|
Join the conversation
Showing results for 
Search instead for 
Do you mean 
Join the conversation
Showing results for 
Search instead for 
Do you mean 

Soalan Lazim JomTuisyen

by Community Manager on ‎20-10-2020 03:33 PM

Q1. Apakah Jom Tuisyen?

JomTuisyen adalah platform e-pembelajaran utama di Malaysia yang mengikuti mata pelajaran yang ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Malaysia. Kami menyediakan koleksi pembelajaran yang terdiri daripada lebih 8,000 video interaktif, merangkumi lebih 180 mata pelajaran asas dan elektif dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Mandarin serta Tamil. JomTuisyen adalah platform sehenti untuk pembelajaran online secara interaktif, dengan akses mudah di mana-mana, pada bila-bila masa!

 Ciri Asas

Merangkumi kesemua mata pelajaran asas dan elektif dari Darjah 1 – Tingkatan 5.

Topik adalah topik diskusi berdasarkan silibus yang berkaitan.

Video “tutorial” tentang cara menjawab peperiksaan.

Bimbingan dalam pelbagai Bahasa.


Q2. Siapakah yang layak untuk promosi JOMTuisyen percuma? (Harga biasa RM10/bulan)

A2. Promosi JomTuisyen percuma ini hanyalah terhad pada pengguna Digi yang berada dia kawasan Perintah Kawalan Bergerak Bersyarat PKPB. Lokasi serta kelayakan akan dinilai dari semasa ke semasa.

 

Q3. Adakah pekhidmatan ini akan percuma sampai bila-bila?

A3. Tidak, ia hanya percuma sepanjang tempoh promosi ini. Setelah langganan berjaya, pengguna Digi akan menikmati akses bulanan percuma untuk JomTuisyen sehinggan 31 Disember 2020. Langganan akan diperbaharui secara automatik dengan harga RM10/bulan mulai 1 Januari 2021.

 

Q4. Dimanakah boleh saya melanggan promosi JomTuisyen percuma ini?

A4. Pengguna boleh melanggan promosi percuma ini melalui ciri Box of Surprise di aplikasi MyDigi.

 

Q5. Apakah yang perlu saya lakukan setelah melanggan promosi percuma JomTuisyen?

A5. Sila rujuk di sini atau melawat https://www.easyadd.my/howtoredeem/jomtuisyen untuk tindakan seterusnya.

 

Q6. Saya tidak berjaya untuk log masuk laman JomTuisyen.com

A6. Sila pastikan anda telah memasuki maklumat akaun yang diterimasecara SMS/email (Nama dan Kata Laluan) dengan betul. Klik “Forgot Password” untuk tetapkan semula kata laluan anda. Anda akan menerima email untuk menetap semula kata laluan. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami di info@jomtuisyen.com

 

Q7. Berapakah jumlah peranti yang boleh log masuk secara serentak?

 A7. Akses dibenarkan untuk SATU peranti pada suatu masa sahaja.

 

Q8. Dimanakah boleh saya mendapat info lanjut?

A8. Sila hubungi kami di info@jomtuisyen.com