|
Join the conversation
Showing results for 
Search instead for 
Do you mean 
Join the conversation
Showing results for 
Search instead for 
Do you mean 

#DigiCares: Tambah Nilai dan Dapatkan Internet Percuma!

by Community Manager on ‎22-03-2020 03:14 PM - last edited on ‎01-06-2021 06:06 PM by Community Manager

English.png

StandingTogetherWithYou-Prepaid-CommunityBanner-01.jpg

Mulai 14 Januari 2021, kami menawarkan Internet Percuma apabila anda tambah nilai semula sebanyak RM10 ke atas, eksklusif untuk pelanggan Digi Prepaid (kecuali untuk DG Smart Plan Series, Prepaid Internet Series dan pelanggan Tone Wow).
Digi juga menawarkan kepada semua Pelanggan Digi 1GB PERCUMA Internet Berkelajuan Tinggi kepada semua pelanggan Digi.

Dail *238*1*1# untuk menebus Internet 1GB PERCUMA anda sekarang.

 

*Harap maklum bahawa ini adalah tawaran penebusan harian. Setiap pelanggan hanya boleh menebus sekali sehari. Sekiranya anda ingin menikmati produktiviti 1GB percuma pada hari berikutnya, anda mesti menebus lagi pada hari berikutnya.

 

Dapatkan Internet Percuma 1GB dengan Digi Postpaid dan Digi Postpaid Broadband

Untuk memberi anda lebih banyak fleksibiliti sama ada di tempat kerja atau di rumah, semua Pelanggan Postpaid Voice dan Broadband akan menerima Internet 1GB percuma setiap hari, tersedia untuk digunakan sepanjang hari.

  commtable.PNG 

Untuk semua pelanggan Digi Prepaid yang memuat semula dengan Aplikasi MyDigi, anda akan mendapat Kredit Tambahan sehingga 10%! Setelah tambah nilai berjaya, anda boleh menebus freebies melalui Aplikasi MyDigi atau mendail *888*1# dan nikmatilah Internet percuma anda!

Walaupun beberapa Kedai terpilih Digi tetap terbuka, Aplikasi MyDigi dan Laman web Digi tersedia di hujung jari anda untuk anda menguruskan akaun dengan mudah, demi keselamatan anda di rumah. Klik butang di bawah untuk tambah nilai!

button1.PNG

button2.PNG

button3.PNG

 

FAQ

S: Apakah cara untuk mengurus pelan prepaid saya?

Servis Prepaid
J: Anda boleh menguruskan talian prepaid anda melalui kod pendek UMB berikut:

Periksa kesahan tempoh talian dan baki akaun: *126#

Periksa baki internet: *128*3*6# Beli Internet: *128*3#

Tebus Internet Percuma setelah menambah nilai semula RM10 ke atas: *888#

Pelan Broadband:

Anda boleh mengurusnya melalui kod UMB:

Untuk kesahan tempoh talian dan baki akaun: *126#

Untuk baki internet: *200*1#

Pembelian internet: *128#

S1: Siapakah yang layak untuk menikmati tawaran Internet Percuma apabila Menambah Nilai?

J1: Pelanggan Digi Prepaid adalah layak untuk menikmati tawaran ini kecuali pelanggan DG Smart Plan, Prepaid Internet dan juga pelanggan Tone Wow.

S2: Bilakah tempoh promosi ini?

J2: Promosi ini akan berlangsung daripada 14 Januari 2021.

S3: Kuota Internet bulanan saya belum lagi habis, dan saya sudah menembus Internet percuma saya. Kuota yang mana akan digunakan dulu?

J3: Kuota Internet percuma anda akan digunakan dahulu. Kemudian, baki kuota Internet bulanan anda akan digunakan.

S4: Adakah saya akan menerima minit perbualan percuma dari tawaran ini?

J4: Tidak, hanya Internet percuma ditawarkan untuk tawaran ini.

