|
Join the conversation
Showing results for 
Search instead for 
Do you mean 
Join the conversation
Showing results for 
Search instead for 
Do you mean 

Kes-kes “phishing” terkini di rangkaian sosial

by Community Manager on ‎09-11-2018 03:09 PM

Hi pelanggan Digi!

 

Baru-baru ini, terdapat peningkatan dalam kes penipuan dengan menggunakan profil Facebook palsu. Penipu ini akan mengambil identiti rakan-rakan anda melalui rangkaian sosial dan membuat profil Facebook baru yang hampir sama. Mereka akan add anda sebagai rakan Facebook dan berpura-pura kehilangan akaun terdahulu.

Mereka kemudiannya akan meminta nombor telefon bimbit anda. Sebaik sahaja anda memberikan nombor telefon bimbit, mereka akan cuba menghantar PIN TAC/OTP ke nombor tersebut.

medium.png

Contoh-contoh kes pancingan data di rangkaian media sosial ialah seperti Steam Wallet, CODAPay dan lain-lain.

Bahaya kan? Kami mahu anda untuk berhati-hati! Di sini ada tips sebagai peringatan kepada anda:
1. JANGAN berikan nombor telefon bimbit anda tanpa membuat pengesahan dengan orang yang sebenarnya.
2. Paling penting ialah JANGAN berkongsi sebarang PIN TAC/OTP yang dihantar ke nombor telefon dari sebarang kod Digi, 20000 atau 6xxxx.

Pantau akaun media sosial anda dan pastikan ia dilindungi dengan tip mudah ini.
Klik di sini untuk bacaan lanjut.

Comments
by azlanalip Member
on ‎16-11-2018 07:01 PM

kenapa rangkaian sya kena sekat..tlg on blk rangkaian sya bole...

by Support
on ‎18-11-2018 03:59 PM

azlanalip, tolong PM kami nombor telefon yang kena sekat tu di <sini> untuk semakan lanjut. TQ.

 

 

kenapa rangkaian sya kena sekat..tlg on blk rangkaian sya bole...

Contributors