|
Join the conversation
Showing results for 
Search instead for 
Do you mean 
Join the conversation
Showing results for 
Search instead for 
Do you mean 

Bersedia Untuk Pengalaman MyDigi yang Lebih Baik pada bulan Julai 2021!

by Community Manager on ‎29-06-2021 12:45 PM - edited on ‎01-07-2021 03:24 PM by Community Manager

Pelanggan yang dihormati, 

 

Mulai 1 Julai, ciri terpilih di MyDigi akan dihentikan sebagai sebahagian daripada usaha kami untuk meningkatkan pengalaman anda bersama kami. Beberapa perkara yang akan datang:

 

Perubahan pada Tahap Keahlian Anda

Semua faedah keahlian akan berakhir pada 1 Julai sementara kami mengusahakan program kesetiaan baru untuk anda. Faedah untuk ahli Gold dan Platinum akan beralih ke perubahan ini. (Perhatikan bahawa kesahan semua baucar akan berakhir pada 30 Jun).

Walau bagaimanapun, anda masih dapat menikmati ganjaran lain yang terdapat di kedai MyDigi!

 

Anda boleh mengakses "My Membership" dengan klik pada panah ">" atau "menu" dari sekarang sehingga 30 Jun.

Capture.PNG

 

Ciri "My Membership" akan dikeluarkan bermula dari 1 Julai dan seterusnya.

Capture.PNG

Perubahan pada MyDigi Challenge

MyDigi Challenge tidak lagi berada di bar menu mulai 1 Julai dan seterusnya. Sekiranya anda mengakses MyDigi Challenge, anda akan menerima pop-up mesej yang meminta anda untuk mengemas kini aplikasi MyDigi anda. Pastikan anda melakukannya untuk menikmati semua tawaran dan ciri terkini!


Capture.PNG

Perubahan pada Hadiah Selamat Datang untuk Pengguna Baru.

 

Dalam versi terbaru aplikasi MyDigi, mesej Hadiah Selamat Datang di peti masuk MyDigi anda akan dikeluarkan seperti yang ditunjukkan di bawah. Dan jangan risau! 1GB Percuma masih akan diberikan kepada anda jadi teruskan membaca untuk maklumat lebih lanjut.

 

 

new pic.PNG

Sekiranya anda pengguna baru di Aplikasi MyDigi tetapi anda masih belum menerima Hadiah Selamat Datang 1GB, jangan risau. Data percuma akan diberikan secara automatik kepada anda. Ia akan dilakukan dalam dua kumpulan, jadi perhatikan tarikh-tarikh ini:

 

Daftar dari 1-15 Julai, Data akan diberikan pada 16 Julai

Daftar dari 16-31 Julai, Data akan diberikan pada 1 Ogos

 

Pemberitahuan SMS akan dihantar ke telefon anda untuk memberitahu anda mengenai tarikh-tarikh ini, jadi beri perhatian ya!

 

 Perlukan lebih banyak internet? Untuk membantu anda terus berhubung dengan perkara yang paling penting, 1GB PERCUMA untuk Pendidikan, Produktif dan Perkhidmatan Berkaitan Maklumat kami masih tersedia untuk semua pelanggan Digi! Klik di sini untuk mengetahui bagaimana anda dapat menebus Internet Produktiviti 1GB percuma!

 

Untuk memastikan pengalaman yang lebih baik bagi pelanggan kami, kami sangat menggalakkan anda untuk mengemas kini Aplikasi MyDigi anda ke versi terkini supaya anda sentiasa berhubung dengan semua ciri terkini dan mendapat faedah sepenuhnya dari aplikasi ini! Selain itu, MyDigi Shop akan mempunyai tawaran kilat yang akan datang, jadi nantikan 😉