02-02-2018 04:16 PM - edited 02-02-2018 04:20 PM
Ramai yang berseronok bila tiba hari Jumaat, tak kira budak atau dewasa. Hari minggu ramai yang akan fikir masa untuk keluarga, untuk anak dan untuk yang tercinta
Kalau korang tak tahu apa yang anda boleh lakukan pada hujung minggu selain duduk di rumah sambil dengar lagu. Mungkin anda boleh lakukan aktiviti – aktiviti ini:
1. Berbasikal
Zaman sekarang tak perlu ada basikal sendiri, taman rekseasi atau dekat tempat-tempat tumpuan telah disediakan berbasikal. Jadi, hanya sewa dan hayati pemandangan!
2. Berenang
Musim panas ni memang sesuai lah jika pergi sejukkan badan sedikit kan? Mesti ramai ibu bapa yang akan bawa anak-anak mereka ke kolam renang. Budak mana yang tak suka main air kan?
3. Mendaki
Bagi siapa yang suka menghayati keindahan alam semula jadi, mungkin korang boleh pergi mendaki. Sambil mendaki tengok warna kehijauan, boleh keluarkan peluh di badan!
4. Berjalan di tepi pantai
Haa siapa yang duduk KL mesti alami masalah sikit. Kena travel, keluarkan duit sedikit untuk dapatkan pantai. Tapi, tak ada masalah pun. Korang boleh tenangkan fikiran, hirup udara segar dan hilangkan tekanan tempat kerja!
So apa lagi aktiviti yang menarik korang lakukan pada hujung minggu? Share sikit