawaran ini?
J7. Tidak, hanya pelanggan Prepaid sahaja yang layak membeli tawaran ini.
S8. Bagaimana cara lain mengurus pelan prepaid saya ketika ini?
J8. Untuk kedua-dua pelan Prepaid dan Prepaid Broadband, anda boleh menggunakan aplikasi MyDigi atau MyDigi Web di laman web Digi. Untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut, klik disini.
S9. Bagaimana cara saya menambah nilai prepaid semasa tempoh perintah kawalan pergerakan?
Pelan Prepaid dan Prepaid Broadband
J9. Anda boleh menambah nilai melalui laman web Digi, Aplikasi MyDigi, e-dompet (Touch’n’Go, GrabPay, Boost), Maybank2U atau CIMB Clicks.
S10. Jika saya tidak memiliki sebarang kad debit/kredit, apakah cara lain untuk menambah nilai?
J10. Anda masih boleh tambah nilai di kedai runcit.
S11. Bagaimana untuk mengaktifkan talian prepaid saya jika telah disekat?
J11. Untuk mengaktifkan semula talian anda, anda hanya perlu menambah nilai melalui laman web Digi, Aplikasi MyDigi, e-dompet (Touch’n’Go, GrabPay, Boost), Maybank2U atau CIMB Clicks. Anda juga boleh menambah nilai di Digi Store atau kedai runcit berdekatan.
Pelan Prepaid - Servis masa panggilan (Talktime)
S12. Saya tidak dapat menambah nilai untuk mengaktifkan semula talian. Apakah solusi untuk saya?
J12. Jika anda gagal untuk menambah nilai, anda boleh mengaktifkan Talktime Advance, Talktime Transfer, Talktime Request atau Super Long Life.
Talktime Advance
Dengan Talktime Advance, anda boleh mendapatkan RM3 kredit dari Digi. Setiap pengguna Digi Prepaid layak untuk mendapatkannya.
Kelayakan: Anda hendaklah mempunyai baki kredit sebanyak RM0.01-RM3.00 dan telah menjadi pengguna Digi Prepaid selama 4 bulan ke atas.
Untuk mendapatkannya, mendail kod UMB *128*1*7# atau ke Aplikasi MyDigi > Reload > Advance
Talktime Transfer
Dengan Talktime Transfer, anda boleh memindahkan kredit ke pengguna Digi Prepaid yang lain.
Kelayakan: Dibenarkan untuk pengguna Digi Prepaid dan Digi Postpaid.
Untuk mendapatkannya, mendail kod UMB *128*1*7# atau ke Aplikasi MyDigi > Reload > Validity .
Talktime Request
Dengan Talktime Transfer, anda boleh meminta kredit dipindahkan dari pengguna Digi Prepaid yang lain.
Kelayakan: Dibenarkan untuk pengguna Digi Prepaid dan Digi Postpaid.
Untuk mendapatkannya, dail kod UMB *128*1*7#
Super Long Life
Dengan Super Long Life, anda boleh memanjangkan lagi tempoh sah akaun anda.
Kelayakan: Tertakluk kepada caj sebanyak RM1/hari.
Untuk mendapatkannya, dial kod UMB *128*1*7# atau ke Aplikasi MyDigi > Reload > Validity
S13. Berapa harga dan tempoh sah yang boleh digunakan oleh pengguna Digi Prepaid?
J13. Berikut adalah carta harga serta tempoh sah yang dilayak digunakan oleh pengguna Digi:-
S14. Adakah kesemua pengguna pelan Digi Prepaid boleh mengaktifkan Talktime Advance, Talktime Transfer, Talktime Request atau Super Long Life?
J14. Tidak, servis Talktime hanya dibenarkan untuk pelan Digi Prepaid terpilih. Anda boleh dial kod UMB *128*1*7# untuk mengetahui senarai servis Talktime untuk pelan anda. Anda juga boleh menukar pelan menggunakan kod UMB *128*1*4*1# dan pilih “Digi Prepaid Best 2017 P2P” untuk menikmati servis Talktime.
Panggilan Antarabangsa (IDD)
S15.Bolehkah saya membuat panggilan antarabangsa?
J15. Jika anda merancang untuk membuat panggilan ke luar negara kepada orang yang tersayang, dial +<kod negara><kawasan / kod telefon bimbit> <nombor telefon>.
Anda juga boleh log masuk ke Aplikasi MyDigi atau MyDigi Web untuk mengetahui kadar IDD untuk Digi Prepaid.
Sebagai alternatif, anda boleh mendial *128*3*2*1# untuk Pas Asia yang kini boleh didapati pada kadar promosi. Klik sini
untuk mengetahui kadar IDD kami.
S16: Apakah pelan yang tersedia untuk penambahan belian IDD?
J16: Kesemua pengguna Digi Prepaid boleh membeli tambahan IDD ini kecuali pelan-pelan berikut: SmartPlan Prepaid,
Prepaid Broadband, Digi SmartPhone Prepaid and Digi Monthly Plan 28.
S17: Bagaimana cara untuk menyemak baki pass IDD?
J17: Untuk menyemak baki minit IDD, anda boleh log masuk ke Aplikasi MyDigi dan periksa pada skrin utama atau dial *128*3#.