|
Join the conversation
Showing results for 
Search instead for 
Do you mean 
Join the conversation
Showing results for 
Search instead for 
Do you mean 

#DigiCares: Pengguna Digi di kawasan PKPDB/PKPD, Kekal Berhubung dengan Digi.

by Community Manager ‎08-10-2020 06:35 PM - edited ‎08-10-2020 07:03 PM

Click here for ENG.PNG

 

StandingTogetherWithYou-General-CommunityBanner-01.jpg

 

Kepada semua pelanggan Digi di dalam kawasan PKPDB/PKPD, cara untuk kekal berhubung. 

 

Digi akan tetap memastikan anda kekal berhubung dengan setiap kepentingan. Internet produktiviti 1GB Percuma untuk pendidikan, produktiviti dan perkhidmatan berkaitan maklumat yang terpilih masih tersedia untuk anda mulai jam 12.00 pagi hingga 11.59 malam setiap hari sehingga 31 Disember 2020.

 

Untuk menebus Internet Produktiviti 1GB Percuma, anda hanya perlu tekan kod UMB di bawah:

 

Prepaid (Panggilan dan Broadband): Dial UMB *338*1*1#

Postpaid (Panggilan dan Broadband): Dial UMB *238*1*1#

*Nota: Pelanggan hanya dibenarkan menebus tawaran ini SEKALI setiap hari. Ia TIDAK akan diperbaharui secara automatik

 

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Internet Produktiviti 1GB Percuma, klik di sini.:

BM - free 1GB productivity.PNG

 

Pada masa ini, ada tempat tertentu di negara ini akan mengalami hujan yang banyak dan boleh mengakibatkan banjir kilat. Klik di sini ada beberapa maklumat mengenai cara untuk tetap selamat sekiranya banjir berlaku.

 

Panggilan dan Internet Percuma

Pada masa ini, semua pelanggan dapat membuat panggilan ke Jabatan Kesihatan Nasional dan Negeri, dan semua pemeriksaan dan kemasukan hospital. Pengguna digi juga boleh menikmati internet percuma untuk laman web rasmi dan aplikasi tracking.

 

Untuk lebih lanjut, klik di bawah

BM - calls to health dep.PNG

 

Sekiranya anda perlu mengunjungi Digi store atau Digi Store Express, dapatkan maklumat berkenaan waktu operasi di sini.

 BM - Hours for DSDSE.PNG

 

Pengguna Prepaid. 

Sepanjang tempoh ini, kami menggalakkan pelanggan Digi Prepaid untuk menguruskan akaun anda menggunakan saluran atas talian. List yang anda boleh buat melalui atas talian:

 

Isian semula melalui Laman Web Digi

BM - Digi Web.PNG

 

Isian semula melalui Aplikasi MyDigi

Reload via MyDigi.PNG

 

Tambah nilai melalui rakan niaga atas talian kami di sini:

BM - Online Partnering Merchants.PNG

 

Sebagai alternatif, anda juga boleh menguruskan akaun Prepaid anda menggunakan kod UMB ini:

Untuk kesahan tempoh talian dan baki akaun: *126#

Untuk memeriksa baki internet: *128*3*6#

Tebusan ganjaran: *888#

 

Tidak dapat membuat isian semula dan mengaktifkan akaun dengan menggunakan perkhidmatan di atas? Anda boleh melakukan Talktime untuk membantu anda kekal berhubung. 

Untuk melakukan Talktime Transfer, Advance, Request atau Super Long Life, sila dail UMB kod *128*1*7#

 

Ketahui lebih lanjut tentang perkhidmatan Talktime, klik di bawah

BM - Talktime Services.PNG

 

Soalan Lazim Prepaid

S1: Saya tidak mempunyai akaun bank dan kad kredit/debit. Bagaimana saya harus melakukan isian semula?

J1: Anda boleh membeli kad isian semula di cawangan Digi Store dan kedai serbaneka yang terpilih. 

 

S2: Bagaimana untuk mengaktifkan talian prepaid saya jika telah disekat?

J2: Untuk mengaktifkan semula talian anda, anda hanya perlu membuat isian semula melalui Aplikasi MyDigi, E-Wallet (Touch’n’Go, GrabPay, Boost), Maybank2U atau CIMB Clicks.

 

S3: Saya tidak dapat membuat isian semula untuk mengaktifkan semula talian. Apakah solusi untuk saya?

J3: Jika anda gagal untuk membuat isian semula, anda boleh mengaktifkan Talktime Transfer, Talktime Request atau Super Long Life. Anda juga boleh membuatnya melalui kod UMB *128*1*7#. 

 

 

Pengguna Postpaid

Untuk pengguna Digi Postpaid, anda boleh membayar bil melalui saluran atas talian ini:

 

BM - Digi Web.PNG

Reload via MyDigi.PNG

 

Maybank2u.PNG

CIMBClicks.PNG

 

Atau JomPay dari bank yang berkuasa. 

