Komitmen kami tetap untuk memastikan anda kekal berhubung dengan setiap kepentingan. Mulai 1 Julai 2020, semua pelanggan Digi dapat menebus Internet Produktiviti 1GB percuma untuk pendidikan, produktiviti dan perkhidmatan berkaitan maklumat terpilih. Internet Produktiviti 1GB percuma boleh digunakan sepanjang hari setelah ditebus.
Untuk menebus Internet Produktiviti 1GB Percuma, anda hanya perlu tekan kod UMB di bawah:
Prepaid (Panggilan dan Broadband): Dial UMB *338*1*1#
Postpaid (Panggilan dan Broadband): Dial UMB *238*1*1#
*Nota: Pelanggan hanya dibenarkan menebus tawaran ini SEKALI setiap hari. Ia TIDAK akan diperbaharui secara automatik.
Seterusnya, Digi juga menyediakan tawaran-tawaran mampu milik dan diformulasikan untuk kegunaan harian anda. Ini termasuk:
Pengguna Prepaid:
- Internet tambahan serendah RM1 setiap hari.
- Kekal dilindungi dengan Digi Abadi, pelan prepaid pertama yang memberi anda perhubungan serta perlindungan insurans nyawa secara percuma. Lebih info di siaran media di sini.
- Berhubung dengan setiap kepentingan menggunakan Digi Prepaid NEXT, satu-satunya pelan prepaid yang memberi anda 30-hari Internet-Pantas tersedia dengan harga serendah RM15. Lebih info di sini.
Pengguna Postpaid:
Pengguna kategori warga emas serta OKU boleh menikmati diskaun bulanan sebanyak RM10 untuk mana-mana pelan postpaid sepanjang hayat. Siaran media di sini.
Untuk maklumat lanjut mengenai Internet Produktiviti 1GB Percuma, sila lihat FAQs di bawah:
S1. Apakah aplikasi/perkhidmatan/laman web yang boleh diakses dengan tawaran Internet Produktiviti 1GB percuma?
J1. Ia boleh digunakan untuk melayari Pendidikan, Produktiviti dan Perkhidmatan Maklumat Terpilih.
S2. Apakah aplikasi/perkhidmatan/laman web yang tidak dapat diakses dengan tawaran Internet Produktiviti 1GB percuma?
J2. Akses ke aplikasi berikut (di dalam aplikasi/laman web) yang memanfaatkan data pelanggan yang ada:
S3. Bolehkah Internet Produktiviti 1GB percuma digunakan sepanjang hari?
J3. Ya, ia boleh digunakan dari jam 12.01 pagi hingga 11.59 malam setiap hari.
S4. Saya telah menebus Internet Produktiviti 1GB percuma pada 12:00 tengahari ini, berapa lama saya dapat menikmati kuota 1GB?
J4. Anda boleh menikmati Internet Produktiviti 1GB percuma dari 12.00PM sehingga 11.59PM. Sekiranya anda ingin menikmati Internet Produktiviti 1GB Percuma esok, anda diminta menebus semula melalui saluran UMB.
S5. Saya belum menggunakan Internet Produktiviti 1GB sepenuhnya hari ini, bolehkah saya menggunakannya pada esok hari?
A5. Tidak, kuota anda yang tidak gunakan untuk hari itu akan tamat tempoh pada 12.00AM dan anda perlu menebus Internet Produktiviti 1GB percuma pada hari berikutnya. Jika terdapat baki untuk hari tersebut, bakinya akan terhapus.
S6. Laman Digi menyatakan penggunaan sepanjang hari untuk Internet Producktiviti 1GB percuma ini bermula pada 1 Julai 2020, 8.00AM. Apakah kesannya jika saya menebusnya pada pukul 12.01AM (sebelum 8.00AM), adakah saya hanya dapat menikmatinya sehingga jam 6.00PM?
A6. Jika anda menebusnya pada pukul 12.01AM, terma menyatakan anda boleh menikmatinya sehingga 6.00PM. Walaubagaimanapun, pada jam 8.00AM 1 Julai 2020, tawaran tersebut akan diaktifkan untuk kekal sehingga jam 11.59PM, 1 Julai 2020 secara automatik.
Untuk pengguna Prepaid dan Broadband
S1. Adakah saya layak menikmati Internet Produktiviti 1GB percuma ini?
J1. Tawaran ini hanya tersedia untuk Pelan Prepaid ini:
Digi New Best v1, Digi New Best v2, Digi Smart Plan, Digi Best 2016, Digi Best 2017, Digi Prepaid LiVE, Digi Monthly Plan 28, Digi Abadi dan Digi Home Broadband (Prepaid Broadband)
S2. Saya tidak menggunakan Pelan Prepaid yang dinyatakan di atas. Bagaimana saya dapat menikmati Internet Produktiviti 1GB percuma ini?
