|
Join the conversation
Showing results for 
Search instead for 
Do you mean 
Join the conversation
Showing results for 
Search instead for 
Do you mean 

#DigiCares: Kekal berhubung dengan Digi Home Fiber

by Community Manager on ‎22-03-2020 03:28 PM - last edited on ‎22-03-2020 03:38 PM by Community Manager

English.png

StandingTogetherWithYou-General-CommunityBanner-01.jpg

 

Bermula dari 18 - 31 Mac 2020, kerajaan Malaysia telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan bagi mencegah penyebaran virus Covid-19. Kami disini ingin memastikan anda kekal berhubung dengan perkara-perkara yang penting. Kami bawakan Internet ke rumah anda. 

Dibawah adalah soalan lazim untuk rujukan anda.

 

Pendaftaran dan pemasangan

Bagaimana saya hendak mendaftar Digi Home Fiber?

Anda boleh pergi ke Digi Store terpilih di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Sabah. Sila ambil perhatian bahawa untuk pendaftaran baru, semua pemasangan hanya akan dilakukan selepas 31 Mac 2020. Anda boleh membaca lebih lanjut mengenai Digi Home Fiber disini.

 Bilakah saya boleh menjadualkan pemasangan Digi Home Fiber?

Anda boleh menjadualkan pemasangan pada bila-bila masa yang sesuai, tetapi perlu di ingatkan bahawa ia juga tertakluk kepada ketersedian slot pemasangan.

Bolehkah saya menjadualkan semula pemasangan saya antara 18 - 31 Mac 2020?

Ya, anda boleh menjadualkan semula tarikh pemasangan dengan menghubungi Digi Helpline di 0162211800 untuk memberitahu kakitangan yang bertugas. 

 

 Bil dan pembayaran.

Bagaimana saya akan mendapat bil bulanan saya?

Anda akan menerima bil bulanan melalui e-mel atau surat ke atas alamat pengebilan berdaftar jika anda memilih pilihan ini. Anda juga boleh mendapatkan bil bulanan melalui aplikasi MyDigi anda.

Apakah kaedah pembayaran yang tersedia untuk Digi Home Fiber?

Semua kaedah pembayaran sedia ada, termasuk aplikasi MyDigi, Digi kiosk di Digi Store yang berdekatan dengan anda, perbankan dalam talian, kad kredit/debit.

 

Sokongan pengguna

Adakah Digi akan menghantar juruteknik ke rumah sekiranya ada masalah?

Kami akan menghantar sokongan ke rumah sekiranya perlu. Buat masa yang terbaik, kami akan menyelesaikan masalah anda dari jauh.

Meet our Support team and SuperUsers