|
Join the conversation
Showing results for 
Search instead for 
Do you mean 
Join the conversation
Showing results for 
Search instead for 
Do you mean 

5 Resipi Buah Kurma yang Pasti Menggambit Selera!

by Community Manager ‎29-04-2020 11:21 AM - edited ‎29-04-2020 11:23 AM

Buah kurma atau tamar merupakan antara buah-buahan yang paling digemari terutama sekali pada bulan Ramadan. Ia terkenal dengan pelbagai jenis khasiat dan mampu memberi tenaga sepanjang hari. Jika anda ingin menambah sedikit kelainan, jom cuba resipi mudah menggunakan buah kurma!

 

seminit recipe lempeng kurma.jpg

Lempeng Kurma

Resipi lempeng kurma ini sangat mudah untuk disediakan sebagai menu berbuka.

 

Bahan-bahan

1. 2 mangkuk kecil tepung gandum

2. 1 biji telur

3. 5 biji  kurma yang dihiris

4. Sedikit gula

5. Air

 

Cara penyediaan

1. Bancuh tepung, telur, hirisan kurma, dan gula bersama air

2. Bancuhan tidak perlu terlalu cair

3. Panaskan pan dan letakkan bancuhan dalam 1 senduk

4. Tunggu sehingga masak kekuningan dan selesai

 

milkshake kurma.jpg

Milkshake Kurma

Milkshake kurma sangat enak disajikan sebagai pelengkap juadah berbuka ataupun sahur.

 

Bahan-bahan

1. 10 biji kurma

2. 3 cawan susu 

3. 1/4 sudu kecil serbuk kayu manis

4. Potongan ais atau ais krim

 

Cara penyediaan

1. Masukkan kurma, susu & serbuk kayu manis ke dalam pengisar dan kisarkan bahan-bahan tersebut. 

2. Masukkan potongan ais atau ais krim. 

3. Selesai!

 

overnight oats kurma.jpg

Overnight Oats Kurma

Overnight Oats Kurma bukan sahaja penuh dengan khasiat, ia juga sangat mudah untuk disajikan.

 

Bahan-bahan

1. 1/2 cawan yogurt rendah lemak

2. 1/2 cawan oats

3. 2/3 cawan susu segar

4. 1 sudu besar biji chia

5. 2 sudu besar kurma yang dicincang halus

 

Cara penyediaan

1. Campurkan semua bahan dalam balang. Tutup dengan penutup.

2. Simpan di dalam peti sejuk semalaman.

3. Hiaskan oat dengan kurma atau buah segar pilihan anda atau serpihan kelapa seperti yang disukai. 

4. Selesai!

 

sticky pudding.jpg

Sticky Pudding Kurma

Lengkapkan juadah bulan Ramadan dengan sticky puding kurma sebagai pencuci mulut. 

 

Bahan-bahan untuk kek

1. Kurma yang dicincang

2. 1 sudu kecil baking soda

3. 1 sudu kecil garam

4. 1 1/2 cawan air panas

5. 2 cawan tepung gandum

6. 1 1/2 sudu kecil baking powder

7. 2 biji telur

8. 120g mentega (dilembutkan)

9. 3/4 cawan gula perang

10. 1 sudu kecil esen vanilla

 

Bahan-bahan untuk sos

1. 1 cawan gula perang

2. 1 1/4 cawan krim

3. 1/2 sudu kecil esen vanilla

4. 4 sudu besar mentega

 

Cara penyediaan

1. Campurkan kurma dengan baking soda dan masukkan air panas. Biarkan 20 minit.

2. Dalam mangkuk lain, gaulkan tepung gandum, garam dan baking powder.

3. Pukul mentega dan gula perang.

4. Masukkan telur satu persatu dan gaul.

5. Masukkan esen vanilla, adunan tepung & kurma yang direndam dan gaul.

6. Tuang ke dalam bekas disapu mentega dan bakar 40 minit pada suhu 180°C.

7. Untuk sos, cairkan mentega, dan masukkan krim, gula perang dan esen vanilla.

8. Didihkan hingga pekat.

9. Tuang sos ke atas kek dan hidangkan!

 

agar agar kurma.jpg

Agar-Agar Kurma
Mudah and cepat. Agar-agar kurma ini pasti menjadi kesukaan ahli keluarga. 

 

Bahan-bahan

1. 1 cawan kurma dicincang halus

2. 1 cawan air panas

3. Gula

4. Susu

5. Jeli

 

Cara penyediaan

1. Masukkan kurma ke dalam air panas

2. Campurkan dengan jeli, gula dan susu.

3. Biarkan campuran mendidih.

4. Tuangkan campuran ke dalam acuan

5. Biarkan di dalam peti sejuk

6. Selesai!

Meet our Support team and SuperUsers