|
Join the conversation
Showing results for 
Search instead for 
Do you mean 
Join the conversation
Showing results for 
Search instead for 
Do you mean 

Click here for ENG.PNG

 

Hi subscribers semua,

 

Kini, mengurus talian bisnes anda kini lebih mudah! Anda dapat memantau dan dapatkan laporan terperinci dan analisis aktiviti akaun anda semua di satu tempat! Berikut adalah cara-cara untuk anda mengurus talian anda dengan MyDigi Business.

Langkah 1:

Pada halaman MyDigi Business anda, pilih akaun bisnes yang anda hendak urus.

kbmacc1.PNG

Langkah 2:

Setelah anda beralih ke akaun perniagaan pilihan anda, anda akan dapat melihat semua talian aktif di bawah akaun tersebut. Klik pada “Send member details to my email” untuk menerima laporan lengkap maklumat bil akaun perniagaan anda.

kbmacc2.PNG

Langkah 3:

Anda akan dapat menjejak penggunaan dan perbelanjaan talian perniagaan di bawah akaun anda dalam carta analisis ini.

knmacc3.PNG

Langkah 4:

Laporan mengenai penyata akaun, laporan penggunaan dan laporan cukai juga tersedia untuk anda lihat dan dimuat turun.

kbmacc4.PNG

Bagi kesemua pemilik perniagaan, jika anda sudah bersedia untuk membawa perniagaan anda ke tahap seterusnya dan mulakan perjalanan digitalisasi anda dengan perkhidmatan perniagaan ini, anda dapat memanfaatkannya sepenuhnya dengan MyDigi Business.

 

Perkhidmatan kami disediakan untuk membantu anda meningkatkan kecekapan sambil mengekalkan kos rendah bagi bisnes anda. Klik di sini untuk memulakan halaman MyDigi Business kami!