09-03-2018 11:11 PM - edited 09-03-2018 11:20 PM
Saya tidak pasti sama ada ini adalah kategori yang tepat untuk 'pos'kan topik ini. Saya juga cadangkan DIGI menyediakan satu kategori khas supaya ahli komuniti dapat memberi peringatan kepada ahli yang lain atau membuat aduan tentang sebarang penipuan.
Hari ni saya mendapat satu mesej melalui aplikasi WhatsApp. Tetapi agak mencurigakan. Bersama pos ini saya sertakan imej menunjukkan mesej yang saya terima.
Pihak yang menghantar mesej juga meminta maklumat peribadi termasuk no. akaun dan gambar kad bank untuk menuntut hadiah. Pihak terbabit turut memnggunakan laman web untuk dilawati bagi mendapatkan maklumat lanjut. Dan laman web yang digunakan juga kelihatan agak mencurigakan.
Laman web: infowinnerdigitahun2018.webs.com
Saya mohon maaf jika ini adalah satu kesilapan. Tapi saya yakin ini adalah satu percubaan untuk melakukan penipuan.
Sekian.
11-03-2018 12:24 PM
Peraduan tersebut tidak wujud. Sila abaikan laman tersebut yang ingin melakukan penipuan.
03-08-2018 06:28 PM
03-08-2018 06:42 PM
@ulie wrote:
Baru tadi dapat mesej whapp
Menyatakan saya menang digi menang bersama.
Hanya untuk kepastian.
Dan saya rasa ini scammer
yes, ini satu penipuan/ scam.
no such contest from Digi. please DO NOT reply. please ignore. if want to take a step further, can lodge report with PDRM and MCMC so we can have the numbers blacklisted.
21-11-2018 04:35 AM
21-11-2018 08:43 AM
@Melle wrote:
Di mana harus saya report kes kes seperti ini?
Adakah ini betul atau bohong?..dan saya tidak mempunyai idea tentang ini dan saya tidak pasti adakah topik yang saya selitkan ini adalah betol atau tidak..mohon bantu..
nampak macam kes tipu...
1. tidak pernah dengar digi kasi discount. ini bukan saman DBKL ataupun MBPJ.
2. semakan baki/ hutang senang saje dengan menggunakan apps myDigi, ataupun website ini.
tapi bagus yang @Melle report kat sini. boleh Digi siasat...
02-01-2019 01:48 AM
02-01-2019 09:27 AM
@Rosaelyanaramli wrote:
Saya baru dapat mesej menang cabutan bertuah. Dan dikatakan sah Oleh makhamah malaysia dan pengawai polis Malaysia .
No, that's not legitimate.
02-01-2019 09:27 AM
Hai Rosaelyanaramli. Mesej tersebut bukan dari Digi. Sekiranya ada sebarang hadiah atau peraduan, kami akan maklumkan di laman web rasmi atau di akaun Facebook rasmi Digi. Terima kasih.
27-01-2019 01:59 PM