J2. Sekiranya anda tidak menggunakan mana-mana Pelan Prepaid di atas, anda diminta untuk mengubah pelan yang digunakan sekarang ke Pelan Paket harga baru yang tersedia pada masa ini untuk menikmati tawaran ini.
Anda boleh menghubungi UMB *128*1# untuk menukar pelan anda.
Nota: Pastikan anda tidak mempunyai langganan internet aktif sebelum permintaan "Menukar Pelan" kerana ia tidak dapat diteruskan ke paket harga baru. Setelah perubahan pelan anda berjaya, anda boleh menebus internet Produktiviti 1GB Percuma melalui *338*1* 1#.
S3. Bagaimana saya boleh menebus tawaran Internet Produktiviti 1GB percuma?
J3. Anda boleh mendail UMB *338*1*1# untuk menebus.
S4. Bilakah tempoh penebusan?
J4. Tempoh penebusan dari 10 Jun hingga 30 April 2021
S5. Adakah ini “Penebusan Satu Kali” atau "Penebusan Harian" untuk tawaran Internet Produktiviti 1GB?
A5. Ini adalah penebusan setiap hari. Pelanggan hanya dapat menebus tawaran SEKALI sehari. Sekiranya anda ingin menikmati Internet Produktiviti 1GB percuma pada hari berikutnya, anda perlu menebus tawaran itu lagi pada hari berikutnya.
S6. Sekiranya saya berjaya membuat permintaan untuk menebus Internet percuma ini tetapi saya tidak menerima pengesahan, apa yang harus saya lakukan?
J6. Harap tunggu maksimum 4 jam untuk permintaan anda diproses dan jangan mencuba penebusan anda lagi semasa pemprosesan tersebut.
S7. Kuota mana yang akan digunakan terlebih dahulu? Internet Produktiviti 1GB percuma atau kuota asas saya?
J7. Semua penggunaan untuk perkhidmatan yang layak akan menggunakan internet Produktiviti 1GB percuma terlebih dahulu. Setelah kuota Produktiviti 1GB percuma anda habis, ia akan menggunakan kuota asas anda kembali.
Untuk Postpaid dan Broadband
S1. Adakah saya layak menikmati Internet Produktiviti 1GB percuma ini?
J1. Tawaran ini tersedia untuk semua pelanggan Digi Postpaid Consumer dan Bisnes (Panggilan dan Broadband). Untuk pelan kadar lama yang terdapat dalam langganan Bayar-Bila-Anda-Guna Internet, anda mesti melanggan Internet Mudah Alih Bulanan terlebih dahulu untuk mengaktifkan penggunaan Internet. Tawaran ini tidak sah untuk pengguna Digi Postpaid Infinite yang sudah menikmati Internet tanpa had.
S2. Bagaimana dan di mana saya boleh menebus secara percuma?
J2. Anda boleh mendail UMB *238*1*1# untuk menebus.
S3. Bilakah saya boleh mula menebus tawaran Internet Produktiviti 1GB?
J3. Tempoh penebusan adalah dari 10 Jun hingga 30 April 2021.
S4. Adakah ini "Penebusan satu kali" atau "penebusan harian" untuk tawaran Internet Produktiviti 1GB?
J4. Ini adalah penebusan setiap hari. Pelanggan hanya dapat menebus tawaran SEKALI sehari. Sekiranya anda ingin menikmati Internet Produktiviti 1GB percuma pada hari berikutnya, anda perlu menebus tawaran itu lagi pada hari berikutnya.
S5. Sekiranya saya berjaya membuat permintaan untuk menebus Internet percuma ini tetapi saya tidak menerima pengesahan, apa yang harus saya lakukan?
J5. Harap tunggu maksimum 4 jam untuk permintaan anda diproses dan jangan mencuba penebusan anda lagi semasa pemprosesan tersebut.
S6. Kuota mana yang akan digunakan terlebih dahulu? Internet Produktiviti 1GB percuma atau kuota asas saya?
J6. Internet Produktiviti 1GB percuma akan digunakan terlebih dahulu, sebelum penggunaan semua kuota Internet yang dinyatakan di bawah:
1. Kuota dari Internet Produktiviti 1GB percuma
2. Kuota dari Internet Mingguan Percuma (jika ada dan hanya digunakan pada hujung minggu)
3. Kuota dari YouTube Percuma (jika ada)
4. Kuota dari Freebies yang lain (jika ada untuk sekali atau setiap bulan)
5. Kuota dari pembelian Top Up Internet (jika ada untuk sekali atau setiap bulan)
6. Kuota dari Internet Sepanjang Hari/Internet Asas