Hey subscribers semua,
Mencari kaedah lebih mudah untuk menguruskan perniagaan anda dengan cekap dan juga meminimumkan tugas? Kami ada solusi bagi anda!
MyDigi Business adalah platform sehenti untuk membantu menguruskan perniagaan anda secara digital dari membayar bil, menguruskan akaun, dan juga mengaktifkan roaming antarabangsa untuk talian anda! Untuk memudahkan permulaan anda, berikut adalah panduan langkah demi langkah dengan cara melihat butiran bil anda, membuat pembayaran atas talian dan memeriksa penyata akaun anda.
Langkah 1:
Di dashboard utama, tekan butang “Pay Bill”.
Langkah 2:
Sila pilih akaun bagi bil yang ingin anda bayar.
Langkah 3:
Sahkan butiran akaun anda dan klik “Pay Bill”.
Langkah 4:
Anda akan diarahkan ke portal pembayaran untuk membuat bayaran tersebut.
Langkah 5:
Bayaran sudah dibuat! Invois anda akan disimpan dan dijejaki di akaun anda.
Tahniah! Kini anda sudah menjadi expert dalam hal ini, membayar bil adalah semudah 1, 2, 3 bagi anda dan juga bisnes anda! Jika anda mahu bermula serta merta, klik di sini untuk memulakan perjalanan anda dengan MyDigi Bisnes.
Untuk mempelajari cara menguruskan talian anda, sila klik di sini.