|
Join the conversation
Showing results for 
Search instead for 
Do you mean 
Join the conversation
Showing results for 
Search instead for 
Do you mean 

Mendaftar Kad Debit Baru untuk Pengebilan Automatik

by Community Manager on ‎19-02-2021 11:59 AM

Click here for ENG.PNG

 

Hi subscribers sekalian,

 

Pengebilan Automatik kini lebih mudah apabila anda mendaftarkan Kad Debit anda melalui aplikasi MyDigi! Ini akan memastikan anda dapat mengelakkan sebarang masalah berkaitan pembayaran bil automatik dan menjaminkan proses pembayaran yang lebih cepat dan mudah. Sila baca di bawah untuk bermula!

 

Langkah 1: Periksa Tarikh Luput Kad Debit

Pastikan tarikh luput Kad Debit anda adalah sekurang-kurangnya 1 bulan lagi dari tarikh pendaftaran.

 

Langkah 2: Hubungi bank anda untuk menyediakan Kad Debit anda untuk proses Pengebilan Auto dengan betul

 

Semasa menghubungi bank anda, pastikan bahawa:

  • Anda telah mengatifkan kad anda untuk transaksi atas talian bukan 3D (CNP: Card-Not-Present) di bank anda.
  • Had Pembelian, Had Belanja, dan Had Transaksi anda ditetapkan untuk jumlah yang akan dikenakan setiap bulan.
  • Anda mempunyai baki yang mencukupi dalam akaun bank semasa kitaran bil anda.

 

Langkah 3: Pastikan Jumlah Tertunggak Anda Dibayar

Pastikan anda telah membayar semua jumlah tertunggak sebelum mendaftar untuk bil automatik untuk mengelakkan bil tertunggak.

 

Untuk meyemak jumlah tertunggak anda, sila klik disini:

Capture.PNG

 

Langkah 4: Daftar untuk Auto-Billing melalui aplikasi MyDigi

Dengan hanya beberapa langkah mudah, menyiapkan ciri pengebilan automatik anda hanya memerlukan beberapa minit sahaja! Untuk mengetahui cara melakukannya, klik di sini:

Capture.PNG

 

Langkah 5: Pendaftaran Bil Auto Selesai

Setelah selesai, bil automatik anda akan diaktifkan dengan segera dan akan berkuat kuasa pada kitaran pengebilan seterusnya.