|
Join the conversation
Showing results for 
Search instead for 
Do you mean 
Join the conversation
Showing results for 
Search instead for 
Do you mean 

Bantuan dan Sokongan untuk Warga Emas yang Mendapat Temu Janji Vaksin Covid-19

by Community Manager on ‎11-06-2021 05:57 PM

Sekiranya ibu bapa, datuk atau nenek atau orang yang anda sayangi mempunyai janji temu vaksin tidak lama lagi, bantulah mereka dengan memberi sokongan yang mereka perlukan serta memastikan mereka sampai ke pusat vaksinasi dengan selamat. Terdapat beberapa inisiatif yang tersedia, seperti perkhidmatan kepada mereka yang memerlukan sedikit rawatan tambahan. Berikut adalah beberapa perkhidmatan yang boleh anda kongsikan kepada mereka!

 

Pengangkutan percuma

GoCar

GoCar.png

GoCar telah bekerjasama dengan kerajaan untuk melancarkan GoVax, perkhidmatan ulang-alik percuma untuk membantu warga emas dan OKU yang mempunyai janji temu vaksin untuk sampai ke pusat vaksinasi masing-masing. Buat masa ini, inisiatif ini tersedia sehingga 31 Ogos 2021 dan di 5 lokasi iaitu Pusat Konvensyen Sunway Pyramid, Hospital Shah Alam, Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam, Pusat Perubatan Universiti Malaya (UMMC) dan Klinik Rakan Medik Petaling Jaya.

Untuk makluman anda, tempahan perlu dibuat wajib sekurang-kurangnya 3 hari sebelum tarikh temu janji untuk memastikan anda atau orang tersayang mendapat tempat. Untuk membuat tempahan sekarang, kunjungi laman web mereka di sini.


Perkhidmatan Pengiring
MakCik Travels

makcik travels.png

MakCik Travels juga menawarkan perkhidmatan pengiring untuk menyediakan pengangkutan dan menemani warga emas dan orang kurang upaya ke janji temu vaksinasi mereka.
Untuk maklumat lebih lanjut, lawati laman web mereka atau WhatsApp mereka di + 6010-228 4020.

 

Teman Malaysia

teman malaysia.png

Teman Malaysia juga merupakan satu lagi perkhidmatan yang memberi sokongan kepada mereka yang memerlukannya. Sekiranya anda tidak dapat menemani orang yang anda sayangi, penyedia perkhidmatan ini menawarkan perkhidmatan pengiring sehingga seseorang yang dipercayai dapat menemani ibu bapa anda yang sudah berumur dengan janji temu vaksinasi mereka. Mereka kini memberikan perkhidmatan percuma kepada mereka yang mempunyai masalah kewangan. Anda hanya perlu menempah sekurang-kurangnya 4 hari lebih awal untuk mendapatkan slot!

Untuk mengetahui lebih lanjut, lawati laman web mereka di sini atau hubungi mereka melalui nombor yang ditunjukkan dalam gambar di atas.

 

Perkhidmatan Lain yang Tersedia Untuk Mereka Yang Memerlukan Sokongan Tambahan
Servis Pengiring
Untuk membantu orang yang anda sayangi merasa lebih selesa, perkhidmatan pengiring juga disediakan di pusat vaksinasi. Sukarelawan dan anggota polis akan hadir di tempat tersebut untuk memberikan perkhidmatan pengiring kepada mereka yang memerlukannya. Selain itu, tempat letak kereta dan kerusi roda OKU juga tersedia untuk akses lokasi yang lebih mudah bagi mereka yang memerlukan sokongan ini.

Bilik Persendirian

Akhir sekali, perkhidmatan terbaru yang disediakan adalah permintaan untuk bilik peribadi bagi mereka yang memerlukan perhatian lebih. Ini memberi mereka tempat yang selamat dan pakar akan hadir sekiranya mereka mempunyai pertanyaan mengenai keselamatan vaksin. Permintaan boleh dibuat semasa tiba di pusat vaksinasi masing-masing!

Hubungi ibu dan ayah anda hari ini, dan beritahu mereka tentang sistem sokongan ini yang tersedia untuk memudahkan perjalanan mereka untuk mendapat vaksin. Jom lakukan tanggungjawab kita untuk mencapai herd immunity, dan saling melindungi antara satu sama lain 💛

Untuk membantu anda terus berhubung dengan orang tersayang, kini anda boleh membayar bil untuk keluarga dan rakan anda dalam talian tanpa perlu log masuk! Untuk mengetahui cara melakukannya, klik di sini.

 

Help and Support for Senior Citizens Going for Their Covid-19 Vaccine Appointments

 

If your parents, grandparents or loved ones have a scheduled vaccine appointment coming soon, help them get all the support they need and get to the vaccination centres safely. There are a few initiatives lined up, providing services to those who need a little extra care. Here are some of the services you can share to them!

Free transportation
GoCar

GoCar.png

GoCar has reached out to the government to roll out GoVax, a free shuttle service to help senior citizens and PWDs with confirmed appointments to get to their respective vaccination centres. Currently, this initiative is available until 31 August 2021 and at 5 locations which are Sunway Pyramid Convention Centre, Shah Alam Hospital, Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam, Universiti Malaya Medical Centre (UMMC) and Klinik Rakan Medik Petaling Jaya. 

Take note that booking at least 3 days prior to the appointment date is compulsory to secure you or your loved ones a spot. To make a booking now, head to their website here. 

Companionship Services
MakCik Travels

makcik travels.png

MakCik Travels also offers chaperone services to provide transport and company to senior citizens and people with disabilities to their vaccination appointments.
While their rates start from RM50 for the first two hours, the company is also organising a fundraiser to offer free services to senior citizens and OKUs in the B40 group in need of help.
For more information, visit their website or WhatsApp them at +6010-228 4020.

Teman Malaysia

teman malaysia.png

Teman Malaysia, another one that jumped in the bandwagon to provide support for those who need it. If you’re unable to teman your loved one, this caregiving service provider offers companionship service so that someone trusted can accompany your elderly parents to their vaccination appointment. They’re now providing free services to those who have a tight budget. All you have to do is book at least 4 days in advance to secure a slot! 

To know more, visit their website here or contact them via the number shown in the picture above.

 

Other Services Available for Those Who Need Extra Support

Escort services

To help your loved ones feel more at ease, escort services are also made available at vaccination centres. Volunteers and policemen will be present at the premises to provide escort services to those who need it. On top of that, OKU parking spaces and wheelchairs are also available for easier location access for those who require these support. 

Private rooms

Last but not least, the latest service made available is a request for private rooms for those who need a little extra attention. This provides them a safe space and specialists are present if they have any questions regarding the vaccine’s safety. Requests can be made upon arrival at your respective vaccination centres!

Get on a call with your mum and dad today, and let them know of these support systems available to help ease their journey to getting vaccinated. Let’s do our parts to achieve herd immunity to further protect each other 💛

To help you stay connected to your loved ones, now you can pay bills for your family and friends online without having to log in! To know how to do so, click here.

 

 

 

 

 

Meet our Support team and SuperUsers