|
Join the conversation
Showing results for 
Search instead for 
Do you mean 
Join the conversation
Showing results for 
Search instead for 
Do you mean 

#DigiCares: Kekal Berhubung dengan Digi Postpaid

by Community Manager on ‎22-03-2020 03:12 PM - last edited on ‎05-06-2020 04:55 PM by Community Manager

English.png

StandingTogetherWithYou-Postpaid-CommunityBanner-01.jpg


Samaada anda terus kekal di rumah atau sudah keluar bekerja, kami ingin memastikan anda kekal berhubung tanpa sebarang kerisauan. Komitmen kami adalah untuk terus memberi servis yang terbaik untuk pelanggan kami. Mulai 21 Mac. anda mempunyai akses kepada:

 

Percuma Internet 1GB untuk pengguna Digi Postpaid, setiap hari

Untuk memudahkan anda kektika bekerja atau melakukan apa sahaja di rumah, semua pengguna Postpaid Voice dan Postpaid Broadband akan menerima percuma Internet 1GB, yang boleh digunakan dari 8.00a.m hingga 6.00p.m.

 

Digi Postpaid boleh menikmati PERCUMA 1GB internet berkelajuan tinggi setiap hari.  Anda boleh mendapatkannya dengan mendial kod UMB  *238* 88#

(Nota: Tawaran ini hanya terhad kepada pelan Digi Postpaid dan Digi Postpaid Broadband. Pelan Postpaid Infinite tidak layak untuk menerima tawaran ini.)

 

Data 1GB ini akan diperbaharui setiap hari secara automatik. Jika anda telah menebus sebelum ini, anda tidak perlu menebusnya untuk kali kedua.**

 

**Nota Penting: Tawaran ini akan berakhir pada 11.59 malam pada 8 Jun 2020


 Di bawah adalah soalan lazim mengenai Digi Postpaid berserta jawapan untuk rujukan anda.

Pengurusan Akaun Bil 

 

S: Bagaimanakah cara untuk saya membayar bil akaun Digi Postpaid?

Anda boleh membuat pembayaran melalui Laman Rasmi Digi, Aplikasi MyDigi, Maybank2U, CIMB Clicks, JomPay melalui bank, ATM atau Kiosk Digi @ Digi Stores yang berdekatan dengan anda. 

 Bagi memudahkan urusan anda, kami menasihatkan agar pembayaran dilakukan secara 'Auto Biling' melalui aplikasi MyDigi anda. Klik sini untuk dapatkan cara medaftar 'Auto Billing'.

Anda juga boleh membuat pembayaran secara tunai di Kiosk Digi (2 jam tempoh pemprosesan), Pos Malaysia (2 hari tempoh pemprosesan) atau Mesin Deposit Tunai CIMB (pemprosesan hari berikutnya).

 

S: Bolehkah saya menambah/meningkatkan had limit akaun saya?

Boleh, anda boleh hubungi talian Helpline Digi dengan mendial 0162211800 untuk permohonan penambahan atau peningkatan had limit akaun secara sementara atau tetap. 

 

S: Jika akaun Postpaid saya dipotong/barred, bagaimana cara untuk saya mengaktifkan semula?

Untuk pengaktifan semula akaun, anda mestilah membuat bayaran jumlah tertunggak terlebih dahulu melalui aplikasi MyDigi, Maybank2U, CIMB Clicks atau JomPay dari bank yang berkuasa.

Sebagai alternatif, anda boleh membuat bayaran melalui mesin ATM atau Kiosk Digi @ Digi Stores yang berdekatan. Informasi lanjut disini

Anda juga boleh melakukan “unbarring” sementara melalui aplikasi  MyDigi atau membuat panggilan ke talian Digi Helpline. Pembayaran haruslah dibuat dalam Anda tempoh 2 hari selepas “unbarring” sementara dilakukan sebelum ia berulang lagi.

 

S: Bolehkah saya membuat pembelian tambahan ketika akaun saya dipotong/barred?

Tidak, anda perlu menjelaskan bayaran tertunggak terlebih dahulu sebelum meneruskan pembelian tambahan.

 

Urus panggilan anda serta baki Internet

 

S: Bagaimana cara untuk menyemak baki Internet / baki masa panggilan?