S5: Saya adalah pelanggan Postpaid/ Broadband, bolehkah saya membeli tawaran ini?

J5: Tidak, hanya pelanggan Prepaid sahaja yang layak membeli tawaran ini.

S6: Adakah terdapat pilihan lain untuk saya menguruskan talian prepaid saya?

J6: Pelan Prepaid dan Prepaid Broadband

Ya, anda juga boleh menguruskan talian prepaid anda menggunakan aplikasi MyDigi dan laman web Digi untuk memeriksa kesahan talian, baki akaun dan internet anda. Untuk mengetahui caranya, klik di sini untuk Panduan Aplikasi MyDigi.

S7: Bagaimana saya boleh melakukan tambah nilai?

J7: Pelan Prepaid dan Prepaid Broadband

Dalam tempoh ini, anda boleh melakukan tambah nilai melalui laman web Digi, MyDigi, aplikasi dompet mudah alih (Touch’n’Go, GrabPay, Boost), Maybank2U atau CIMB Clicks.

S8: Saya tidak mempuS9: Bagaimana untuk mengaktifkan talian prepaid saya jika telah disekat?nyai akaun bank dan kad kredit / debit. Bagaimana saya harus melakukan tambah nilai?

J8: Pelan Prepaid dan Prepaid Broadband

Anda boleh membeli tambah nilai Digi di cawangan Digi seperti Kedai Digi atau kedai serbaneka terdekat.

Untuk mengaktifkan semula talian anda, anda hanya perlu menambah nilai melalui laman web Digi, Aplikasi MyDigi, e-dompet (Touch’n’Go, GrabPay, Boost), Maybank2U atau CIMB Clicks. Anda juga boleh menambah nilai di Digi Store atau kedai runcit berdekatan.

Talktime Advance

Dengan Talktime Advance, anda boleh mendapatkan RM3 kredit dari Digi. Setiap pengguna Digi Prepaid layak untuk mendapatkannya.

Kelayakan: Anda hendaklah mempunyai baki kredit sebanyak RM0.01-RM3.00 dan telah menjadi pengguna Digi Prepaid selama 4 bulan ke atas.

Untuk mendapatkannya, mendail kod UMB *128*1*7# atau ke Aplikasi MyDigi > Reload > Advance

Talktime Transfer

Dengan Talktime Transfer, anda boleh memindahkan kredit ke pengguna Digi Prepaid yang lain.

Kelayakan: Dibenarkan untuk pengguna Digi Prepaid dan Digi Postpaid.

Untuk mendapatkannya, mendail kod UMB *128*1*7# atau ke Aplikasi MyDigi > Reload > Validity .

Talktime Request

Dengan Talktime Transfer, anda boleh meminta kredit dipindahkan dari pengguna Digi Prepaid yang lain.

Kelayakan: Dibenarkan untuk pengguna Digi Prepaid dan Digi Postpaid.

Untuk mendapatkannya, dail kod UMB *128*1*7#

Super Long Life

Dengan Super Long Life, anda boleh memanjangkan lagi tempoh sah akaun anda.

Kelayakan: Tertakluk kepada caj sebanyak RM1/hari.

Untuk mendapatkannya, dial kod UMB *128*1*7# atau ke Aplikasi MyDigi > Reload > Validity

S10. Berapa harga dan tempoh sah yang boleh digunakan oleh pengguna Digi Prepaid?

J10. Berikut adalah carta harga serta tempoh sah yang dilayak digunakan oleh pengguna Digi:-

box.PNG

S11: Adakah kesemua pengguna pelan Digi Prepaid boleh mengaktifkan Talktime Advance, Talktime Transfer, Talktime Request atau Super Long Life?