 

Untuk kemudahan anda, kami mengesyorkan agar anda mendaftar untuk Bayaran Auto (Auto Billing) di aplikasi MyDigi anda. Anda boleh melihat cara pendaftaran di sini.

 

Sebagai alternatif, anda juga boleh menguruskan akaun Postpaid anda dengan kod UMB:

Untuk periksa baki Internet: *200#

Untuk membeli Add-On/Internet: *200*2#

 

Soalan Lazim Postpaid

 

S1: Berapa lama masa diambil untuk “Add-on” atau belian tambahan diaktifkan?

J1: Sebaik pembelian berjaya, ia mungkin mengambil masa sehingga 10 minit untuk belian tambahan dan diaktifkan. 

 

S2: Bolehkah saya membuat belian tambahan sebelum quota data internet bulanan habis?

J2: Boleh, anda boleh membuat pembelian tambahan selagi had limit akaun anda mencukupi.

 

S3: Bolehkah saya membuat pembelian tambahan ketika akaun saya dipotong/barred?

J3: Tidak, anda perlu menjelaskan bayaran tertunggak terlebih dahulu sebelum meneruskan pembelian tambahan.

 

Untuk jangka masa yang panjang, anda boleh mendaftar Auto Pay (Auto-billing) di aplikasi MyDigi anda. Anda tidak boleh membuat pembelian tambahan sekiranya akaun di barred.

 

S4: Bolehkah saya menambah/meningkatkan had limit akaun saya?

J4: Boleh, anda boleh hubungi talian Helpline Digi dengan mendial 0162211800 untuk permohonan penambahan atau peningkatan had limit akaun secara sementara atau tetap. 

 

S5: Jika akaun Postpaid saya dipotong/barred, bagaimana cara untuk saya mengaktifkan semula?

J5: Untuk pengaktifan semula akaun, anda mestilah membuat bayaran jumlah tertunggak terlebih dahulu melalui aplikasi MyDigi, Maybank2U, CIMB Clicks atau JomPay dari bank yang berkuasa.

 

Anda juga boleh melakukan “unbarring” sementara melalui aplikasi  MyDigi atau membuat panggilan ke talian Digi Helpline 0162211800. Pembayaran haruslah dibuat dalam Anda tempoh 2 hari selepas “unbarring” sementara dilakukan sebelum ia berulang lagi.

 

Pengguna Postpaid Perniagaan

 

Untuk pengguna Digi Postpaid Perniagaan, kami menggalakan anda log masuk ke platform atas talian, MyDigi Business Portal (MBP) untuk menguruskan bil Digi Postpaid Perniagaan anda. 

 

Anda boleh log masuk ke MyDigi Business Portal untuk menguruskan akaun anda. Caranya di sini:

 

Langkah 1: Log masuk ke https://mydigibusiness.digi.com.my/

Langkah 2: Masukkan nombor telefon bimbit anda yang berdaftar dan klik 'Log Masuk'

Langkah 3: Anda sekarang boleh menguruskan akaun Postpaid Perniagaan!

 

Digi Careline untuk Pelanggan Perniagaan

 

Hubungi Careline pelanggan Perniagaan Digi di 016-2998888 untuk membuat pembayaran menggunakan kad kredit. 

 

Sebagai alternatif, anda juga boleh menguruskan pembayaran Postpaid Perniagaan anda di Digi kiosk atau bank yang terpilih. Untuk memeriksa senarai bank, klik di sini:

BM - Manging Business Post Pay.PNG

 

Soalan Lazim

S1: Semasa tempoh kawalan pergerakan, bagaimana saya ingin memeriksa baki kuota internet/minit?

J1: Untuk memeriksa baki kuota Internet atau Minit anda, log masuk ke Aplikasi MyDigi atau laman web.

Kuota Minit hanya ada pada pelan yang tidak mempunyai Panggilan Tanpa Had.

 

S2: Bolehkah saya membeli Internet/Minit tambahan? Berapa lama masa yang diperlukan untuk mengaktifkan?

J2: Ya, anda boleh pergi ke aplikasi MyDigi atau MyDigi Business Portal dan klik "Add-On". Dalam MyDigi Business, anda boleh tambah nilai internet untuk kesemua line di bawah akaun anda. Pembelian yang berjaya memerlukan masa sehingga 10 minit untuk diaktifkan. 

 

S3: Saya ingin membeli "Add-On", tetapi saya telah mencapai had kredit bulanan saya. Apa patut saya buat?

J3: Anda harus menjelaskan jumlah tertunggak sebelum membeli Internet "Add-On".

 

S4: Semasa tempoh kawalan pergerakan, bagaimana saya boleh membuat bayaran bil Postpaid?

