|
Join the conversation
Showing results for 
Search instead for 
Do you mean 
Join the conversation
Showing results for 
Search instead for 
Do you mean 

FAQ Pindaan Garis Panduan untuk Pelanggan Prabayar

by Community Manager on ‎15-01-2018 08:53 AM

Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengukuhkan Garis Panduan Pendaftaran Prabayar pada 1 Jun 2017 dengan matlamat melaksanakan penguatkuasaan pada 1 Januari 2018. Pengendali perkhidmatan mudah alih diberi lanjutan untuk melaksanakan pindaan garis panduan pendaftaran secara progresif sepanjang 2018.

 

Q1. Kenapakah SKMM meminda garis panduan pendaftaran untuk prabayar?

A1. Pendaftaran prabayar di Malaysia telah diwajibkan sejak tahun 2006. Ia dilaksanakan untuk mencegah penyalahgunaan perkhidmatan mudah alih prabayar yang mungkin melibatkan keselamatan negara seperti keganasan dan tingkah laku jenayah. Kebimbangan ini yang menjadi motivasi untuk melaksanakan pindaan garis panduan, demi memastikan integriti dan kesahihan maklumat pengenalan yang diberikan semasa pendaftaran.

 

Q2. Panduan pendaftaran yang manakah akan dilaksanakan dahulu memandangkan Digi melancarkannya secara progresif pada tahun 2018?

A2. Berkuatkuasa 15 Januari 2018, jumlah maksimum nombor prabayar berdaftar bagi setiap ID adalah 5, bukan 10 SIM, bagi setiap pengendali perkhidmatan mudah alih. Contoh: anda boleh mendaftar untuk 5 talian prabayar berbeza dengan Digi menggunakan ID yang sama pada bila-bila masa.

 

Q3. Kategori atau jenis ID manakah dapat digunakan dalam pindaan garis panduan pendaftaran prabayar ini?

A3. Terdapat tiga (3) kategori ID yang boleh diterima untuk pendaftaran prabayar. Pembekal perkhidmatan mudah alih dan wakil mereka akan memerlukan pengesahan terhadap ID yang asal. Sila bawa dokumen asal untuk pendaftaran.

 

Dokumen asal

Warganegara

Bukan Warganegara (Pekerja asing atau pelajar)

Pelancong

ID

MyKad; MyPR; MyTentera, MyPolis (yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara)

Pasport, Kad pengenalan Permit kerja/IKad/EKad*

Pasport

*Akan ada lebih jenis ID yang diterima akan diumumkan kelak.

 

Q4. Apakah jenis maklumat yang perlu saya bawa kemukakan semasa proses pendaftaran prabayar?

A4. Menurut pindaan garis panduan oleh SKMM, pelanggan prabayar perlu menyediakan maklumat pengenalan berikut kepada pembekal perkhidmatan mudah alih atau wakil mereka:

 

  1. Warganegara Malaysia/penduduk tetap
  • Nama Penuh & Nombor Pengenalan seperti dalam Kad Pengenalan atau IC Angkatan Tentera;
  • Alamat tetap seperti dalam Kad Pengenalan atau ID Angkatan Tentera; dan
  • Apa jua maklumat lain yang diperlukan oleh SKMM.
  1. Bukan Warganegara Malaysia (pekerja asing atau pelajar)
  • Nama Penuh & Nombor Pasport seperti tertera di Pasport;
  • Pasport mewakili negara; dan
  • Nama dan alamat syarikat seperti yang diperuntukkan dalam dokumen permit kerja atau dokumen pengenalan pelajar dengan alamat universiti (untuk pelajar); dan
  • Apa jua maklumat lain yang diperlukan oleh SKMM.
  1. Pelancong yang melawat / tinggal di Malaysia selama kurang daripada tiga (3) bulan
  • Nama Penuh & Nombor Pasport seperti tertera di Pasport;
  • Pasport mewakili negara; dan
  • Apa jua maklumat lain yang diperlukan oleh SKMM.

 

Q5. Bagaimanakah untuk periksa nombor talian prabayar yang didaftarkan di bawah ID saya?

A5. Sila hubungi khidmat pelanggan kami untuk pengesahan, seperti Digi Live Chat, E-mel (help@digi.com.my), Digi Helpline (016-2211800) atau boleh pergi ke Digi Stores di seluruh negara. Tidak lama lagi, pelanggan Digi dapat mengesahkan nombor talian prabayar yang didaftarkan di bawah ID mereka melalui aplikasi MyDigi. Nantikan maklumat terkini.

 

Q6. Apa akan berlaku jika butiran pendaftaran didapati salah?

A6. Pelanggan dinasihatkan supaya memberikan maklumat yang betul kepada pembekal perkhidmatan mudah alih semasa pendaftaran. Sekiranya terdapat kesalahan, pembekal perkhidmatan akan berusaha untuk melakukan yang terbaik untuk menghubungi pelanggan untuk memberikan maklumat pengenalan yang sah dan tepat. Pelanggan akan diberi tempoh masa tertentu untuk kembali dengan maklumat yang betul untuk mengelakkan talian digantung.

 

Q7. Saya mempunyai lebih daripada 5 talian prabayar yang didaftarkan di bawah ID saya sebelum pindaan garis panduan pendaftaran prabayar diperkenalkannya. Adakah pindaan garis panduan pendaftaran ini akan memberikan kesan kepada saya?

A7. Tidak, pindaan garis panduan pendaftaran untuk talian prabayar tidak memberikan kesan jika anda telah mendaftarkan lebih daripada 5 talian prabayar sebelum 15 Jan 2018. Walau bagaimanapun, sekiranya beberapa talian anda telah ditamatkan selepas 15 Jan 2018, anda tidak lagi boleh mendaftar talian baru jika kuota anda melebihi 5.

Contributors