Jika anda baru menukar pelan telefon bimbit anda kepada Digi dan hendak mendapatkan informasi lanjut tentang perubahan yang akan berlaku, jangan risau! Semua informasi yang anda perlukan telah disenaraikan oleh kami di sini. Informasi ini adalah untuk semua penukaran pelan, jika anda menukar prepaid kepada postpaid atau pun hendak menaiktaraf pelan postpaid anda.
Postpaid kepada Postpaid
Sebelum anda menukar pelan postpaid, sila pastikan:
Status talian anda masih aktif kerana penukaran pelan hanya boleh dilakukan dengan talian Digi yang aktif
Tiada bil yang tertunggak
Anda tidak menukar pelan telefon bimbit melebihi dua kali dalam masa sebulan
Kami menggalakkan anda menebus segala freebies, rebat, kuota Internet, kuota tambah nilai dan juga kuota yang berlebihan sebelum menukar pelan kerana ia akan dilupuskan di atas pembatalan langganan anda. Langganan Roam Monthly anda juga akan dibatalkan (sekiranya ada).
Klik disini untuk mendapat info cara menebus freebies anda di MyDigi App:
Apabila anda mendaftar untuk pelan postpaid yang baru, anda berhak untuk menebus freebies baru seperti panggilan pro-rata dan SMS. Kredit limit anda akan ditukar secara automatik mengikuti pelan baru anda dan kuota internet PENUH akan diberikan.
Bayaran bulanan bagi kedua-dua pelan lama dan terkini akan juga dikira dalam kadar pro-rata! Ini adalah formula untuk yuran bulanan dengan kadar pro-rata:
Tempoh Masa Langganan x Yuran Bulanan / Bilangan Hari Tempoh Pengebilan
Contoh bil yang menerima kadar pro-rata secara bulanan apabila anda menukar dari pelan Digi Postpaid 58 kepada Digi Postpaid 80 adalah seperti berikut:
Postpaid kepada Prepaid
Kepada pelanggan pelan postpaid yang hendak menukar kepada pelan prepaid, sila pastikan:
Status talian anda masih aktif kerana penukaran pelan hanya boleh dilakukan dengan talian Digi yang aktif
Semua jumlah tertunggak sudah habis dibayar
Anda tidak menukar pelan telefon bimbit melebihi dua kali dalam masa sebulan
Beberapa perkara yang perlu diambil tahu:
- Penukaran pelan ini hanya boleh dilakukan di Digi Store sahaja
- Freebies akan dilupuskan apabila pelan terkini anda ditamatkan. Kami menggalakkan anda guna pakai semua freebies anda sebelum menukar pelan!
- Jika anda sedang melanggani kontrak yang lain, anda akan dikenakan bayaran penalti.
- Setelah menukar kepada pelan baru, anda tidak boleh melanggani semula pelan lama anda jika ia tidak lagi ditawarkan.
Yuran bulanan untuk bil terakhir anda akan juga dikira dengan kadar pro-rata. Ini adalah formula untuk mengira jumlah yuran bulanan anda:
Tempoh Masa Langganan x Yuran Bulanan / Bilangan Hari Tempoh Pengebilan
Berikut adalah sampel bagi bil bulanan yang dikira untuk penukaran postpaid kepada prepaid dengan kadar pro-rata:
Prepaid kepada Prepaid
Apabila anda hendak menukar pelan prepaid kepada pelan prepaid yang lain, sila pastikan:
Status talian anda masih aktif kerana penukaran pelan hanya boleh dilakukan dengan talian Digi yang aktif
Anda mempunyai baki yang mencukupi bagi langganan bulanan
Anda tidak menukar pelan telefon bimbit melebihi dua kali dalam masa sebulan
Kami menggalakkan anda untuk mengguna pakai baki freebies dan kuota internet anda sebelum menukar kerana ia akan dilupuskan apabila pelan anda ditamatkan. Anda tidak boleh menukar kepada langganan pelan prepaid lama anda jika ia tidak lagi ditawarkan.
Prepaid kepada Postpaid
Apabila anda hendak menukar pelan prepaid kepada pelan postpaid, sila pastikan:
Status talian anda masih aktif kerana penukaran pelan hanya boleh dilakukan dengan talian Digi yang aktif
Anda tidak menukar pelan telefon bimbit melebihi dua kali dalam masa sebulan
Apabila anda hendak menukar dari pelan prepaid kepada pelan postpaid, ini adalah perkara yang anda harus ambil tahu:
- Baki kredit anda yang berjumlah hingga RM100 akan dipindah kepada pelan baru anda.
- Pastikan ada mengguna pakai baki freebies anda kerana ia akan dilupuskan.
- Anda tidak boleh menukar kepada pelan prepaid lama anda jika ia tidak lagi ditawarkan.
Yuran bulanan pertama anda akan dikira dengan kadar pro-rata! Berikut adalah formula bagi mengira yuran bulanan anda dengan kadar pro-rata:
Tempoh Masa Langganan x Yuran Bulanan / Bilangan Hari Tempoh Pengebilan
Berikut adalah contoh bil bulanan apabila anda menukar dari Prepaid kepada Postpaid dengan kadar pro-rata:
_____________________________________________________________________________________________________
Inilah semua informasi yang perlu anda tahu apabila anda menukar pelan anda! Sila pastikan sebelum menukar, anda memenuhi syarat minimum seperti berikut:
Postpaid kepada Postpaid |
- Line Status Aktif - Tiada bayaran bil tertunggak - Tidak menukar pelan telefon bimbit melebihi dua kali dalam masa sebulan - Kadar pro-rata akan dikenakan apabila menukar pelan baru - Had kredit akan ditukar mengikut pelan baru |
Postpaid kepada Prepaid |
- Status talian anda aktif - Tiada bayaran bil tertunggak - Tidak menukar pelan telefon bimbit melebihi dua kali dalam masa sebulan |
Prepaid kepada Prepaid |
- Status talian anda aktif - Baki yang mencukupi bagi langganan bulanan - Tidak menukar pelan telefon bimbit melebihi dua kali dalam masa sebulan |
Prepaid kepada Postpaid |
- Status talian anda aktif - Tidak menukar pelan telefon bimbit melebihi dua kali dalam masa sebulan - Kadar pro-rata akan dikenakan apabila menukar pelan baru |
Klik disini untuk mendapat tahu cara membayar bil Digi Postpaid anda atau tonton video berikut:
Untuk cara mendapat penyata bil tahunan anda, sila tonton video berikut:
Hendak menukar pelan telefon bimbit anda? Tonton lah video dibawah untuk mempelajari pelan yang sesuai untuk diri anda melalui laman web Digi kami!
Klik disini untuk melayari laman web Digi.