Hei semua!
Ingin mendaftar untuk Digi Digital Services tetapi gagal kerana anda bukan pengguna Digi? Jangan risau! Berikut adalah cara untuk anda daftar masuk tanpa menggunakan sebarang akaun Digi:-
Langkah 1: Layari beta.digi.com.my menggunakan mana-mana web browser dan klik butang "Login" yang terletak di bahagian atas sebelah kanan halaman utama.
Langkah 2: Kemudian, klik pada “Register” seperti skrin di atas.
Masukkan nombor telefon bimbit anda dan klik 'Request TAC'. Anda akan menerima SMS dengan TAC anda untuk memasukkan dalam kotak.
Langkah 3: Isikan butiran anda seperti yang diperlukan, kemudian klik “Register”.
Langkah 4: Selesai! Anda kini boleh log masuk dengan menggunakan nombor telefon atau e-mel anda untuk akses Perkhidmatan Digital.
Apa yang anda tunggu lagi? Klik sini untuk mendaftar sekarang!