|
Join the conversation
Showing results for 
Search instead for 
Do you mean 
Join the conversation
Showing results for 
Search instead for 
Do you mean 

#DigiCares: Kekal Berhubung dengan RepublicGG

by Community Manager on ‎22-03-2020 03:26 PM - last edited on ‎22-05-2020 06:29 PM by Community Manager

English.png

Bermula dari 18 Mac 2020, kerajaan Malaysia telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan bagi mencegah penyebaran virus Covid-19. Kami pasti anda semua tertanya bagaimana untuk kekal berhubung tanpa sebarang kerisauan. Ini yang anda perlu tahu untuk kekal dalam permainan anda.

Membayar item RGG

S1: Saya tidak mempunyai akaun bank atau kad kredit, bagaimana saya hendak membeli PIN isian semula Digi Prepaid?

J1: Anda boleh membeli Digi tambah nilai di kedai serbaneka atau Digi Store berhampiran anda.

 

S2: Saya tidak dapat pergi ke Digi untuk membeli PIN isian semula, apakah pilihan lain untuk menambah semula RGG point?

J2: Anda boleh menambah RGG point dengan menggunakan akaun Digi anda atau E-Wallet. Klik pada Direct Reload dalam tab Reload dan anda boleh memilih antara Pay dengan Digi atau E-Wallet.

 

S3: Saya mempunyai akaun E-Wallet, tetapi kredit tidak mencukupi, bagaimana saya boleh membuat isian semula?

J3: Setiap aplikasi E-wallet akan mempunyai pilihan untuk anda tambah nilai dengan mudah melalui perbankan dalam talian atau kad kredit / debit.

Membuat isian semula akaun RGG anda

S4: Bagaimana hendak membuat isian semula akaun RGG?

J4: Langkah 1: Pergi ke laman utama RepublicGG dan klik pada ikon “Reload” di bahagian atas.

Langkah 2: Anda boleh memilih untuk membuat isian semula dengan menggunakan kod atau isian semula secara langsung


Untuk isian semula kod, anda boleh menggunakan jad tambah nilai Digi (16 PIN digit)

 

Untuk memuat isian semula secara langsung, anda boleh menggunakan baki kredit Digi (pengguna Digi sahaja) dan akaun E-Wallet anda (Boost, GrabPay & Touch ‘N Go)

Langkah 3: Pilih denominasi tambah nilai pilihan anda dan klik pada ikon “Hantar”

 

S5: Bagaimana hendak membeli di RGG

J5: Langkah 1: Pergi ke laman utama RepublicGG atau cari tajuk permainan dalam halaman "Permainan".

Langkah 2: Klik pada tajuk permainan dan pilih pakej pilihan anda.

Langkah 3: Klik "Checkout" dan anda akan diminta untuk ringkasan item.

Langkah 4: Klik "Beli Sekarang" dan anda akan diarahkan ke halaman Terima Kasih dengan butiran produk anda. Setelah status Item Permainan anda berjaya, anda akan menerima notis pemberitahuan.

S6: Bagaimana hendak menebus barang ganjaran di RGG

J6: Langkah 1: Di laman utama RebulicGG, klik pada menu "Ganjaran".

Langkah 2: Pilih ganjaran yang ingin ditebus dan klik "Ya" untuk pengesahan.

Langkah 3: Setelah berjaya, anda akan menerima kod item di history redemption 


S7: Bagaimana hendak menghantar hadiah kepada rakan-rakan

J7: Langkah 1: Klik pada hadiah produk (Contoh: Mobile Legends Diamonds Gift).

Langkah 2: Pilih pakej item.

Langkah 3: Hantar hadiah kepada rakan anda (Masukkan e-mel rakan anda dan tulis mesej). Pastikan anda telah memasukkan alamat e-mel yang betul.

Langkah 4: Beli hadiah menggunakan point Republik GG anda.

Langkah 5: Woohoo! Hadiah anda telah dihantar ke e-mel rakan anda.

 

Lain-lain

S8: Jika Digi Prepaid saya disekat, saya masih boleh menggunakan akaun RGG?

J8: Ya, akaun RGG Anda adalah akaun kredit maya, yang masih boleh log-in dengan kata laluan Anda. Sekiranya anda terlupa kata laluan anda, anda boleh memilih pilihan "Lupa Kata Laluan" untuk menetapkannya semula. Anda perlu memastikan Digi Prepaid anda masih dapat menerima OTP untuk menetapkan semula kata laluan akaun RGG anda.

 



Meet our Support team and SuperUsers