J4: Anda boleh membuat bayaran melalui aplikasi MyDigi Business, cek, kad kredit, atau transfer melalui bank. Untuk kemudahan jangka panjang, anda boleh mendaftar Pay Auto (Auto-billing) dengan menghubungi Digi support center kami @ 016-2998888 atau  e-mel ke - bsc@digi.com.my

 

S5: Jika akaun Postpaid saya dipotong/barred, bagaimana cara untuk saya mengaktifkan semula?

J5: Untuk pengaktifan semula akaun, anda mestilah membuat bayaran jumlah tertunggak terlebih dahulu melalui aplikasi MyDigi Perniagaan, cek, kad kredit atau transfer di bank.

 

Digi Home Fibre Broadband

Untuk maklumat lanjut mengenai Digi Home Fiber, klik di sini:

 

Digi Fibre.PNG

 

Republik GG

Pengguna RGG masih dapat menguruskan akaun mereka. Pengguna masih boleh membuat tambah nilai di akaun RGG, membeli “content”, menebus ganjaran dan menghantar hadiah kepada rakan lain di RGG

 

Untuk lebih lanjut, klik di bawah

BM - Manage Your RGG.PNG

 

Soalan Lazim

S1: Semasa tempoh kawalan pergerakan, Bagaimana hendak membuat isian semula akaun RGG?

J1: Dalam tempoh ini, anda masih boleh membuat isian semula melalui akaun Digi (Boleh untuk Prepaid dan Postpaid), aplikasi E-Wallet (Touch 'n Go, GrabPay, Boost), atau membeli kad tambah nilai Digi PIN 16 digit di kedai serbaneka, Digi Store terpilih atau perbankan atas talian, Maybank2U dan CIMB Clicks.

 

S2: Saya tidak mempunyai akaun bank atau kad kredit, bagaimana saya hendak membeli PIN isian semula Digi Prepaid?

J2: Anda boleh membeli Digi tambah nilai di kedai serbaneka atau Digi Store berhampiran anda.

 

S3: Saya tidak dapat pergi ke Digi untuk membeli PIN isian semula, apakah pilihan lain untuk menambah semula RGG point?

J3: Anda boleh menambah RGG point dengan menggunakan akaun Digi anda atau E-Wallet. Klik pada Direct Reload dalam tab Reload dan anda boleh memilih antara Pay dengan Digi atau E-Wallet.

 

S4: Jika Digi Prepaid saya disekat, saya masih boleh menggunakan akaun RGG?

J4: Ya, akaun RGG Anda adalah akaun kredit maya, yang masih boleh log-in dengan kata laluan Anda. Sekiranya anda terlupa kata laluan anda, anda boleh memilih pilihan "Lupa Kata Laluan" untuk menetapkannya semula. Anda perlu memastikan Digi Prepaid anda masih dapat menerima OTP untuk menetapkan semula kata laluan akaun RGG anda.

 

Jom kita bekerjasama demi sebuah negara. Sekiranya anda mengalami sebarang gejala, sila hubungi jabatan kesihatan negeri anda untuk dapatkan nasihat perubatan secara percuma. Klik di sini untuk dapatkan nombor talian bebas untuk jabatan kesihatan negeri anda. Sementara itu, amalkan langkah kebersihan, pakai topeng penutup muka, dan jom teruskan misi untuk "flatten the curve".

 

Comments
by Member
on ‎19-10-2020 10:34 PM

Saya telah bayar rm 50 secara bank online tapi  baki bil blm  berubah

by Support
on ‎20-10-2020 05:05 PM

Hi Jilins68. Kalau transaksi adalah terus melalui online banking, ia cuma akan dikemaskini dalam masa 1~2 hari bekerja. Kalau anda membayarnya melalui aplikasi MyDigi, kemudian anda pilih bank yang digunakan tapi akaun Digi anda masih belum dikemaskini, PM (inbox) kami untuk semakan. 

 

Terima kasih.

by Member
on ‎14-11-2020 03:13 AM

Saya telah tersalah pilihan plan  digi,dari plan digi plan muzik freedom ke plan digi next,bagaimana saya boleh menukar balik plan ke asal?

by Support
on ‎14-11-2020 12:33 PM

Selepas penukaran ke Digi Prepaid Next, anda tidak dapat tukar semula kepada pelan lama ya. Tetapi, anda boleh dial *128# > Akaun Saya > Pelan Panggilan > Tukar Pelan ke Digi Monthly plan RM28. Jika anda sedang melanggan sebarang pakej internet sekarang, sila habiskan dulu baki kuota yang ada ya. Penukaran plan akan membatalkan langganan yang ada dan baki kuota akan terhapus sekali. TQ.
 

Labels

Meet our Support team and SuperUsers