Panggilan Masa Postpaid - Untuk menyemak baki Internet atau baki masa panggilan anda boleh dail *200# atau log masuk ke akaun di aplikasi MyDigi atau MyDigi Web.

Para pelanggan diingatkan bahawa Quota Masa Panggilan hanya tertaluk pada pelanggan Digi Postpaid yang tidak mempunyai Panggilan Tanpa Had.

 Postpaid Jalur Lebar (Broadband) - Untuk menyemak baki Internet atau baki masa panggilan anda, anda boleh dial *200# atau log masuk ke akaun di aplikasi MyDigi atau MyDigi Web.

 

S: Bolehkah saya dan bagaimana cara untuk membeli Internet / Panggilan tambahan?

Panggilan Masa Postpaid - Log masuk ke aplikasi MyDigi dan klik pada “Buy Add-Ons”.

Tambahan Data Internet - Klik “Booster”. 

Tambahan Masa Panggilan - Klik “Panggilan+SMS”. 

Anda boleh melihat bagaimana cara untuk penambahan ke dalam akaun dengan dial *200*2# atau ke.aplikasi MyDigi .

 

S: Berapa lama masa diambil untuk “Add-on” atau belian tambahan diaktifkan?

Sebaik pembelian berjaya, ia mungkin mengambil masa sehingga 10 minit untuk beluan tambahan and diaktifkan. 

 

S: Bolehkah saya membuat belian tambahan sebelum quota data internet bulanan habis?

Boleh, anda boleh membuat pembelian tambahan selagi had limit akaun anda mencukupi.

 

S: Berapa harga dan durasi  panggilan masa yang boleh digunakan oleh pengguna Digi Postpaid?

Berikut adalah carta harga serta durasi yang dilayak digunakan oleh pengguna Digi:-

 

ssssssss.PNG

 

 

Panggilan Antarabangsa (IDD)

 

S: Bagaimana cara untuk saya membuat panggilan ke luar negara (IDD)?

Jika anda merancang untuk membuat panggilan ke luar negara kepada orang yang tersayang, dial +<kod negara><kawasan / kod telefon bimbit> <nombor telefon>.

Anda boleh mendial *128*3*2*1# untuk Pas Asia yang kini boleh didapati pada kadar promosi.

  Sebagai alternatif,  anda juga boleh log masuk ke aplikasi MyDigi atau MyDigi Web untuk mengetahui kadar IDD untuk Digi Prepaid.  Klik sini untuk mengetahui kadar IDD kami.

 

S: Apakah pelan yang tersedia untuk penambahan belian IDD?

Kesemua pengguna Digi Postpaid yang bukan dibawah pelan perniagaan/perusahaan boleh membuat penambah belian IDD.

 

S: Bagaimana cara untuk menyemak baki pass IDD?

Untuk menyemak baki minit IDD, anda boleh log masuk ke aplikasi MyDigi dan periksa pada skrin utama atau dial * 128 * 3 #. 

Comments
by Member
on ‎23-03-2020 10:32 AM

Dear Digi Community Services Staff,

 

why i make a call to digi services is because my has been bar. i have log a case report since last week for the restrict movement 1st day. This morning is bar me again for number.  your customer told me your billing department will contact me & do not make any payment first later will duplicate payment. it will cause my work performance & reputation.

 

I first experince for your DIGI staff customer services is really bad (name:Hafezz). Ask for help cannot do anything. what he can do advice only. what is customer services do is just advise is not help to resolve customer issue. i request to know his full name, he refuse to provide. 

 

Please help to expedite this issue to resolve by today.

 

Regards,

Adran

by Member
on ‎18-04-2020 12:40 AM

Hello.. Macamana cara sy hendak menamatkan perhidmatan digi postpaid saya dlm musim PKP ni dgn kedai digi centre byk yg ttup..  

by Support
on ‎18-04-2020 09:55 PM

Hi Acoycakap. Anda boleh hantarkan permintaan melalui aplikasi MyDigi anda ; >> Support >> Report An Issue >> General Enquiry. Nanti, bahagian yang berkenaan akan memberikan maklum balas ya. Harap ia membantu. 

Meet our Support team and SuperUsers