|
Join the conversation
Showing results for 
Search instead for 
Do you mean 
Join the conversation
Showing results for 
Search instead for 
Do you mean 
Reply
Highlighted

3 Tips untuk anda kekal positif! :)

Moderator
Posts: 9
Registered: ‎02-08-2016

1. Affirmortation
Affirmation maksudnya penegasan pada diri sendiri. Ia mesti dilakukan setiap hari agar membuat minda kita percayakannya. Pernah puji diri sendiri tak? Macam mana orang lain nak hargai diri jika kita sendiri pun tidak hargai diri sendiri? Macam mana orang lain nak sayang kita jika kita pun tak pernah cakap sayang pada diri sendiri. So, apa kata setiap pagi, tengok cermin dan cakap “Aku seorang yang hebat, ketua yang hebat, seorang yang bijak, seorang yang baik”. Dan, tengok apa jadi nanti  Smiley Happy

 

2. Jangan Marah
Bayangkan aura positif yang kita pupuk tu sebuah belon. Lepas tu kalau dah marah atau naik angin hancur dan hilang aura positif tu. Maknanya, belon atau aura positif dah meletop dan pecah la. Bukan senang nak bina balik aura positif tu. Lagipun bila marah minda kita jadi separuh waras. So, belajar bersabar! Smiley Wink

 

3. Senyum dan Ketawa
Percaya tak bila kita senyum, ia boleh ubah dalaman kita merasa lebih baik. Cuba senyum bila berjumpa rakan sepejabat, jumpa makcik jual nasi lemak, jumpa orang yang kita tak kenal. Kita tak perlukan sebab yang tertentu untuk terus senyum dan ketawa. Cuba korang senyum sekarang! Chill ok! Smiley Very Happy

Top Kudoed Authors

Meet our Support team and SuperUsers