J11: Tidak, servis Talktime hanya dibenarkan untuk pelan Digi Prepaid terpilih. Anda boleh dial kod UMB *128*1*7# untuk mengetahui senarai servis Talktime untuk pelan anda. Anda juga boleh menukar pelan menggunakan kod UMB *128*1*4*1# dan pilih “Digi Prepaid Best 2017 P2P” untuk menikmati servis Talktime.

Panggilan Antarabangsa (IDD)

S12: Bolehkah saya membuat panggilan antarabangsa?

J12: Jika anda merancang untuk membuat panggilan ke luar negara kepada orang yang tersayang, dial +<kod negara><kawasan / kod telefon bimbit> <nombor telefon>.

Anda juga boleh log masuk ke Aplikasi MyDigi atau MyDigi Web untuk mengetahui kadar IDD untuk Digi Prepaid.

Sebagai alternatif, anda boleh mendial *128*2# atau log masuk ke aplikasi MyDigi atau laman web untuk Pas Asia yang kini boleh didapati pada kadar promosi.

S13: Apakah pelan yang tersedia untuk penambahan belian IDD?

J13: Kesemua pengguna Digi Prepaid boleh membeli tambahan IDD ini kecuali pelan-pelan berikut: SmartPlan Prepaid, Prepaid Broadband, Digi SmartPhone Prepaid and Digi Monthly Plan 28.

S13: Bagaimana cara untuk menyemak baki pass IDD?

J13: Untuk menyemak baki minit IDD, anda boleh log masuk ke Aplikasi MyDigi dan periksa pada skrin utama atau dial *128*1*5#.

Kepada semua pelanggan kami, terima kasih atas sokongan anda selama ini dan kami berharap dapat terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada anda. Kekal selamat dan marilah kita bersama-sama untuk hari yang lebih baik lagi!

 

Comments
by Member
on ‎28-03-2020 04:31 PM

01133042036 i want active thiss sim at preapaid plss.. my email: cariklahkedirik1209@gmail.com  sent msej at my email..plss check my sim prepaid at 6ber 011330402036 cause my digi cannot cantact anyone

by Member
on ‎11-04-2020 11:32 PM

macam mana nak dapatkan no lama saya.. ini saya punya no lama 0146214056.. sebab bank minta kod kat number tu untuk pengesahan pembayaran.. hmm

by Support
on ‎12-04-2020 02:02 PM

Hi monalisa. Nombor ini telah di jual semula dalam bentuk SIM pek yang baru. Akaun anda telah dibatalkan disebabkan tiada reload yang dilakukan dalam tempoh yang diberikan. Pengaktifan semula tak dapat diproses dan anda tak dapat nak menggunakan nombor yang sama lagi. 

by Member
on ‎16-05-2020 10:51 AM

Saya postpaid  sekarang mahu tukar ke plan prepaid

by SuperUser
on ‎16-05-2020 12:48 PM

Hai Laus. Pertukaran dari pelan Postpaid ke Prepaid hanya boleh dilakukan di kaunter Digi Store sahaja kerana ia melibatkan penamatan akaun Postpaid. Sila semak lokasi yang berhampiran di sini dan tandakan Digi Store sahaja di ruangan Outlet: https://goo.gl/I45hAH Bil perlu dijelaskan terlebih dahulu dan anda akan menerima bil terakhir dalam masa sebulan selepas akaun Postpaid ditamatkan. Permohonan hanya boleh dibuat oleh pemilik berdaftar.

by Member
on ‎31-12-2020 06:40 PM

Saya prepaid  sekarang mahu tukar ke plan postpaid 

by Support
on ‎31-12-2020 06:51 PM

Hai. Penukaran pelan adalah melalui link di bawah dan isikan butiran di bahagian 'Digi Subscriber? Change your plan here' : https://www.digi.com.my/shop/postpaid-plans/borderless

Pilih pelan yang anda mahukan dan selepas dihantar, pelan anda akan bertukar dalam masa 24 jam. Smiley Happy

 

-Fasha-

Meet our Support team and SuperUsers