|
Join the conversation
Showing results for 
Search instead for 
Do you mean 
Join the conversation
Showing results for 
Search instead for 
Do you mean 

#DigiCares: Langkah-langkah Keselamatan dan Kesihatan Digi

by Community Manager on ‎17-04-2020 06:22 PM - last edited on ‎27-05-2020 04:10 PM by Community Manager

Capture.PNG


Anda masih boleh menguruskan akaun anda dengan menggunakan aplikasi MyDigi dan laman rasmi Digi, Digi Store dan Digi Store Express yang terpilih juga telah dibuka untuk membantu anda dengan lebih baik. Kami memastikan keselamatan anda dan pekerja dengan melaksanakan langkah-langkah untuk kekal selamat dan bersih.

Walaupun Digi Store telah dibuka, anda disyorkan untuk melakukan transaksi dan mengurus akaun anda menerusi aplikasi MyDigi atau secara online supaya anda kekal selamat di rumah. Sekiranya anda perlu ke Digi Store, anda dinasihati supaya memakai topeng penutup muka dan sentiasa menjaga kebersihan. Untuk terus memastikan keselamatan anda dan pekerja Digi, kami telah mengimplementasikan langkah-langkah berikut:

1. Sebelum memasuki kedai kami, imbas kod QR dan isi borang.
2. Bilangan staff Digi Store dikurangkan dan dilengkapi dengan topeng penutup mulut atau muka.
3. Digi Store yang berada di kedai lot akan beroperasi setiap hari mulai dari jam 10 pagi sehingga 5.30 petang dan Digi Store yang berada di pusat membeli belah akan beroperasi setiap hari mulai dari jam 10 pagi sehingga 9 malam. Untuk melihat senarai kedai yang dibuka hari ini,  Klik di sini.
4. Pembersihan kedai akan dijalankan sepanjang waktu kedai beroperasi dan pembersihan menyeluruh akan dilakukan setelah tamat waktu operasi.

Untuk lebih info tentang langkah keselamatan yang diambil di Digi Store, sila rujuk infografik dibawah:
HSE_v2.png

Kami akan memastikan langkah-langkah keselamatan serta arahan yang diberi oleh pihak berkuasa tetap diteruskan.

Kami berharap anda juga dapat mematuhi langkah keselamatan ini untuk membantu menjaga persekitaran yang selamat dan sihat untuk semua orang. 

Meet our Support team and SuperUsers