|
Join the conversation
Showing results for 
Search instead for 
Do you mean 
Join the conversation
Showing results for 
Search instead for 
Do you mean 

#DigiCares: Kekal Berhubung dengan Digi Prepaid

by Community Manager on ‎22-03-2020 03:14 PM - last edited on ‎25-03-2020 05:11 PM by Community Manager

English.png

StandingTogetherWithYou-Prepaid-CommunityBanner-01.jpg

Komitmen kami adalah untuk terus memberi servis yang terbaik untuk pelanggan kami. Di bawah adalah soalan lazim mengenai Digi Prepaid berserta jawapan untuk rujukan anda.

S1. Bagaimana cara terbaik untuk mengurus pelan prepaid saya ketika ini?

J1. Untuk kedua-dua pelan Prepaid dan Prepaid Broadband, kami menyarankan agar anda menggunakan aplikasi MyDigi atau MyDigi Web di laman web Digi. Untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut, klik disini.

S2. Apakah cara lain untuk mengurus pelan prepaid saya?

J2. Pelan Prepaid:
Anda juga boleh mengurusnya melalui kod UMB:

Untuk kesahan tempoh talian dan baki akaun: *126#
Untuk baki internet: *200*1#
Pembelian internet: *128*3#
Tebusan ganjaran: *888#


Pelan Broadband:
Anda juga boleh mengurusnya melalui kod UMB:
Untuk kesahan tempoh talian dan baki akaun: *126#
Untuk baki internet: *200*1#
Pembelian internet: *128#

 

S3. Bagaimana cara saya menambah nilai prepaid semasa tempoh perintah kawalan pergerakan?

J3. Pelan Prepaid dan Prepaid Broadband

Anda boleh menambah nilai melalui laman web Digi, MyDigi, e-dompet (Touch’n’Go, GrabPay, Boost), Maybank2U atau CIMB Clicks.

 

S4. Jika saya tidak memiliki sebarang kad debit/kredit, apakah cara lain untuk menambah nilai?
J4.  Anda masih boleh tambah nilai di kedai runcit.

 

S5. Bagaimana untuk mengaktifkan talian prepaid saya jika telah disekat?

J5. Untuk mengaktifkan semula talian anda, anda hanya perlu menambah nilai melalui laman web Digi, MyDigi, e-dompet (Touch’n’Go, GrabPay, Boost), Maybank2U atau CIMB Clicks. Anda juga boleh menambah nilai di Digi Store atau kedai runcit berdekatan.

S6. Bagaimana cara untuk menebus ganjaran?
J6. Anda boleh menebus ganjara melalui aplikasi MyDigi atau mendial kod UMB *888#

S7. Bagaimana cara untuk memastikan baki Internet?
J7. Anda boleh memastikan baki internet anda melalui aplikasi MyDigi atau mendial kod UMB*128*3*6#

Pelan Prepaid - Servis masa panggilan (Talktime)

S8. Saya tidak dapat menambah nilai untuk mengaktifkan semula talian. Apakah solusi untuk saya?
Jika anda gagal untuk menambah nilai, anda boleh mengaktifkan Talktime Advance, Talktime Transfer, Talktime Request atau Super Long Life.

 

Talktime Advance

Dengan Talktime Advance, anda boleh mendapatkan RM3 kredit dari Digi. Setiap pengguna Digi Prepaid layak untuk mendapatkannya.

Kelayakan: Anda hendaklah mempunyai baki kredit sebanyak RM0.01-RM3.00 dan telah menjadi pengguna Digi Prepaid selama 4 bulan ke atas.
Untuk mendapatkannya, pergi ke Aplikasi MyDigi > Reload > Advance atau dail kod UMB *128*1*7#

Talktime Transfer

Dengan Talktime Transfer, anda boleh memindahkan kredit ke pengguna Digi Prepaid yang lain.

Kelayakan: Dibenarkan untuk pengguna Digi Prepaid dan Digi Postpaid.

Untuk mendapatkannya, pergi ke Aplikasi MyDigi > Reload > Validity atau dail kod UMB *128*1*7#

 

Talktime Request

Dengan Talktime Transfer, anda boleh meminta kredit dipindahkan dari pengguna Digi Prepaid yang lain.

Kelayakan: Dibenarkan untuk pengguna Digi Prepaid dan Digi Postpaid.

Untuk mendapatkannya, pdail kod UMB *128*1*7#

 

Super Long Life

Dengan Super Long Life, anda boleh memanjangkan lagi tempoh sah akaun anda.

Kelayakan: Tertakhluk kepada caj sebanyak RM1/hari

Untuk mendapatkannya, pergi ke Aplikasi MyDigi > Reload > Validity atau dial kod UMB *128*1*7#

 

S9. Berapa harga dan tempoh sah yang boleh digunakan oleh pengguna Digi Prepaid?

J9. Berikut adalah carta harga serta tempoh sah yang dilayak digunakan oleh pengguna Digi:-
Capture.PNG

 

S10. Adakah kesemua pengguna pelan Digi Prepaid boleh mengaktifkan Talktime Advance, Talktime Transfer, Talktime Request atau Super Long Life?
J10. Tidak, servis Talktime hanya dibenarkan untuk pelan Digi Prepaid terpilih. Anda boleh dial kod UMB *128*1*7# untuk mengetahui senarai servis Talktime untuk pelan anda. Anda juga boleh menukar pelan menggunakan kod UMB *128*1*4*1# dan pilih “Digi Prepaid Best 2017 P2P” untuk menikmati servis Talktime.

 

Panggilan Antarabangsa (IDD)

S11.Bolehkah saya membuat panggilan antarabangsa?

J11. ika anda merancang untuk membuat panggilan ke luar negara kepada orang yang tersayang, dial +<kod negara><kawasan / kod telefon bimbit> <nombor telefon>.

 

Anda juga boleh log masuk ke aplikasi MyDigi atau MyDigi Web untuk mengetahui kadar IDD untuk Digi Prepaid.

 

Sebagai alternatif, anda boleh mendial *128*3*2*1# untuk Pas Asia yang kini boleh didapati pada kadar promosi. Klik sini

untuk mengetahui kadar IDD kami.

 

S12: Apakah pelan yang tersedia untuk penambahan belian IDD?

J12: Kesemua pengguna Digi Prepaid boleh membeli tambahan IDD ini kecuali pelan-pelan berikut: SmartPlan Prepaid, Prepaid Broadband, Digi SmartPhone Prepaid and Digi Monthly Plan 28

 

S13: Bagaimana cara untuk menyemak baki pass IDD?

J13: Untuk menyemak baki minit IDD, anda boleh log masuk ke aplikasi MyDigi dan periksa pada skrin utama atau dial *128*3#. 

 

Comments
by Member
on ‎28-03-2020 04:31 PM

01133042036 i want active thiss sim at preapaid plss.. my email: cariklahkedirik1209@gmail.com  sent msej at my email..plss check my sim prepaid at 6ber 011330402036 cause my digi cannot cantact anyone

Meet our Support team and SuperUsers